Asam Garam Kehidupan: Pensil kontot.

Pages

10 May 2017

Pensil kontot.

Arwah ma cerita, dulu masa dia sekolah serba susah nak beli itu ini semua kena jimat-cermat, ma lahir tahun 1941, tahun Jepun menyerang Tanah Melayu. Pernah juga tanya kisah hidup di zaman Jepun tu, tapi tak banyak yang boleh ma cerita sebab dia masih kecil masa tu, yang ma cerita pasal kubu bawah rumah berupa lubang besar, bila Jepun menyerang orang kampung lari masuk dalam kubu tu. Dalam hati aku terfikir, kalaulah lubang tu tertimbus masa insiden serangan bom jepun tu, harus mereka terkubur hidup-hidup...berbalik pada kisah zaman ma sekolah, ma kata,  buku teks buku tulis pun share adik-beradik. Ma kata buku-buku teks dia abang dia ambik, dia takde buku nak belajar jadi terbantut, kalau tak mungkin juga dapat jadi cikgu atau guru agama...ermmm, bukan rezeki ma, lagipun ketentuan Allah dah tersurat semuanya terbaik untuk ma.

Antara yang sehabis jimat arwah ma guna ialah pensil. Sehabis pendek sampai tak boleh pegang ma cari batang buluh kecil masukkan hujung pensil supaya jadi panjang dan boleh dipegang...

Tapi Umar Zikri ni kes lain. Dia ni suka mengutip bila jumpa benda yang menarik minat dia. Kalau saya perasan benda tu masih elok, agaknya si kawannya tercicir ke, saya paksa dia letak semula di tempat yang dia jumpa tu. Tapi kalau dah kontot macam yang di bawah ni, saya tak tercakap apa dah.
Entah kat mana dikutipnya dua benda ni, yang warna merah tu aku tak tau pebendanya.
Arwah ma cari batang buluh kecil masukkan hujung pensil supaya boleh dipegang dan boleh menulis, macam nilah kot rupanya..masuk pensil dalam batang pen yang dah habis dakwat.

10 comments:

  1. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Sebut pensel kontot ni, teringat saya zaman sekolah rendah dulu. Saya pun memang suka simpan pensel kontot. Kadang-kadang sampai pegang di hujung jari je kerana dah angat kontot. Nak buang sayang sebab kiut sangat. Idea masukkan dalam hujung buluh memang baguslah. Saya tak terfikir pun masa tu...budak-budak kan! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, mana ada budak skrg tau susah mcm tu ustaz, even saya pun tk pernah guna, ni umar zikri lah suka sgt, mcm ustaz kata, kiut sangat.

      Delete
  2. Akak pun pernah rasa pensil kontot sambung kan dengan buluh sebab masa akak sekolah dulu pagar sekolah cuma dari pokok buluh yang kecil2 ....tu yang senang ambil buat sambung pensil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah ada pengalaman ye kak, hihi..
      Ank2 skrg tak tau kesusahan mcm ni, tkde benda minta duit dgn ayah, ayah kasi je, ada yg bwk duit belanja 10 hengget sehari, makpak berduit lah tu.

      Delete
  3. pensil kontot ni lejen. pernah dengar kalau pensil tu terlampau kontot dari jari kelingking tak elok digunakan.

    ReplyDelete
  4. Rasa x pnah lg zaman sy bljr dulu guna pencil bersambung2.. mgkn lupa kot...

    ReplyDelete
  5. saya pernah juga dulu2 kak guna pensil kontot..kenangan zaman kanak2

    ReplyDelete
  6. Mana sama zaman susah mak-mak kita, dengan zaman kita dan zaman anak-anak kita. Anak-anak kita ni pun kira bertuah banyaklah tak rasa tersiksa macam mak-mak kita atau pun kita dulu-dulu. Eh, tapi saya tak tersiksa pun masa zaman sekolah, sebab itulah saya ajar anak-anak jadi banyak lemak ^_^

    Saya pulak pantang kalau pensel kontot, mulalah hati nak meradang aje. Maklumlah, kalau nak tulisan cantik, pensel kenalah tajam dan senang nak pegang untuk menulis. Tapi zaman saya sendiri dah ada mechanical pencil. Pensel kontot ni memang tak merasalah!

    ReplyDelete
  7. pernah gak dulu2 ada pensel kontot

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign