Asam Garam Kehidupan: Anak murid sound ticer.

Pages

19 Jul 2017

Anak murid sound ticer.

"Aip, aip..berapa kali ticer nak kena cakap ni..minum duduk.." aku tunjuk muka garang sambil jegilkan mata.

Dia pun segera mencangkung instead of berdiri kejap tadi. Kejab minum, kang kejab lagi nak terkencing, kang nak minum lagi, pastu nak kencing lagi, sampai penuhla singki dengan cawan. Tak boleh jadi betul.

" Haa..sape minum, cawan basuh semula, takyah sabun, siram air je, penat Ticer asyik kena basuh cawan je tau"..ishhhh...tak habis2 berleteq Ticer ni. Agaknya tu kot benda dalam hati dorang. Haha, nasib koranglah bebudak oii.

" Ticer, minum kena duduk kan, kalau makan?"

"Makan pun kena dudukla, sape minum berdiri, makan berdiri nanti jadi macam kambing.."

"Tapi tadi ticer pun makan sambil jalan..." Dushhhh..

"Alamak, yeke? Ticer lapar sangat tadi, Tak perasan." Aku dah termalu. Memang tadi aku ambil seketul kuih, masuk mulut terus berjalan sebab nak kejar ada kerja lain nak buat dan memang perut pun tengah menyanyi lagu keroncong. Selalu aku memang berhati2 jangan sampai tersilap langkah depan bebudak ni, tau jelah dorang..kita sound dia, dia pun pandai jer sound kita balik, jangan sampai jadi macam mak ketam kan..

Tapi sesekali Ticer pun tersilap jadi mak ketam, huhu..

30 comments:

  1. hahaha aduiii budak-budak ni punn. jadi cikgu ni kena berhati-hati habis bila nak cakap atau buat sesuatu depan budak kan? ada ja benda nak di sound balik kalau kita silap.

    ReplyDelete
  2. Hihii...terkena ya Azi.Jaga2 kanak2 ni selalunya jadi pemerhati yang baik...

    ReplyDelete
  3. heh..heh..anak2 ni memerhati apa yg kita buat nor...cari masa je nk mengena...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Kak, tapi teguran diorg pun betul tu

      Delete
  4. hah..hah..budak2 zaman sekarang...

    ReplyDelete
  5. Alamak! Ticer dah kantoi lah..

    ReplyDelete
  6. 😂😂😂😂😂😂😂😂

    ReplyDelete
  7. Alahai....budak budak ni bahaya betul...haha...boleh jawab macam ni...tu lah lapar sangat sampai makan berdiri...tak bagus tu...u all jgn buat macam tu tau.hihi

    ReplyDelete
  8. HEHEHE...comel2 anak murid ticer..:)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Tu la kena hati-hati depan anak-anak ni... Kan dah kena hehehe
    Teringat kata seorang sahabat: anak-anak payah mengikut pa yang kita suruh, tetapi mereka tidak pernah gagal meniru apa yang kita lakukan."
    Moga akak sentiasa dipermudahkan dalam mendidik ahli-ahli fitrah ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangatlah ustaz, mmg tepat..sbb tu Ada pepatah bapak kencing berdiri, anak kencing berlari..kan.

      Delete
  10. budak2 sekarang berani

    ReplyDelete
  11. hahhahah...babap kang budak2 ni...

    ReplyDelete
  12. sekali ticer pun kena soundd daa..hehehe, berani anak2 sekarang kan tegur ticer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teguran yg betul, Ticer terima dgn hati terbuka, hehe

      Delete
  13. ahahaha comel je budak2 ni sound ticer kan. budak2 ni bendul lagi. tu yang terus sound kalau nampak ada yang tak betul bagi mereka. haha. lawak lawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, lurus je, dia tau salah dia tegur je, dorg punya bijak, makpak dorg pun dorg boleh manipulasikan.

      Delete
  14. Pastu pandai report Kat makpak dorang plak tu

    ReplyDelete
  15. Hahaa..... dlm hati diaorang agaknya .....ticer ni cakap aje pandai....
    Budak budak sekarang ni mmg bijak bijak belaka, memerhati je kerjanya. Seram jugak kita jadinya mak

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign