Asam Garam Kehidupan: Berperang dengan monyet.

Pages

28 Aug 2017

Berperang dengan monyet.

Semalam sempat singgah rumah mak mentua di Rembau otw ke Melaka. Sian rumah omak mentua den tu, penuh taik cicak koring. Dia tak berapa sihat, banyak duduk rumah anak2 dia. Sebelum berangkat ke Tanah Suci semalam, dah sebulan dia tak balik rumah. Kitorang singgah sempat sapu2 jelah. Sempat tebang pisang abu. Sempat juga minta tolong adik ipar galikan anak pokok pisang nak tanam kat belakang rumah tu. Toklaki den tu bila suruh tanam pokok pisang,..dijawab eh macam ni.." buat apa tanam, kan dah banyak pokok pisang kat belakang tu.."
Den jawab balik.." Lhah..tu kebun pisang orang, bukan pisang Kita.."

Ada ke..mentang2 ada pokok pisang orang, mana nak sama dengan pokok pisang sendiri kan. Aritu adalah den ikut petuo WP letak selipar buruk kat celah batang pokok diyan belanda. WP kata petua orang tua biar pokok tu malu sebab taknak berbuah...letak sipar buruk tu biar dia rajin berbuah..tapi toklaki den tak percayo, dibuang eh selipar buruk tu. Bila den tanyo.." kenapa buang? " Dia kata.." Ada ke.."

Memang hutan kebun gotah belakang rumah den tu dah jadi kebun pisang. Tapi ada gak monyet memberanikan diri datang mencuri buah Kat kebun toklaki den tu. Pokok mangga epal aritu den ugut2.." kalau ko taknak berbuah, den tobang kau nak?" Takut deh, tak lamo berbuah plak dia. Tak taula sebab ugutan den tu ko atau sebab toklaki den rajin taruk baja.

Ada la lebih 20 biji buah eh. Kemain lagi den mengidam nak meraso buah yang pertama tu, tapi alangkah keciwanya di hati hamba, sebak terasa di jiwa hamba, terasa nak cari batu bolah batu bertangkup jer..bila tengok buah idaman dicuri cik nyet tu. Den suruh toklaki balut buah tu, dia jawab macam ni.." balut pun kena curi gak.."
Memang betul pun, adalah den balut sendiri aritu..tengok2 plastik dah berterabur kat bawah, buah dah kena kidnap..huwaaaa...

Tapi sok2 kebun pisang orang tu dah berbuah mesti dia gigih menjaga supaya tak kena curi. Otomatik kebun kami pun terjaga kan, rasanya lah, sebab kebun pisang dia betul2 kek belakang kebun toklaki den tu.

Jadi sementara ni den isytihar porang dulu dengan cik nyet. Bukanlah den tembak, sebab den takdo senapang takdo pistol pun. Kalo ada pun tidaklah tergamak nak melakukan perbuatan yang kejam tu. Den lastik jer. Hehe..caye tak?
Tak cayo? Memang tak boleh percayo sebab den tak ghoti pun pegang lastik. Habis, buat camano?

Den tak bagi peluang kat cik nyet tu, cepat2 suruh suami den petik buah mangga tu, nampak je ada tanda dah matang sikit, cepat2 amik. Tapi antara kami dengan cik nyet tu, rasanya dorang lebih banyak dapat buah tu dari kami. Takpelah..kita niat je sama2 berkongsi rezeki pemberian Allah.
Mangga epal dah berbuah, buah eh selalu kena curi dek cik nyet..tapi den tak boleh salahkan dio 100%, dah habitat dia kena ceroboh oleh suku sakat den kan, kek mano laei dia nak cari makan.
Aritu den balut pun kena kidnap gak. Ada orang tua sedara belah toklaki den bagi petua, kato eh, gantung air sirap kek pokok, gantung bebanyak sikit, agak eh kalo monyet tengok dipikir cam darah kaum dia kono tembak, haha..tapi den belum try buat lagi, tak tau la berkesan ke sebaliknya.
Dah lapang, dah ditanam dengan pokok pisang. Tapi Masa amik gambar ni belum nampak bona pokoknya. 

5 comments:

  1. Salam kenal kak..
    Terima kasih singgah blog ira..
    Terliur tgk mangga tu.. Hehe.. Mencabar juga ye nk mendapatkan mangga tu, kene perang dgn nyet2..
    Kawan saya kan, dia pasang mercun nk halau monyet..
    Betul tu kak.. Monyet tu dah takde tempat nk cari makan sbb habitatnya da kena kacau.. Rasanya bkn monyet je, haiwan lain pun..

    ReplyDelete
  2. Inilah cabaran bertani Azi.

    ReplyDelete
  3. Seronok nya Kak ada tanah bosa gini, boleh buat bercucuk tanam.

    Takpelah kongsi dgn ciknyet, ada pahala jugak tu hehe...

    ReplyDelete
  4. kalau letak sirap......kene ikat tepi...senang nyet nak minum.... huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Mangga epal tu sodap eh kak, lama tak makan, dulu ada pokok sebatang kat kg tp dah tebang dah sekarang xde dah la.sonokkan ada tanah boleh tanam macam2.. Boleh cuba tu kak buat petua2 yg dibagi tu

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign