Asam Garam Kehidupan: Panjang akal anak2 ni.

Pages

6 Mar 2018

Panjang akal anak2 ni.

Ruang kelas agak sempit, jadi bila nak susun meja tu kenalah rapat2.  Apa yang saya buat,  saya biasakan dorang menolong apa yang dorang boleh tolong,  bak kata pepatah ajar ringan tulang.

Bila time nak tutup kelas tu,  memang keadaan tu manjang kelam kabut,  yang girl dah sibuk galas beg nak pergi kelas sebelah sebab kat situ aktiviti solat dorang,  jadi cepat je dorang nak kemas kerusi.  Boys pulak kerusi tak sempat kemas dah sibuk nak tolak meja ke tepi,  sebab nak kosongkan ruang juga untuk solat. 

Tengahari tadi selasa 6/3 dalam kelam kabut nak susun kerusi tu,  sorang boy ni namanya ammar qhaliff panjat meja,  apalagi tinggilah suara ticer ni, kenalah buat eksyen terlebih marah kan. Tapi rupanya panjang akal dia.. Tak dapat panjat meja,  dia pakat dengan sorang lagi boy,  dia tunggu sebelah sana,  sementara tu kawannya hulurkan kerusi untuk disusun.

Jadi kenalah ticer tunjuk lebih eksyen terlajak suka dan gembira kan.  Tapi memang tak sangka juga,  budak2 ni dah terlajak pandai berfikir camane nak selesaikan masalah.  Pada korang mungkin takde apa spesel pun kan,  tapi bagi den itu suatu yang membanggakan tau.
Takdelah saya biarkan dorang susun sendiri pun,  berat meja tu,  kalo jatuh naiya weyh. 

10 comments:

  1. Melentur buluh dari rebungnya.

    ReplyDelete
  2. Sel2 otak sedang berhubung tu kak. Http://vitamin-cerdik.com

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah cerdik2 belaka tu Kak :)

    ReplyDelete
  4. Budak2 kecil ni sebenarnya bijak...Insyaallah kalau dilentur dgn baik akan berjaya dlm kehidupan kelak.

    ReplyDelete
  5. Bukan abang jer yg terlajak laris nampaknya ni, ticer pun dah menjangkit hihi....
    Kadang kadang best jugak menyakat budak ni hihi

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Seronok dan terhibur dengan gelagat ahli fitrah. macam-macam akal mereka untuk memecahkan suasana. Kadang-kadang gelagat itulah juga yang 'memeningkan' cikgu dan cikgi.. Apa pun moga akak sentiasa dipermudahkan mendidik ahli fitrah menjadi 'insan'. Ameenn..

    ReplyDelete
  7. betul kak setuju...anak-anak ini kena diajar buat kerja...biar besar nanti boleh berdikari

    ReplyDelete
  8. Sekarang ni eloklah diterapkan kbat sedari tadika

    ReplyDelete
  9. Ade je perangai mereka yg menghiburkan hati ye ticer.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign