Asam Garam Kehidupan: Sambal kelesek, jantung pisang.

Pages

26 Dec 2016

Sambal kelesek, jantung pisang.

Pernah dengar sambal kelesek? Sambal orang nogori, sedap cicah dengan ikan bakar ke, ulam raja, jantung pisang rebus. Ermmm, sedapnya hingga ke cicahan terakhir gitew.
Dah tinggal banyak ni baru teringat nak amik gambar, almaklum lama sungguh tak makan ulam jantung pisang rebus, tiga biji jantung sekali hadap, habis sekelip mata. Dalam mangkuk tulah sambal kelesek. Meh nak ajar resepinya.
Bawang merah 5,6 biji.
Bawang putih seulas.
Ikan bilis segenggam.
Cili padi ikut suka hati.
Air asam jawa bancuh pekat.
Garam.
Tumbuk bawang, bawang putih, cili dan ikan bilis, tapi jangan terlampau hancur. Masukkan air asam jawa dan garam. Siap.

Kalo balik rumah MIL den lah chef tak bertauliahnya. Tapi adik-adik ipar rajin, tolong blend bawang cili, potong sayur, jadi senanglah kojo den tinggal nak masuk kuali je. Tengahari tadi menunya asam pedas ikan kembung, goreng kangkung, sambal kelesek dan ulam jantung pisang rebus.
Ni budak demam. Petua orang tua-tua, mandi dengan air daun, daunnya daun durian belanda, daun bunga raya, daun rambutan, daun bolai. Demam nak besar lagi kan Fauzul..
Selamat pengantin baru buat Nur Fahana dan suami. Terimakasih masih ingat nak jemput akak. Moga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.
Kita share tarikh ni..
25/12/1995- tarikh pertunangan akak dan suami.
25/12/2016- tarikh kawen Anna. Beza 21 tahun tu.j

25 comments:

  1. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Biasanya kami celur jantung pisang cicah dengan sambal belacan cair. Sambal kelesek baru la ni saya dengar, tapi tengok pada gambar, baca pula cicah dengan celur jantung pisang, kecur air liur dibuatnya. Nampak pada cara membuatnya mudah aje...nantilah saya dan ummu Ikhwan cuba buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, trmksih doanya.
      Saya dh kawen dgn org neg sembilan byk belaj benda baru contohnya bunga durian pun boleh digoreng jadi lauk, tempoyak pucuk ubi, rendang pucuk ubi..hihi.
      Mmg cara membuat dan bahannya sentiasa ada kat dapur, jadi bila teringin bolelah cuba buat.

      Delete
  2. sambal kelesek tak pernah dengar...tp bunyi pon sedap he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah Ciksiti, kita mgkn dah biasa dgn sambal belacan, sambal kicap, tapi sambal ni bole tahan gak sedap

      Delete
  3. Kakak baru malam tadi menikmati hidangan ulam jantung cecah sambal asam tapi tak ada letak ikan bilis macam resepi Azie ni.

    Lain kalilah kakak cuba:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jantung pisang ni buat kerabu pun boleh, masak lemak kuning pun boleh, sedap kan kzakie, kebun arwah bapak mesti byk pokok pisang kan, nak beli pun mahal gak jantung pisang ni.
      Sedap kak sambal ni, cuba jgn tak cuba;)

      Delete
  4. Ticer Azimah, sambal gesek pernah dengar tapi sambal kelesek, first time ni. Jantung pisang pun PH tak pernah rasa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kot. Tapi you should try jantung pisang, celur sampai layu, toskan..buat sambal ni, i gerenti you mesti suka punya.

      Delete
  5. Den panggil sambal Gesek tu Datin Mah..
    Samo dah bahan2 tu..
    Mak mertuo lalu dopan pun tak nampak..
    Apo laie lalu kek belakang lagi sure tak nampak..
    Nikmat bonar makan sambal gesek tu hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekao org mano tin C, tau lak sambal kelesek ni?
      Den menantu solehah..hehheh..mak mentuo lalu dari jauh den dah nampak
      Sambal ni mmg sodap bona cicah ulam rajo, pegago ko, tapi cicah jantung pisang mmg lain mcm sodap eh, ishhh..mano nk cari jantung pisang lagi ni??

      Delete
  6. Perghhh...sedapnya buat cicah dengan ulaman.Boleh bertambah2 nasi kalau ada sambal gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg bertmbh2 nasinya, lama sungguh tak makan jantung pisang celur ni, sedappp.

      Delete
  7. tak pernah dengar sambal kelesek. kalau jumpa boleh try ni

    ReplyDelete
  8. Yeayyyyy kita dpt resepi baru, nnt nak cuba erkkkkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba jgn tak cuba, in shaa Allah sedap, cicah jantung pisang.

      Delete
    2. Cuba jgn tak cuba, in shaa Allah sedap, cicah jantung pisang.

      Delete
  9. Yeayyyyy kita dpt resepi baru, nnt nak cuba erkkkkk..

    ReplyDelete
  10. macam sedap je.. (Hsna kalau resepi ditambah ikan bilis semuanya sedap kak..antu ikan bilis sungguh..haa)

    penah dengar jugak petua tu dari atok..daun2 tu bulih sejukan badan kan..lagi2 daun bunga raya tu..

    selamat pengantin baru both pengantin.. make luv to the heaven,Insyaallah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, cuma kot first time try tu lain sikit rasanya, sbb guna bawang mentah, tapi bagi yg suka ok je.

      Kan, ni petua org tua2 utk turunkan panas demam tu.

      Delete
  11. tak pernah makan lagi kak....daun bunga raya tu pernah amalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try dulu, mana tau kena ngn selera, nak buat pun mudah, bahan2nya asas sangat.
      Daun bunga raya mmg byk gunanya kan.

      Delete
  12. Dah terjawablah pertanyaan aku kat atas tu. Rupanya ko jadi chef ye mak. Yang penting ada org tolong kemas sebelum dan sesudah masak ye mak....Setakat masak ok je...

    Budak kecik kalau tak demam mmg tak besolah.... Hadap jerlah nak oiii Nak besar kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal ni duk ulang ulang tambah tu tambah ni sama je ek mak, namo yo yg lain...adoiyai

      Delete
  13. Sedap tu sambal kelesek.. sebut pun dah lecur alior..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign