Asam Garam Kehidupan: Siput sedut vs cheese.

Pages

16 Jan 2018

Siput sedut vs cheese.

" Bi ko rasa siput sedut ngan cheese mana lagi sedap? B rasa siput sedut lagi sedap."

Dia tanya, dia jawab sendiri. Bi yang dimaksudkan adalah si kakak Nadhrah, manakala B pula merujuk dirinya sendiri, yang sudah besar panjang, selalu orang ingat dah darjah 4,5 hakikatnya baru masuk darjah 3 tahun ni. Memangle perangainya masih sangat kebudak2an, suka buat suara 'pingu' yang menjengkelkan hati aku maknya, tapi manakan dia peduli, diam kejap kena  marah, pastu buat balik...sakit je hati. Dah tu perangai cari pasalnya tu memang buat aku geram juga, dicuitnya si abang atau kakaknya,  bila kena balas mulalah dia terjerit2 memanggil aku. Nak tidur malam kemain susah kecuali malam jumaat mungkin dah penat sekolah 5 hari, nak tidur liat, nak bangun pagi lagilah liat, selalulah aku bertukar jadi tarzan senjakala,  dan subuh hari sampai terfikir lah aku agaknya dengar ke suara aku ni kat rumah jiran sebelah??

Heshhh...kalo cerita pasal dia ni memang takkan habis punya.

Patah balik pasal siput sedut dan cheese, Hari sabtu lepas..aku masak siput sedut lemak cili api fevret si abang yang sambung belajar di UIA tu. Si abang ni dah berbunyi kenapa aku asyik masak ikan macam tu..tu dia tegur aku sebab dok asyik masak ikan singgang je. Dia tak tahu betapa senangnya hati aku sebab tak perlu penin2 memikio resepi apa nak masak, ekoran kolestrol abah yang tinggi sikit, so kalo hari2 masak singgang pun takpe alkisahnya. Jadi aku belilah siput sedut, si abanglah yang kena ketuk buntut siput supaya aku dapat masak dengan cepat Kan, ok je dia, demi siput sedut.

So bila dah masak berlumba2lah dorang makan termasuk si abah, apa ada hal, sesekali Kan. Kecuali aku, memang tak boleh masuk walaupun sekor. Makanlah korang anak beranak, ibu dah cukup bahagia dengar bunyi crrottt...crrot..siput disedut.

Lepas makan si kakak Nadhrah nak meratah cheese keping yang dah bertapa lebih dari sebulan dalam freeze tu, si mak ni masih terpikir2 apa resepi paling sesuai nak buat setahap dengan kerajinan maknya sekarang.
Haa..tulah, bila dah makan, baru tau Kan, siput sedut lagi sedap dari cheese..mwehehe..nampak naw kampungnya Kan, tak reti makan keju. Takpe...ibu lagi suka, jimat duit ibu takyah beli keju selalu. Bukannya murah2 keju weyh.

Anak ibu yang paling baik dalam dunia.

17 comments:

  1. hehehe...kelakar ragam anak- anak kan..makin besar makin banyak ragam..kadang tak leh diterima akal

    ReplyDelete
  2. Bila dorg dah besar terbayang2 kerenah dorg Masa kecil dulu

    ReplyDelete
  3. suara pingu..hihi..cute! suka tgk karton pingu...siput sedut mmg sedap..

    ReplyDelete
  4. Kalo dah hari2 dengar, pastu dok asyik dengar je, jadi berbulu telinga maknye ni weyh.

    ReplyDelete
  5. Weyhhhh itukah bakal menantu kita??? 😄😄😄

    ReplyDelete
  6. Haha, itulah dia, nape? Tak boleh ke?😂😂😐😆😆

    ReplyDelete
  7. Suka tengok Pingu... suara pingu pingu dalam cerita tv memang kelakar walaupun bahasanya pun kita tak faham tapi boleh faham jalan ceritanya...

    Anak-anak yang macam ni mesti jadi penyejuk hati akak kan...

    ReplyDelete
  8. dah lama tak makan..
    masak apa tak lagi. tak pernah. heeeee

    ReplyDelete
  9. Penghibur tu Azi,nanti kalau dia dah remaja kita rindu saat nakal dia tu.
    Siput sedut pun dah mahal skg ni kan.Kat rumah akak ni setahun sekali.pun memang tak jumpa lah masak siput sedut,apatah lagi ada yang tak makan seperti Azi juga kan..

    ReplyDelete
  10. Betul ckp SI tu... walaupun kadangkala buat sakit hati tp kalau dia tak de mesti ko sunyi mak... Laaa ko tak makan siput sedut ek. Rugi ah ... nikmat dunia tu. Aku anak beranak suka gak menyedut cuma nak membuang muncungnya tu aku malas... sapa lagilah nak buat kalau bukan aku jugak. Jadinya nak makan beli je senang hihi

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Siput sedut ni resepi yang paling sedap tentunya masak lemak cili api. Dulu kat kampung, siput sedut tak payah beli. Cari je kat mula kuala. Ralit mengutipnya. Sekarang payah dah kenal beli kat pasar. Nak mudah beli je yang dah masak hehe...

    ReplyDelete
  12. Assalam kak AZie..pe kabor..lama x singgah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, sihat je JM. Tulah..akk pun lama Tak ke sana, huhu

      Delete
  13. ekekeke..ada anak2 mcm ni boleh juga terhibur hati

    ReplyDelete
  14. Sroott.. sroott sedapnya sipit sedap alahai rugi x mkn

    ReplyDelete
  15. Suka siput sedut.
    Sedapnya memang mengalahkan cheese

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign