Dah tiga hari bukak sekolah lepas cuti 2 minggu aritu. Puasa dalam cuti sekolah ibarat hadiah besar buat anak-anak, apa taknya, lepas subuh boleh sambung tido sampai pukul 11. Teragak takde arah benda nak buat lepas zohor sambung tido lagi. Puasa pun takdelah rasa letih, lapar, malam mulalah taknak lelap mata tu, padahal pukul 5 nak kena bangun sahur. Kejut sahur macam kena kejut pegi perang kot, menangis2 , Umar Zikrilah..siapa lagi.
Setakat ni first day aritu dia terminum air katanya, tak ingat puasa. Jujur je bagitau tak macam omak eh kekecik dulu, curi2 minum air, curi limau kat pokok tepi jalan, pastu curi2 makan plak limau tu, teruk perangai omak kau ni Umar Zikri oii, pastu balik sekolah tengahari tu, kekonon lotih bebona puasa, eh...memanglah lapar betul, bukan curi2 makan nasi, takat curi makan limau sebiji takdo konyang do.
Azamnya nak puasa penuh tahun ni.
Kesian tengok kegigihan Umar Zikri puasa ibu pun gigih menggugel resepi sotong dan udang salut tepung tau. Comot abih baju dengan dapur,al maklum baru first time try buat sendiri, kuikui..
Yelah..malehla nak buat bondo cerewet2 ni, takat nak makan sepiring beli je lagi senang. Tapi demi anak yang gigih berpuasa ibu sanggup berkorban tau, hari-hari pikio nak masak apa nak gembirakan anak time berbuka.
Hari ni letih bona. First day and second day sekolah semalam takat duduk merenung air bandung kesukaan tu. Hari ni dah tak mampu menahan letih kan, disusunnya kerusi buat macam katil, lansung tertido sampai waktu berbuka. Tiap hari balik sekolah minta nak bukak puasa, dahaga nak minum air, den izinkan je, takpelah baru belajar. Tapi bila suruh berbuka katanya dia puasa tak boleh makan, pulak dah.
Letih sangat nampaknya tu sampai tertidur tunggu berbuka. Samalah dgn adam ni ha balik sekolah muka mendung je ckp lapar dahaga,pujuk2 bertahan juga la
ReplyDeleteComel ja gaya Umar Zikri 😄
ReplyDeleteAlahai bijakny zikri. Mature budaknya. Dulu mama pun penah curi2 minum air gak haha
ReplyDeleteSALAM JUMAAT LETIH SUNGGUH UMAR ZIKRI BERPUASA
ReplyDeleteKesiannya tengok dia tergolek letih.
ReplyDeleteAzam dia kuat tu
Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteZaman budak2 dulu biasalah terlupa puasa. Tapi biasanya hari pertama je. Sambil berbaring menunggu-nungu waktu berbuka jam duk di tangan. Lucu mengingatkannya.
#sotong dan udang celup tepung tu mengecurkan air liur!
Patutnya sekolah tu bagilah cuti dekat nak Raya ek mak. Ini dibaginya cuti awal awal....
ReplyDeleteConfirm selera si Umar Zikri berbuka puasa tu. Tau ajelah bebudak kalau dapat seafood.
Alahai kesiannya. Mmg lotih bona nampak eh budak tu.
Latihan buatnya dan anak2 yang baru belajar puasa.
ReplyDeleteAnak lelaki kena kuat.