Asam Garam Kehidupan: Saiyyidah safiyyah binti Abdul Muttalib.

Pages

8 Jan 2018

Saiyyidah safiyyah binti Abdul Muttalib.

Perkongsian dari IKIM.

Saiyyidah Saffiyah binti Abdul Muttalib merupakan ibu saudara kepada Junjungan Nabi kita saw, adalah kakak kepada Saidina Hamzah bin Abdul Mutallib yang syahid dalam medan Uhud. Beliau juga antara muslimah terawal menerima cahaya keimanan bersama2 saidatina Khadijah binti Khuwailid. Semasa beriman itu umurnya sudah menjangkau setengah abad. Beliau juga seorang ibu yang sangat tegas dalam mendidik anak2nya, anaknya Saidina Zubair Al Awwam adalah salah seorang dari 10 sahabat yang dijamin syurga.

Semasa suasana berkecamuk di medan Uhud, kaum muslimah ditugaskan di barisan belakang iaitu merawat tentera2 Islam yang tercedera. Tetapi di saat melihat keadaan kacau-bilau sehingga para sahabat yang mempertahankan Rasulullah terpisah agak jauh dari Baginda, yang mana membahayakan Rasulullah, Saiyyidah Saffiyah meluru ke hadapan Baginda, yang merupakan anak saudara kesayangan beliau, sehingga dikatakan beliau adalah wanita pertama yang turun ke kancah peperangan. Beliau dengan berani meluru ke arah musuh dan dapat membunuh beberapa orang musyrikin Quraisy.

Beliau terus meluru di tengah2 kancah itu, lalu ketika itu Baginda menjerit ke arah Saidina Zubair Al Awwam..." Zubair, ibumu, ibumu.." Baginda menjerit begitu kerana bimbang sayyidah Safiyyah terlihat keadaan Saidina Hamzah yang dibunuh dengan keadaan yang ngeri, dadanya dibelah, jantung nya dikeluarkan, telinga dan hidungnya dipotong, merasa sedih sehingga dikhuatiri tidak dapat mengawal perasaannya. Tetapi beliau terus berjalan sehingga terlihat lah olehnya jasad adiknya terbujur kaku. Tetapi alangkah tabah hatinya., Beliau tidak menunjukkan kesedihannya  sebaliknya  mengucapkan..tak mengapa, Hamzah sudah beroleh kemenangan dan sudah berbahagia...

Di satu ketika pula, ketika kaum muslimah, kanak2 serta orang2 tua ditinggalkan di dalam kubu pertahanan, orang2 Yahudi Khaibar yang berniat untuk mengkhianati Rasulullah mengintai2 mencari peluang untuk memasuki kubu pertahanan tersebut. Sayyidah Safiyyah yang ketika itu bersama dalam kubu pertahanan melihat seorang Yahudi sedang memanjat dinding kubu, lalu beliau menyuruh Saidina Hassan bin Tsabit yang ketika itu masih remaja supaya menjatuhkan Yahudi itu. Tetapi Saidina Hassan menjawab.." aku tidak berani wahai ibu.."

Sayyidah Safiyyah mengambil sebatang kayu lalu menjolok Yahudi itu sehingga jatuh, lalu dia memukulnya sehingga mati. Beliau menyuruh Saidina Hassan memenggal kepala Yahudi tersebut. Sekali lagi Saidina Hassan mengatakan yang beliau tidak berani. Jadi Sayyidah Safiyyah yang ketika itu sudah berumur 60-an mengambil pedangnya lalu memenggal kepala Yahudi tersebut dan mencampakkan kepala tersebut ke sebelah benteng pertahanan, melihat keadaan itu, kaum Yahudi merasakan gementar kerana merasakan Baginda Rasulullah tidak meninggalkan kubu itu begitu sahaja, sebaliknya dikawal oleh tentera2 yang kuat. Membuatkan mereka membatalkan niat untuk  menceroboh kubu itu, padahal di sebalik keberanian itu hanyalah seorang perempuan tua...

5 comments:

  1. Ambil ibrah dri kisah ni...perempuan smmgnya kuat dn gagah..

    ReplyDelete
  2. kena contohi semangat beliau

    ReplyDelete
  3. Masyaallah..satu strategi perang yg berkesan dari sorang perempuan..guna psikologi..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih. Boleh dijadikan pengajaran. Thnks

    ReplyDelete
  5. terima kasih berkongsi cerita kak. keberanian seorang wanita

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign