Asam Garam Kehidupan: Panduan mencari Lailatul Qadr.

Pages

8 Jun 2018

Panduan mencari Lailatul Qadr.

Menurut ijtihad imam Al Ghazali, malam al qadr boleh kita cari berpandukan hari awal bermulanya puasa.  Namun sebaiknya kita tidak terlalu bergantung kepada apa yang diberitahu,  seeloknya kita isi saja 10 malam terakhir itu dengan berbagai bentuk pengisian ibadah kerana di malam2 tersebut malaikat Jibril turun ke langit dunia untuk mengaminkan doa2 manusia terpilih yang mahu mencari janji2 Allah sebagai malam yang sangat berkat,  nilai ibadahnya diganjari pahala seolah2 beribadah selama 80 tahun dan jika kita berdoa maka doanya sangatlah makbul. Tapi bukan malaikat jibril sahaja yang turun, malah seluruh malaikat yang menghuni langit semuanya turun ke langit dunia...Masya Allah... Tak dapat dibayangkan...

Tapi boleh juga kita jadikan ijtihad imam Al Ghazali ini sebagai panduan untuk memudahkan kita mencari malam Al Qadr itu.
Menurut beliau malam al qadr itu boleh kita cari berpandukan hari awal jatuhnya puasa.
Jika kita mula berpuasa pada hari ahad atau rabu maka lailatul qadrnya jatuh pada malam 29 Ramadhan. Jika kita mula berpuasa pada hari isnin maka lailatul qadr jatuh pada malam 21 ramadhan.
Jika awal puasa pada hari selasa atau jumaat maka malam al qadrnya jatuh pada malam 27 Ramadhan. Jika awal puasa bermula hari Khamis atau sabtu maka laitatul qadrnya dapat kita cari pada malam 25 Ramadhan.

Untuk tahun ini kita mula berpuasa pada hari Khamis,  jadi pada malam 25 ramadhan nanti bolehlah kita gandakan amal ibadah kita dengan doa,  membaca Al Quran,  mendirikan pelbagai solat sunat... Mudah2an kita bertemu dengan malam yang sangat berkat itu.  Aminn.

3 comments:

  1. terima kasih berkongsi kak, moga kita dapat tingkatkan ibadah di penghujung ramadhan ini kan

    ReplyDelete
  2. terima kasih perkongsian. sy pun bertuah orang sekeliling selalu ingatkan untuk berebut hari akhir ni.

    ReplyDelete
  3. Semoga kita dapat bertemu mlm qadar zimah..
    Carilah sehingga akhir ramadan..

    Tq kongsi panduan tu zimah..
    Den nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin.😍💖

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign