Asam Garam Kehidupan: " Bengkoknya" perempuan...

Pages

17 Feb 2017

" Bengkoknya" perempuan...

" Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik...hai, leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak, kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi,"

" Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal?"

" Staf aku si Lina tu lah, baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni, kerja pejabat akan terganggu."

" Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

" Alah....orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah-susah,"

" Jangan cakap macam tu Fuad. Maksud hadis tu bukan begitu,"

" Eh, kan hadis tu kan dah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak?"

" Maksud aku begini. Menafsirkan itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged " atau terkurung seperti yang seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan sama saja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam hadis itu bukan bermakna yang mereka itu cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

" Buktinya apabila Rasulullah saw datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap golongan yang tak berguna kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Baginda ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila orang lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan,"

Jadi maksud hadis tu macamana?

Begini..

" Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu penyempurnaan. Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat 'pelindung'. Ia melindung organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."

" Oh begitu, jadi bila nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"

" Ya betul,selain itu maksud tulang rusuk yang bengkok itu ialah sifat rahmah. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang, perasaaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan."

" Begitu jugalah dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang kerja yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk itu sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat,"

" Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hingga dewasa."

Semoga salah faham kita selama ini terhadap hadis tersebut dapat kita perbetulkan bersama. In shaa Allah.

(Dari buah fikiran mursyidku)

5 comments:

  1. zaman sekrang ni wanita banyak berdikari juga kak kan. bengkok perempuan tu mungkin sebab kita ni tak sempurna. wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bengkoknya kita itu hanya utk menunjukkan perbezaan peranan antara lelaki dan wanita.. bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu brgantung kpd iman dan akhlaknya. Org llki klu tidak berusaha utk membuang sifat2 terkeji di dlm dirinya pun akn jadi bengkok juga..malah lebih bengkok dr org ppuan yg ada usaha membaiki dirinya.

      Delete
  2. Mmg setuju sangatlah dengan hujah mursyid ko tu mak....tiada kejadian Allah yg tiada manfaatnya.

    Betapa bangganya kita mak dilahirkan sebagai perempuan yg mempunyai sifat sifat melengkapi bagi kaum hawa.

    Slim ko mak...jeles weyh

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign