Asam Garam Kehidupan: DIA tahu apa yang terbaik..

Pages

19 Apr 2017

DIA tahu apa yang terbaik..

Aku dan Umar Zikri.
Kita ada wan dengan tokma, atuk takde.
Kita ada tokkilah.
Tokki? Yang mana?
Tu yang kita pegi tengok kat hospital aritu..
Ooo.....

Aku dan Nadhrah.
Ibu, kenapa tokki bercerai dengan tokma??
Krikk, krikk..
Ibu...
Sebab tokki dah tak sayang tokma lah.
Ala, kalo tak sayang pun takyahla bercerai..
Krikk, krikkk.

Aku dan Muhammad Danish.
Jom, esok ikut ibu nak gi tengok tokki kat hospital.
Tokki kenapa?
Sakitlah, masuk icu..
Oo, tapi esok ( hari ni ) nak keluar jumpa kawan.
Krikkk, krikkk.
---------------------------------------------------------------------
Harini aku ke PPUM.
Abah..andainya inilah pertemuan terakhir kita, moga detik ini abadi dalam kenanganku..
Sungguh jauh jarak hati yang memisahkan Gie dan abah. Gie selalu rasa abah tak patut, abah tak adil, abah tak sayang kami, abah tak pedulikan kami, abah dah lupa kami juga anak-anak abah...mungkin rasa-rasa inilah yang makin menjauhkan jarak hati kita..
Tapi entah kenapa, rasa kekok, rasa seperti tak ada apa yang nak dibicarakan...membuatkan Gie rasa tak perlu menelefon abah. Ada satu waktu bila terdengar di hujung sana,...buat apa telepon2, habis duit je..membuatkan Gie rasa makin tak perlu menghubungi abah..
Rasa2 itu turut menjarakkan hubungan antara Gie dan anak-anak abah yang lain...
Hanya Allah yang tau...
Gie abadikan wajah abah di sini, moga suatu hari gambar wajah abah ini jadi tatapan kenangan kepada anak-anak Gie...yang juga cucu-cucu abah...


ICU, ppum

13 comments:

  1. sedih pulak membacanya kak...Dia lebih tahu moga ada hikmah disebalik apa yang berlaku

    ReplyDelete
  2. :(...apa yg akk rasq sepertinya irda pernah merasa..cuma kerana irda biarlah rahsia..

    ReplyDelete
  3. Akak faham perasaan Azi,...apapun doakan abah Azi yang baik2.Ada hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan urusan perawatannya.

    ReplyDelete
  5. Walaupun makchaq tak dak pengalaman macam ni.. tapi dapat tengok apa yang terjadi pada anak2 buah..
    Semoga semuanya berakhir dengan baik..

    ReplyDelete
  6. Allahu... moga segala urusan dipermudahkan


    Hi, jemput baca post baru AMERZING || http://ameridzuan.blogspot.my/2017/04/men-minimalist-fashion.html

    ReplyDelete
  7. kak, semoga dipermudahkan urusan. semoga abah kak kembali sihat semula.

    ReplyDelete
  8. Sedih baca catatan Nor. Apa pun akak puji sikap Nor kerana tetap menziarahi abah. Tabah lah dik. Setiap kita ada kisah duka yang tersendiri. Hanya Allah lah yang mengetahui hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
  9. Sedih baca catatan Nor. Apa pun akak puji sikap Nor kerana tetap menziarahi abah. Tabah lah dik. Setiap kita ada kisah duka yang tersendiri. Hanya Allah lah yang mengetahui hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
  10. Saya dah baca masa entri ni keluar tapi tak tahu kenapa tak komen. Tak sempat atau mungkin takda semangat nak jadi komentatorlah gamaknya hari tu ^_^

    Saya boleh relate kisah ni sebab berlaku pada insan yang rapat dengan saya. Tapi yalah, bila peristiwa dah lama berlalu dan orang tua kita semakin dimamah usia, tak sampai hati nak 'berdendam' lama-lama. Baik buruk pun tetap jugalah mak/ayah kita sendiri.

    ReplyDelete
  11. Moga ayah mu kembali sihat mak.
    Biasalah mak, semua orang pernah melakukan kesilapan. Mana ada org yg sempurna. Maafkan ajelah...gembirakanlah dia sementara hayatnya masih ada ni.

    Mak muka ko ada sikit mcm bapak kolah

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign