Jumaat lepas 19/5/2017 bawak anak-anak tadika pegi trip ke Rabbit Fun land Lenggeng. Lenggeng ni dah masuk dalam daerah negeri Sembilan, tapi takdelah jauh sangat.
Biasalah anak-anak seronok sangat pergi tempat-tempat macam ni, dapat kejar arnab, bagi makan unta dan macam-macam lagilah aktiviti yang menyeronokkan, sesekali dapat keluar melihat suasana luar kan main happynya dorang.
Dah penat beriadah dengan bermacam aktiviti naik bas je mata pun tak larat dah nak buka.
|
Tresure hunter, cari telur ayam plastik celah2 rumput, nak no 6 jer.. |
|
Meniti titian gantung, gayat gak dorang. |
|
Bagi makan rusa, hebat rusa makan carot you. |
|
Tak ramai yang berani dan minat nak perah susu lembu, semua pakat lari taknak. |
|
Unta pun makan carot juga. |
|
Petik sayur bayam, bagi makan kambing, kandang kambing kat sebelah kebun sayur tu je. Ada gak acara bagi makan ayam, tapi takdelah nak taruk semua gambar kat sini. |
|
Rabbit pun dah jemu kot makan carot, ada yang buat dek je takmo makan. |
|
Sampai bertindih. |
|
Terlentok. |
|
Terkulai. |
wow kakG, saya yang tengok ni rasa seronoknyaaaaa....
ReplyDeletenanti nak review lah tempat ni, kot-kot boleh dicadangkan pada taska anak saya ^_^
tengok anak2 tidur tu nak tergelak pun ada, boleh pulak bertindih2 ya...penat sangaaat! hihihi
Mak aii, dari perak nk ke nogori sembilan, jauh bebenaw la nak berjalannya.
DeleteDah penat tido pun tak menyado tu yg sampai bertindih2 tu.
Tentu seronok anak2 tu.
ReplyDeletePembelajaran sebenar di luar kelas.
Tahniah.
Seronok tak terkata smp taknak balikla dorang.
DeleteSeronok nya budak2 tu Azi...beria2 nampak nya memerah susu...berani tu.Petik apa tu?...betul2 dah macam pekebun.
ReplyDeleteLaaa...kepenatan lah tu sampai tidur nyenyak .
Yang beraninya tak ramai, yg takut tu ramai, hehe.
DeleteTu metik sayur pastu bagi kambing makan sayur tu.
Mmg penat dah berlari2 ke sana sini.
bestnya kak, ni dekat N9 dah ek? brp jam perjalanan tu dari tempat kak?
ReplyDeleteAah kata neg 9 tapi takla jauh sangat. Perjalanan lebih kurang sejam la dari semenyih tu.
DeleteOh, saya tak tahu tempat ni! Nasib baik dah nak bulan puasa. Kalau tidak, ada juga yang terlepas pergi Rabbit Fun Land ni!
ReplyDeleteOh, alahai! Tak tahan nak gelak tengok budak-budak ni tertidur dalam bas. Penat gamaknya melayan segala haiwan yang ada. Comel betul masing-masing tertidur.
Eh boleh yo poie lopeh rayo sok, tak pun pilah berayo kek sanun. Mau terjorit2 si comey tu, kot si abang mau togak tk mau bergorak kang.
DeleteDah penat tak sedar dah alam sekeliling, tido bertindih2 pun jadik. Masuk kandang arnab, arnab yg lari takut kan dorang, gi kebun sayur habis batas sayur kena pijak, jenuh nak kawal.
Seronok dorang explore tu zimah..
ReplyDeleteDokek mano tompek ni..
Nak gak den terjah bilo balik kg mertuo den...
Beriyo lotih anak murid tu..
Raso tergolak bosar tengok gayo tido memasing tu 😂😂
Kek Lenggeng, dokek yo, bawak si nabil tu sure suko bebona lah tu kang.
DeleteMmg lotih tak terkato lah tu, tido pun tak menyoda dah.
ragam anak-anak ni kot mana pun manis dan comel ya...
ReplyDeleteTapi ada gak yg buat paneh hati tau IM,hihi
DeleteGambo ko tgh tido tak de ke mak haha.... Best tau tido dalam bas nak nak lepas penat bagi makan arnab tu
ReplyDeleteOihh aku mana boleh tido, terbalik bas tu kang kalo aku tido.
DeleteSeronoknya anak2 dapat berjalan.
ReplyDeletePenat sangat tu sampai terlentok, terkulai dalam bas haa