Alhamdulillah, target 3 bulan boleh membaca tercapai. Teman ler yang rasa lega sesangat. Cuma ada 3 orang je lagi yang agak slow, tapi in shaa Allah rasanya sebelum menjelang hujung tahun diorang pun boleh lancar membaca.
Inilah buku yang saya guna untuk ajar anak-anak ni membaca. Kaedah e-Xra ni memang berkesan berbanding kaedah mengeja yang kita belajar dulu-dulu. Ada 3 buku, yang bestnya anak-anak ni saling berlumba nak menghabiskan setiap buku. Tapi biasanya bila dah masuk buku terakhir, tak habiskan buku tu pun diorang dah boleh membaca dengan lancar.
Free stail, ni aktiviti membaca selepas mandi tengahari sebelum tidur.
Saya lambakkan buku cerita, diorang ralit membaca, saya boleh buat kerja lain.
Ralit membaca sampai tak perasan saya amik gambar.
Moga anak-anak ticer ni menjadi anak-anak yang cerdik, pintar, soleh, solehah, berakhlak sehingga dewasa. Aminnn.
Alhamdulillah, berkat usaha ticer, dah pandai anak2 membaca.
ReplyDeleteSaya belum pernah tahu buku e-xra ni. Modul BM ke BI kak. Excited pulak nak tahu. Anak2 saya, biasa guna buku Bacalah Anakku....dari yg sulung sampai anak no.3, si kecik tu pun cadangnya buku yg samalah. Kalau e-xra ni lagi bagus, bolehlah beralih arah
Bagus jugak kalu dah ada kaedah baru utk anak2 cepat menguasai bacaan..
ReplyDeleteeXra ada dua modul, BM dan BI, tapi kami guna BM je. Akk rasa buku ni lagi bagus, sbb akk pernah guna bacalah anakku, cahayaku, tapi buku ni lagi senang nak guna, takde trick pun, so parent pun boleh ajar sendiri di rumah.
ReplyDeleteCuma akk tak sure di Perak nun ade ke idok centre dia, ater cubalah mike google yek
Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteAlhamdulillah, bagus ye kaedah extra ni. Semakin mudah utk anak-anak menguasai bacaan. Moga mu`allimah nor azimah sentiasa sukses dan dipermudahkan dalam mendidik ahli-ahli fitrah ini....
comel je..macam-macam gaya membaca anak2 nih.
ReplyDeletetak pernah saya tengok buku ni, boleh try cari ni
Wahhh, alhamdulillah. Kalau saya dulu ingat belajar guna buku Bacalah Sayang. Hehe
ReplyDeleteBenda yg baik elok dikongsi. Tapi tak tau kat mana nak beli buku tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah mesti rasa seronok bila diorang dah boleh membaca kan. hehee.
ReplyDeleteCepatnya.. 3 bulan dah boleh membaca...
ReplyDeleteBagus betul la kaedah eXra ni..
Tak pernah tengok/jumpa lagi buku ni..
alhamdulillah cepat gak 3 bulan dah boleh baca tu
ReplyDeletekeja seorang pendidik ni bukannya senang. sy tabik pada mereka yang memilih bidang kerja ni. sangat berbakti mencurahkan ilmu kepada anak murid :)
ReplyDeletemacam2 gaya depa membaca..yang baring tu tak tahan, feel at home..bagus, ada persaingan sihat nak cepat habiskan baca buku..
ReplyDelete3 bulan dah pandai membaca? Anak saya dulu setengah tahun juga baru pandai membaca. Harapnya yuran aje mahal. Sikit-sikit nak suruh hantar kelas tambahan. Letih dengar suggestion cikgu tau!
ReplyDeleteBagus kalau budak2 suka membaca. Amalan yang baik, kan ticer?
ReplyDeleteeXra? Dulu zaman anak aku.... Bacalah Sayang ke hape. Lupa dah. Zaman pun dah berubah takkan nak guna benda sama lagi ek mak.
ReplyDeletePandaikan ko mak, gula gulakan budak tu ngan buku. Nasiblah aktiviti sihat hihi...
Depa ralit tu ko buat apa mak? Blogging ke ?
Haha, tau takpe
ReplyDelete