Asam Garam Kehidupan: Juasseh agro park, kebanggaan anak Melayu.

Pages

6 Oct 2016

Juasseh agro park, kebanggaan anak Melayu.

Hish..kalau dah stuck dek macam-macam hal, mulalah malas nak tulis entri berilmiah sikit nih. Tapi demi nak sokong anak melayu, yesss..Melayu boleh. Bangga sangat dengan semangat Mak lang dan Pak lang yang gigih mengusahakan Juasseh Agro Park ni. Terletak di daerah Kuala Pilah, kira-kira dalam15km dari pekan Pilah, letaknya memang agak ke dalam. Sayalah, agak cuak juga entah ke mana-manalah nak pergi ni, rasa macam tak sampai jer. Tapi Alhamdulillah, akhirnya sampai juga. Kami pergi ahad 4/10 / 2016 lepas.

Diusahakan sejak tahun 2008, ( maaf kalau saya tersilap, ingat-ingat lupa, sebab tak catit, konon terer boleh ingat ) tapi diupgrade ke Juasseh Agro tourism dalam tahun 2012. Rasanya ini adalah salah satu usaha yang patut menjadi kebanggaan kita semua.
Nilah mak lang, sayangnya pak lang menghilang..
Tak nampak plak bayang paklang di hari kejadian.
Di depan sign board, suasana di dalam, kebetulan pada hari tu ada pelajar tahfiz datang buat khemah ibadah di sana. Kalau nak buat Hari Keluarga pun boleh.
Ada juga tempat riadah seperti flying fox, rock
climbing, tapi kena booking dua hari sebelum pergi, sekali aktiviti rm20.
Ada juga mini zoo, yang menempatkan
burung-burung, ular sawa, ular sawa tu
moncongnya dah luka sebab asyik hentam
dinding dawai tu bila ada orang datang dekat.
Nilah kandang lembu susu yang
menempatkan anak-anak lembu susu
baka Australia, best dapat pegang-pegang anak
lembu, bagi makan rumput yang ditanam khas untuk makanan lembu ni. Ada kawasan khas untuk lembu-lembu bunting, tapi pelawat tidak dibenarkan masuk atas sebab dikhuatiri terkena jangkitan penyakit lembu.
Produk susu pelbagai perisa seperti
vanilla, coklat, strawberi, keladi..sebotol
kecil rm2.50, tapi susunya memang terbaiklah
enak banget..
So, kengkawan..apalagi, jom kita sokong anak melayu kita supaya terus maju setanding dengan bangsa lain. Nak masuk pun takdelah mahal, rm10 dewasa, kanak-kanak bawah umur 7 tahun lain harga, murah sikit. Selain Juasseh agro park ni, ada juga tempat yang tak kurang menariknya iaitu Ladang alam warisan, ada aktiviti berkuda, memanah dan banyak lagi. In shaa Allah cadang eh nak poie gak satu hari bila free-free nanti.

9 comments:

  1. OH.. kakak baru tahu
    Betul kalau ada peluang siapa pun nak pergi.

    ReplyDelete
  2. Best ni kak. Dpt tgk lembu ala-ala Australia.. Hihi Dah pujuk En. Suami, harap dpt g. Weeeeeeee :

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 suami setuju pegi ye reen. Ajaklah suami main flying fox tu, akk tingin sgt, tp sbl pegi tk tau kena booking dulu, ermm..

      Delete
    2. Harap2 suami setuju pegi ye reen. Ajaklah suami main flying fox tu, akk tingin sgt, tp sbl pegi tk tau kena booking dulu, ermm..

      Delete
  3. best tu tempatnya bila2 ke sana boleh juga berkunjung

    ReplyDelete
  4. wah bestnya, teringat susu tu teringat zaman kecik dulu

    ReplyDelete
  5. Kalau hang tak cakap mmg mak tak tau tempat ni. Ni kalau bawak budak budak tadika melawat mmg cantik sangatlahkan mak. Kalau setakat mak yg nak pergi buat apa. Huh setakat minum susu ajelah hihi...

    ReplyDelete
  6. tak perasan pulak ada tempat macam ni...boleh dipertimbangkan buat aktiviti akan datang ;)

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign