Asam Garam Kehidupan: Tiada kasih, tiada rindu.

Pages

18 Dec 2016

Tiada kasih, tiada rindu.

Jarak memisahkan aku dan abah..
Jauh mau dekat..
Dulu zaman kecilku, kulihat dia dari dekat, tapi ada jarak memisahkan..
Wajah yang jarang tersenyum, apatah lagi gelak tawa bersama..
Tiada bual mesra, tiada gurau senda..
Makanku hanya berteman bunda..
Nak ku sentuh hujung jarinya pun tak tersentuh..
Apatah lagi memeluknya..
Amat canggung, malu, kaku..
Abah...itulah jarak bila abah sudah ada kehidupan sendiri..abah bahagia..
Aku besar, dewasa dan kini memasuki usia dewasa tanpa rasa rindu maupun kasih pada abah..
Arwah ma tidak mengajarku dendam..
Tapi mungkin rasa jauh hati seorang anak masih terbawa-bawa hingga jarak itu tetap ada...
Abah..aku tau kau sudah berada di hujung usia..
Bila menyaksikan tubuhmu terbaring lemah dan beratnya helaan nafasmu, layu raut wajahmu..
Aku memberanikan diri mengusap dahimu..
Tahukah engkau bagaimana perasaanku..
Dan dalam usiaku yang juga semakin tua ini, engkau memelukku buat kali ketiganya..airmataku sudah tak mampu kutahan lagi..
Abah...sungguh tiada dendam di hatiku..
Percaturan Allah dalam hidup kita, aku tau itulah yang terbaik buat kita..
Cuma aku memang tak mampu mengasihimu..
Maafkan aku, maafkan aku..
Abah...70 tahun sudah umurnya, selalu sakit-sakit. Ditemani isterinya yang baik itu, sedang menjalani rawatan kerana jangkitan kuman di paru-paru.

10 comments:

  1. Semoga cepat sembuh ya...mohonlah rahmatNya

    ReplyDelete
  2. Semoga cpt baik amin
    Bergitulah hidup ..

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh ayah kak

    ReplyDelete
  4. Moga ayah cepat sembuh, aamiin..

    Bertuahnya awak NA masih punyai insan bergelar ayah, saya telah kehilangan ayah lebih 17thun lepas & sentiasa rindukannya, kami agak rapat, mungkin sebab saya anak bongsu..

    Al fatihah buat arwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. rupanya kita sama cuma saya kehilangan abah umur 13 tahun

      Delete
  5. saya rindu ayah :(sebak sy baca ni kak :((series ingin menangis..

    ReplyDelete
  6. Ticer Azimah, sedih entri ni. Apa yang berlaku di zaman silam payah kita nak lupakan. Tapi ayah tetap ayah, kan? Doakan apa yang terbaik untuk beliau, semoga cepat sembuh dan segala urusan dipermudahkan.

    ReplyDelete
  7. Bila tidak tinggal bersama kasih memang agak susah nak bertaut apa lagi rindu payah terbentuk. Tapi kalau dari kecik diulek, duduk atas kain pelikat main buai-buai, bila melihat dia sakit hati kita pun sakit. Dapat memeluk dan cium tangan/pipi dia pun rasa sedap. Letak pipi kat dada dia pun rasa best sangat. Itulah betapa kasih-sayang memang perlu dipupuk. Moga Zikri dan kakak/abang tak rasa macam yg ibu rasa dulu.

    Kasihi dan maafkan dia Azi...

    ReplyDelete
  8. Salam kak azimah....

    faham perasaan kak...tetapi inilah masanya sisa waktu yang tinggal untuk curahkan sedikit kasih dan sayang....

    semoga kasih bertaut kembali...tanpa seorang abah manakan mungkin lahirnya seorang anak...

    ReplyDelete
  9. Semoga abah Azimah cepat sembuh.
    Cubalah belajar mengasihinya sementara masih ada peluang dan kesempatan.
    Tanpanya tiadalah kita di dunia ini.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign