Saya kena stayback hari ni. Biasa saya stayback hari jumaat. Kadang-kadang bila ada emergency ada ticer yang tetiba ada hal, saya akan stayback sampai pukul 5.30 petang balik dengan my toklaki lah. Kalo balik kul 2.30 saya balik naik van sekolah van sekolah uncle Rajan.
Rasa cam nak pencen lah korang. Penat tau, dengan umur yang dah masuk senja ni bekerja dengan bebudak, jawatan penyelia tapi kena ngajar, sekarang takde tukang masak, kena plak masak. Tapi..kalo pencen dok nganga kat rumah takde duitlah plak. My toklaki bukan Datuk terlajak laris, kalo dato terlajak laris kompem den pencen arini jugak.
Tulah korang bahaya meminjam dengan along ni. Tak pasal-pasal den pun terlibat dalam cerita ni. Ni cerita ticer Goki, ticer India kat tadika saya tu. Adik dia berhutang dengan along, hutang bulan ogos baru ni, diorang sekeluarga pun baru dapat tahu bila geng along datang buat lawatan mengejut ke rumah diorang. Terkejut sakan dibuatnya, hutang rm10k campur bunga dah jadi rm20k. Mana nak cekau duit nak settlekan dalam masa terdekat ni. Kalo tak adalah musibahnya...janji si along.
Selama ni saya tau bahaya pinjam along ni dari bacaan je. Hari ni jadi depan mata. Walaupun dia tak seagama tak sebangsa tapi dah bekerja di bawah bumbung yang sama, sikit sebanyak tempiasnya terasa juga. Contohnya hari nilah, ticer Goki tu terpaksa amik EL nak settlekan masalah hutang adik dia tu. Bila tak cukup ticer murid-murid pun berterabur. Time kelam-kabut macam ni ada plak parent datang nak survey tadika untuk anak dia tahun depan. Harap-harap settle secepat mungkin, aduihhh, tak larat nak stayback hari-hari. Den ni monjak dah tetuo ni manjo bona, tido tongahari dah macam wajib, tido plak tu nak suasana sunyi sopi baru dapat lena, tak macam zaman mudo maren, lotak kepalo jap bising memokak camano pun den boleh yo leno. Haih...tulah kan Allah dah tarik nikmat hidup sikit demi sikit..dah makin laju langkah ke sana rasanya...
Tulah yang den nak membebel hari ni. Sajo yo, kang kalau tak cari-cari cerita, lansung hilang mood nak membebel tu. Terimakasihlah yo, sudi singgah, sudi baca, sudi komen, heh,heh..
Bukan tak nak tolong, duit simpanan saya pun tak sampai 10k lagi, huhu.. |
Masa muda-muda dulu, dapat landing macam ni pun bole lena, ni dah tuo, kemain lagi nak tido siang kejap pun nak kena selesa baru bole lena. |
Hai kak, saya datang ni...tido ke?
ReplyDeleteMmg lah, kalau meminjam pada along ni risiko nya sangat buruk. bukan saja pada diri kita malah pada anak dan pasangan. Sebelum berbuat apa-apa dgn along ni, lebih baik fikir habis-habis. byk lagi cara lain boleh diusahakan!
Betullah Azi. Along jgn main-main. Kenapa tak report polis aje. Susah nak setel tu. Sedihnya pinjam 10K aje pun. Kenapa tak pinjam dari adik-beradik aje kan senang...
ReplyDeleteBila dah tua ni kakak pun sama sebelum solat zuhor tu mesti nak nap sekejap. Kakak kat tempat kerja ni dpt 10 minit pun cukup.
kesian juga orang zaman sekarang ni sampai terpaksa hutang dengan along. mungkin kena fikirkan kaedah lagi
ReplyDeleteAlahai kesian jugak ye kawan ko tu mak. Tp kita nak tolong pun bukannya kita ni berduit. Kotnya dia pun tak dapat bayo. Habihlah duit simpanan yg ado tu...
ReplyDeleteTak taulah mak ....takut bila Allah uji time kita susah pulak, macamanalah agaknya.
Aku ni pun sekarang dah mcm terlelap jugak mak tengahari tu....Tp nasiblah tak lama lelapnya.
Alahai kesian jugak ye kawan ko tu mak. Tp kita nak tolong pun bukannya kita ni berduit. Kotnya dia pun tak dapat bayo. Habihlah duit simpanan yg ado tu...
ReplyDeleteTak taulah mak ....takut bila Allah uji time kita susah pulak, macamanalah agaknya.
Aku ni pun sekarang dah mcm terlelap jugak mak tengahari tu....Tp nasiblah tak lama lelapnya.