Asam Garam Kehidupan: Bijak menilai kasih-Nya

Pages

16 Oct 2017

Bijak menilai kasih-Nya

Hari ni aku ingin berbicara secara serius, moga ramai yang sudi mengambil manfaat.
 
Aku yakin ramai antara kita tidak suka dipanggil tua...termasuk aku salah seorangnya...kerana kalau diibaratkan daun, daun yang tua itu sudah kuning, kering, rapuh dan layu. Resah tatkala ditiup angin atau ditimpa hujan...oh...bila2 masa sahaja aku boleh gugur ke bumi.

Apabila mencecah usia 40-an, hati kita diserang cemas. Menopause atau putus haid akan membuka tirai tua buat kita. Tentu kita tertanya2, kenapa Allah datangkan ujian itu buat kita? Kenapa orang lelaki tidak diuji begitu?
Wanita beriman juga akan tua, mengalami proses putus haid, hidupnya tetap diuji sama seperti wanita2 lain juga. Malah ujiannya kadang kala lebih berat berbanding wanita biasa, lihat sahaja sejarah Siti Khadijah Al Kubra, saidatina Aishah, bukan calang2 ujian yang Allah timpakan buat mereka. Tapi merekalah sesabar2 manusia tika diuji. Mereka yakin ada sesuatu yang amat berharga dari Allah, antaranya Allah mahu mereka merasakan diri  benar2 hamba.
Sebab itulah wanita beriman tidak berduka walaupun usianya kian meningkat tua kerana dia tahu anugerah itu Allah beri kerana kasih-sayangNya. Dia sangat berterimakasih kerana Allah mahu selamatkannya supaya tidak lagi rakus memburu keseronokan hidup dan terbuai hanyut kerananya. Dia dapat merasakan Allah mahu mengajarnya supaya lebih berhalus denganNya dalam beribadah. Bukan lari dari realiti tua dengan menempek berbagai alat solek, pembedahan plastik untuk menutup segala kedutan isyarat tua itu.

Bila menyedari hakikat ketuaan itu, kita yang mahu melayakkan diri menjadi wanita beriman, akan sentiasa memperkemaskan diri, sesuai dengan usia, kita jaga tutur kata dan tingkah laku, supaya kita jadi orang yang sangat bersopan santun dengan suami, isteri solehah yang merasakan masanya untuk berkhidmat dengan suami sudah semakin singkat dan sentiasa bimbang kalau2 terbuat dosa yang mana boleh menghapuskan amalan sepanjang usianya. Kita mahu jadi wanita beriman yang cukup yakin dengan qadha dan qadarNya, seharusnya menerima hakikat bahawa dalam usia2 begini kekuatan untuk melayan keperluan batin suami kian menurun. Bukan disengajakan, tapi itulah kehendak Tuhan. Inilah percaturan hidup yang kita tidak boleh lari bila bergelar wanita. Ketika ini terasalah kita betapa kerdilnya kita di sisi Tuhan. Walaupun sewaktu gadis, kitalah si rupawan yang menjadi pujaan ramai lelaki.

Hakikatnya Allah beri peluang supaya kita dapat banyak merintih kepadaNya, supaya hati kita menjadi dekat kepadaNya, menyesali segala kelalaian yang lalu, serta memohon kekuatan agar disediakan hati yang mampu menerima ketentuan ini.

Semoga suami kita juga sentiasa dilapangkan dada dan sentiasa memberi semangat dalam menghadapi usia ini. Dengan bantuan dan doa suami, hati wanita beriman dipupuk supaya kian lembut dengan Tuhan. Dia berhempas pulas memperkemaskan ibadahnya kerana dia cukup yakin sedikit masa lagi dia akan dipanggil menghadap Tuhan.

Inilah 'zikir' yang paling berharga hadiah dari Tuhan, tanpa peringatan istimewa in belum tentu kita bersedia kembali kepadaNya. Sesungguhnya Dia Maha Tahu setiap apa yang dijadikanNya. Dihantarnya kita ke dunia in dalam keadaan cantik, bersih dan sihat. Jadi bila Allah mahu kita kembali kepadaNya, walaupun fizikal sudah tidak cantik dan sihat seperti dulu, namun wajiblah bagi kita kembali kepadaNya membawa hati yang sejahtera.
Aku mahu pulang kepadaNya membawa sekeping hati yang sejahtera.

20 comments:

  1. sangat bermanfaat kak, tahun depan saya pun dah masuk 40-an dah..moga dapat jalani hari-hari tua dengan penuh keimanan dan pulang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, in shaa Allah, semoga umur 40-an menjadi pembuka tirai utk Kita lebih dekat kepada Allah.

      Delete
  2. Ada kebaikan nya Allah berikan kita menopaus,disaat usia semakin singkat dapat kita lebih dekat pada Nya dan banyak boleh lakukan ibadah.
    Rasanya bila dah dimamah usia ni keperluan batin sesama pasangan bukan lagi keutamaan.Yang penting kasihsayang tetap kekal.Rasanya saat ni juga lah yang elok memperbanyakkan bekalan untuk kita nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, bila Kita Melihat dengan mata hati in shaa Allah Kita dpt Melihat kasih sayang Allah kpd kita, supaya segera kembali kepadaNya setelah separuh usia kita berhempas pulas utk dunia.

      Delete
  3. Rileks, ticer. 40-an muda lagi. Just buat biasa, age gracefully.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh PH, usia 40-an ni, semuanya dah mula Tak indah dah..

      Delete
  4. GV pun tak suka orang panggil GV tua even GV ni laki. Bagi GV biar usia tua tapi jiwa muda. Bila jiwa muda, kita akan semakin bersemangat untuk melakukan beribadat kepada Allah SWT dengan sebaik mungkin. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jiwa muda utk menambah Amal ibadah tu bagus sbb janji Allah org muda yg hatinya dekat kpd masjid akan mendapat perlindungan dari panas di yaumul mahsyar.

      Delete
    2. Setuju kak Nor Azimah. Semoga amalan ibadat kita semua diterima Allah SWT. InsyaAllah. Aamin.

      Delete
  5. Moga kita sentiasa berada di atas landasan yang betul. Makin berumur maka semakin dekatlah jalan kita menuju Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, aminn..
      Kita meniti usia ini dgn insaf bhw semua yg ada hanya pinjaman sementara.

      Delete
  6. peringatan amat berguna buat insan bergelar wanita..

    ReplyDelete
  7. Ya, semakin berusia penyakit pun semakin banyak, uban sana-sini, urat kendur, kulit berkedut, beruntungnya siapa yg pandai mengambil iktibar.

    ReplyDelete
  8. rileks kak, umur 40an adalah masa peak kita jadi lebih baik. tingkatkan amalan, jaga kesihatan, insyaALlah lalui hari tua dengan baik dan sihat

    ReplyDelete
  9. Semoga kita diberi kesempatan untuk menebus dosa-dosa lalu, aminnn..

    Terima kasih atas perkongsian ini 💕

    ReplyDelete
  10. Den ni hah nak nak masuk 50an dah zimah..
    Mulo teraso segalo sendi kian rapuh..
    Bonar semuo apo yg di jadikan oleh Allah..
    Banyak hikmahnya..
    Gunokan lah sebaik mungkin umor tu kan zimah..

    Den pun nak "pulang" dgn "fitrah" yg suci bersih seperti mana mulo dtg kedunio ini..

    Terimo kasih yo ateh peringetan tu ..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih mengingatkan aku yg selalu alpa ni mak.... Betul sangatlah tu mak. sedikit demi sedikit Allah bagi peringatan kpd kita supaya kita tak terus hanyut....

    Sapo kat gambo tu mak.... Mak mertuo ko ke mak?

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign