Asam Garam Kehidupan: Terkunci.

Pages

2 Oct 2017

Terkunci.

Kes terkunci, tombol pintu rosak tu dah perkara biasa Kat tadika. Banyak tangan bukak tutup, banyak kaki keluar masuk, sekejap je tombol jem.

Tahun lepas den jadi minah gyver bila kunci pintu tengah terkunci, nak ke dapur tak boleh, Kat dapur plak takde orang. Den buat camane tau, panjat dari tangga kecemasan Kat dapur belakang, nasib baik tingkap dapur tu kebetulan tak berkunci. Terjerit2 den marahkan mamak kedai bawah tu bila gelak2 tengok den panjat, dahla pakai Kain...

Baru ni den terkunci dalam bilik air plak, samalah kes tombol pintu jem. Nasib baik pintu bilik air tu bawahnya dah lompong, minta pisau..den cungkih2 dari dalam, akhirnya terbuka jugak.

Kes 2015 lagi parah, pintu kelas 6y terkunci masalah tombol jem. Dalam kelas ada budak, ayahnya dah tunggu kat bawah. Last2 terpaksa minta tolong ayahnya naik.
Ayahnya naik jadi mc gyver la jawabnya. Pecah tombol dikerjakan.

Kes terbaru tengahari tadi, pintu kelas 5y plak terkunci, ni bukan tombol yang rosak, rasanya ada budak yang tertekan kuncinya. Kecohla budak2 ni, mana nak tido, camane ni, camane ni, ticer, ticer...carilah kunci.
Den pun menggelabahla keluarkan semua kunci yang ada, malangnya semuanya tak boleh pakai. Aduh, camane ni??? Cemas wei kome, takkan nak pecahkan tombol lagi...
Try lagi, try lagi, try lagi....gedek, gedek, gedek..( tu bunyi tombol kena pusing yea). aduh tak bolehla..

Tetiba, ada satu cadangan entah sape punya suara, tak sempat nak mandang....
" Ticer, ticer masuklah ikut tingkap tu.."
.......ttttttttt.....
Aduihhh., Aduhh..ticer dah mengong, sampai tak terfikir, tak terperasan,  ada tingkap Kat kelas 5y tu  yang bole diceroboh, nasibla tingkapnya tak lock, tingkap ni pun sebenarnya baru gak  ditebuk. Jadi den angkat masuk kot tingkap tu sorang budak yang badannya kecik,...nasib baikla ada anak murid yang brilliant.... 
Tu ha tingkapnya..dah menyong tak sempat nak fikir.

10 comments:

  1. Jangan kata budak je terkunci..SA pun pernah terkunci dlm bilik...susah nak keluar..sib baik housemate balik cepat..kalau x mmg x bleh buat apa la..umah masa tu duduk kondo..xde punca nak cari jalan keluar..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah berjaya akhirnya :)

    ReplyDelete
  3. kesian ticer jd mcgyver..alhamdulillah semuanya berjaya..yg tak tahan tu kes mamak gelak..cannot imagine pakai kain leh terjun kot tingkap..hihi..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak,moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    baca entry akak ni, dpt saya gambarkan betapa cemasnya berhadapan dengan situasi yang berlaku. Mau tak cemas, saya sendiri pun beberapa kali terkena begitu. Akhirnya rosak terus tombol dikerjakan, dan diganti dengan tombol yang lebih mahal lagi..

    ReplyDelete
  5. Alahai... Kanak2 Dan inside terkunci mmg x dot dipisahkan so bertabahlah ye cikgu Cikgu

    ReplyDelete
  6. Kalau tgh panik semua pun mmg tak ingatlah mak.
    Kunci bilik ko gantung le kat sebelah pintu ke. Senang sikit kalau terkunci boleh capai je kunci yg ada.
    Anak aku pernah terkunci dlm bilik dulu mak. Masa tu duduk dgn maid. Nasiblah pandai maid tu mintak tolong jiran belakang rumah.

    ReplyDelete
  7. itulah kan kak kalau tengah gelabah dan panik apapun kita tak boleh nak ingatkan, mujurlah ada anak murid yang bijak disitukan dapat juga bantu ticer yang sedang buntu berfikir. ialah kalau bab terkunci ni memang susah dibuatnya, tapi hebatlah kak boleh jadi macam2 tu minah gyver pun boleh jadi juga ni.

    Saya kat rumah si adelya suka kunci pintu bilik lepas tu dia keluar, berapa kali dah jadi macam tu, sudahnya semua kunci bilik saya simpan diluar supaya nanti kalau dia kunci lagi senang nak buka sebab kuncinya saya simpan diluar je. pernah juga semua orang diluar tapi dikumcinya pintu, nak maghrib dah tu cemas maknya nak masuk rumah sebab takde sesapa kat dalam. mujurlah rumah tu guna sliding door jek. maknya ni sekuat tenaga rentap je sliding door tu hahaha boleh pulak bukanya

    ReplyDelete
  8. Pintu rumah den dah byk lopong zimah..
    Sobab tombol pintu tu jem..
    Dah 10 tahun kot..
    Patut2 la kena ganti tombol pintu rumah den tu 😆😆😆

    Zimah tak boleh byg kn mamak tu golakan ko..
    Boleh manjek ikut ateh tu..
    Teror lah ko zimah..😄

    ReplyDelete
  9. Hahaha! Kesian ticer. Nasib baiklah ticer dulu pernah berguru dengan McGyver. Tak sia-sia ilmu ^_^

    Inikan KakG rasanya dah automatik dalam kepala tu tau kalau pintu terkunci, ini dia plan A, plan B, plan C padahal takda plan pun boleh aje masuk ikut tingkap kelas tu. Mesti gabra nih apalagi bila dengo anak-anak murid dah tak sabar nak tidur!

    ReplyDelete
  10. Pernah terjadi kat ofis sampai sorang staff kena panjat masuk ikut siling :)

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign