Mungkin tak semua. Tapi inilah gambarannya betapa ceteknya pengalaman islam dahulu. Kita pun ada tonton filem-filem melayu tahun 60-an yang pelakun wanitanya berpakaian seksi dan pergaulan bebas.
Seandainya tiada yang berusaha bersungguh-sungguh memperjuangkan 'Islam is the way of life', yang tetap menggenggam bara api Islam itu sehingga ke hari ini, yang sungguh gigih mempertahankan ekonomi, pendidikan, hiburan, cara hidup yang berlandaskan ajaran islam secara syumul....cuba bayangkan, agaknya bagaimana masyarakat islam hari ini? Tidakkah lebih teruk dari yang ada sekarang?
http://www.anjungmuor.com.
Iklan dalam bahasa melayu, yang melakunkannya pun nampak macam orang melayu, mudah2an mereka sempat bertaubat.
Selamat menyambut Isra' mi'raj.
salam isra' mikraj...semoga kita mengambil ikhtibar dari peristiwa agung perjalanan Rasulullah saw..
ReplyDeleteSemoga kita pun membina jalan menuju taqwa.
ReplyDeletezaman dulu kan kak, tengok je citer pramlee tahulah cemana. zaman dulu takde ilmu sangat kot. mula islamisasi start zaman al arqam dulu
ReplyDeleteYa, islam mula terpandang di zaman al arqam, mereka mwmperjuangkan ekonomi,pendidikan, hiburan islam, cara berpakaian...sehingga akhirnya ramai yg mula membuka matahati dan berubah ke arah cara hidup islam yg sebenarnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah...sekarang ni islam lbih baik dalam negara kita kan, kalau takde yang memperjuangkan islam dulu, mungkin betullah kita akan menjadi lebih teruk sekarang
ReplyDeleteAkan sentiasa ada yg memperjuangkan islam, itu janji Allah.
DeleteBetullah Azi,bukan saja pakaian dan minuman saja yang dipandang ringan ketika tu tapi budaya mandi safar dan buang ancak juga pekara biasa.
ReplyDeleteYa kak, mandi safar tu dulu jadi budaya hidup di terengganu. Arwah mak saya kata yg ustazah pun pakai tudung nmpk jambul.
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteBetul, penghayatan Islam dulu-dulu agak kurang. Seingat saya, kata orang tua-tua dulu, ustazah2 di tahun2 50-an, 60-an, awal 70-an pun selendang sangkut di bahu. Alhamdulillah, lama-lama semua itu berubah. Terima kasih juga kepada gerakan al-Arqam yang banyak merubah keadaan ini dengan memperkenalkan pemakaian cara Islam, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Wallahu ta`ala a`lam...
Ya ustaz walau dulu ada ilmu tapi penghayatan ilmu itu sangat kurang, tiada yg bersungguh2 membudayakan cara hidup islam krn mereka tidak faham hatta alim ulama pun tiada kekuatan utk memperbetulkan.
DeleteDulu-dulu teringat juga bila terlepas bala', pi tabur beras kunyit ke apa. Masa tu kita pun kecil jadi tengok ajelah. Ilmu pun bukan penuh di dada nak komen lebih-lebih. Kang tak pasal-pasal kena sekeh.
ReplyDeleteSaya pernah tengoklah iklan ni, pernah ada blogger lain kot yang buat entri tapi tak ingat di blog mana pulak!
Kita kecik2 kita ikut je apa org tua2 buat, dah besar ada ilmu dan faham baru tau itu salah.
DeleteAkk ada bagi nama blog tu tapi tkleh nk bg link sbb up entri kt phone je.
Betul tu, ticer. PH masa kecik2 banyak tonton filem2 Melayu dan bila PH fikirkan semula, memang dulu terlalu liberal gitu. Contohnya filem Gelora (P Ramlee). Ada banyak adegan2 yang "mencemaskan".
ReplyDeleteYa PH, itulah cara hidup masyarakat melayu islam zaman 60-an kerana mereka tidak faham, even sekarang dah faham pun masih ramai yg endah tak endah pd pegangan agama sendiri.
DeleteHa a....dulu tak mcm sekarang. TV pun tak de. Nak menyebarkan dakwah pun bukannya senang. Terpaksa bermusafir berhari hari. Sekarang ni semuanya dihujung jari. Ada kebaikannya jugakkan media sosial ni.
ReplyDeleteMoga Allah ampunkan dosa dosa kita semua, yg masih hidup atau yg telah tiada. Aminnnn
Sekarang ni antara nak dengan tak aje, kalo yg dah ada kesedaran tu dorg rajinlah pegi usrah sana-sini menambah ilmu, ank2 dihantar ke sekolah tahfiz, sekolah tahfiz pun dah canggih.
DeleteDulu iklan bir dgn tokok pun boleh kluar tv.
ReplyDeleteterus terang cakap, i memang tak suka tengok cerita2 lama esp cerita P Ramlee.
ReplyDeletebanyak sangat yang kurang elok i rasa.. esp bahasa dan bergaulan dalam nya tu.
sorry lah sis.. sekedar share apa yang i fikir lah.. tgk je lah macam yang atas ni. Beer selamba je kan.. ALHAMDULILAH sekarang masyarakat kita makin ada pendedahan dan kesedaran.