Asam Garam Kehidupan: Hang lebat plak.

Pages

29 Apr 2017

Hang lebat plak.

Dengan yakinnya dia jawab..Hang lebat.

Sedang latihan sukaneka hari rabu tu, dia dok asyik sebut kisah pahlawan melayu ni..katanya: ticer, kawan Hang Tuah yang lawañ dengan dia tu Hang lebat kan?

Hah, Hang apa? Aku tanya mintak kepastian kotlah aku salah dengar.
Hang lebat,..dia menjawab dengan yakin. Aku dah tak tahan nak gelak.
Tapi saja tanya lagi, nak dengar dia sebut lagi. Dan dia dengan konfiden seratus persen menjawab..Hang lebat juga.

Aku gelak senak perut berair mata. Aduiyaiii. Tapi dalam pasukan sukaneka tu aku tak guna pun nama Hang Jebat, hanya Hang Tuah, Hang Lekir dan Hang Kasturi. Mungkin dia bercerita kat rumah, dan mungkin parent dia bercerita pasal kisah pahlawan-pahlawan melayu kita tu, dan dia silap dengar hang jebat jadi hang lebat.

Ada pulak kawannya yang pandai menyampuk..hang hujan lebat, pastu sorang lagi siap nyanyi-nyanyi..hang pi mana, hang pi mana, hang pi mana.. aduihhh...bebudak ni.

Esok...the real sukaneka. Tak taulah apa lagi kerenah2 yang bakal mencuit hati, menyengat hati, menghangatkan hati, tapi mudah2an semuanya berjalan dengan lancar saja, aminnnn.
Budak Hang lebat. Amir Zafran namanya.

8 comments:

  1. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Seronok dan terhibur dengan karenah dan keletah anak-anak ahli fitrah. Walaupun ada masa-masa serabut juga hehee... Teringat seloroh seorang teman, Melaka gagal dijajah kerana ada lima Hang, tetapi Kedah lagi kuat kerana ada lagi ramai hang kat sana...hehee

    ReplyDelete
  2. terhibur betul dengar cerita anak2 nih, ada2 saja cerita mereka setiap harikan.

    haa macammana sukan? ok ka?

    ReplyDelete
  3. Hang Lebat pun Hang Lebatlah, dik! Janji tahu juga ada nama pahlawan. Lagi pun lebih kurang aje bunyinya, KakG. Okeylah tu. Buat dia Tanya pasal Hang DukaNestapa, Hang Pimana, lagilah parah kita nak menjawabnya nanti tau. Ingat! Urat-urat kena maintain selalu, nanti putus ^_^

    ReplyDelete
  4. haha...udah hang lebat pulak!. Dari entri hari tu lagi saya dah baca tau, kak. hang kutu la, hang degil lah, cuma tak sempat nak komen. Tergelak saya baca.

    biasalah budak2 ni, kalau sebut tu...ikut apa yang diaorg tahu jer lah, kan....hehehe

    ReplyDelete
  5. Hihi....macam macamlah budak budak ni, Hang Lebat dah pulak.

    ReplyDelete
  6. hihi macam2 hang ni. terhibur juga gelagat diorg ni kak

    ReplyDelete
  7. Hang lebat okay lagi, jangan hang lepat pulok.

    ReplyDelete
  8. Comel Hang Lebat tu 😍😂 Hang pi mana, hang pi mana pun boleh

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign