Asam Garam Kehidupan: Kesian Umar Zikri.

Pages

5 Jul 2018

Kesian Umar Zikri.

Memang jadi kebiasaan kami,  al maklum saja makpak marhaen dari dulu2 lagi,  untuk raya kami beli baju melayu dua tahun sekali.  Sebab raya gilir2 kan,  tahun ni balik Terengganu,  tahun depan balik Rembau. So takdelah macam sama je,  lagipun baju melayu pakai masa pagi hari raya je,  nak jalan tu dah tukar pakai t shirt atau kemeja dah.  Pastu tunggulah dalam sebulan tu ada jamuan raya kat sekolah baru pakai.  Dah tu simpan je tak pakai2, sampailah jumpa raya tahun depan plak.

Untuk tahun ni pun samalah.  Belilah sepasang kemeja,  sepasang t shirt,  nak kasut raya plak,  ok abah belikanlah.  Dia merengek nak baju melayu baru,  den kata takyahlah,  baju melayu tahun lepas kan dah ada,  boleh pakai lagi.. dalam duk sedih muka tak redha tu,  akhirnya dia diam juga... Happylah juga sebab dapat kasut idaman hati.  Biasa kami belikan selipar atau sandal je,  kasut kan susah nak kena duduk2 masa nak pakai tu,  sudahnya nanti lepas raya kasut tu terbiar tak berpakai,  kalo selipar tu anytime boleh pakai. Tapi takpelah jumpa kasut murah tak sampai rm20 pun sepasang so beli jelah,  nak gembirakan hati dia.
So pagi raya tu,  pagi raya dia dah bersiap.  Baju melayu tu kakaknya dah gosokkan malam raya tu.  Den dok sibuk nak masak kuah kacang.  Oh ye,  sepatutnya raya tahun ni kami balik Terengganu,  jadi den cadang nak bertolak pagi raya tu lepas sembahyang sunat raya... Tapi tulah.. Ada cerita sedih di pagi raya tahun ni,  dan rasanya tahun ni lah pagi raya paling sedih selain raya 2011 selepas ma meninggal...

Punyalah tak hepinya sampai takdepun gambar di pagi raya tu.. Entri ni pun takde gambar.  Cerita saja untuk kenangan dalam hidup den selepas ni..
Ceritanya macam ni.  Dari tahun lepas lagi bila bulan puasa period jadi tak menentu.  Tahun ni masa malam raya tu punyalah banyak keluar,  jadi pagi raya tu rasa serba salah plak nak jalan jauh2 balik Terengganu tu,  takut bocor.  Den pun dah merajuk2 dengan toklaki sebab nampak dia pun berat sebenarnya nak balik Terengganu, Grand Livina sempit weyh anak 5 orang semua dah besar2, kakinya panjang2,  takut diorang tak selesa jalan jauh2 tu.  Dalam nada merajuk den suruh toklaki bawak anak2 balik Rembau, den tinggal je ke rumah sorang2,  takpelah merajuk sudah.. Merajuk tu merajuklah,  nak jalan pun susah sebab takut bocor,  nanti nak beraya pun tak seronok kan.  Sebab kalau balik Rembau kira ramailah rumah sedara2,  sepupu sepapat2 belah suami tu nak kena round.  Banding kalau balik Terengganu takdelah banyak rumah pun nak pergi. Kalau duduk rumah nanti kena layan tetamu plak kan,  hehe.. dasar menantu hantu.. lagipun kang duk dalam bilik je,  kena sound sedas demgan mak mentua kang,  lagi senget hati ni kang..

Aduhaiii... Hilang plak kisah Umar Zikri.
Okeh,  sambung..
So,  pagi raya tu dia pun memakai baju melayu, tup tup.. Ya Allah dah senteng, bukan senteng sikit,  senteng banyak.. sampai abah tak jadi bawak gi semayang raya.. Huhu.. Sedih. Rasa bersalah plak tak tengok dulu baju tu sebelum raya,  kalau tengok tentulah perasan singkat dan beli jelah baju baru,  untuk abang berdua lagi tu masih elok,  tak senteng pun.  .

Beruntungnya bagi yang masih ada makpak,  seronok balik kampung beraya.  Bagi yang dah takde makpak,  beraya jelah dengan adik beradik,  sedara mara.. Walaupun perasaan tu takkan sama macam masih ada makpak...
Ni ha,  satu je gambar juadah raya,  ketupat beli,  70 sebiji,  beli 30 biji.. Buat kuah kacang,  rendang ayam untuk makan pagi raya tu. 

6 comments:

  1. dah tinggi Umar Zikri,..kalau pakai samping, boleh cover kot..

    period kalau tgh heavy, mmg agak leceh nk gi berjalan, kena tukar byk kali..

    ReplyDelete
  2. Salam penghujung Syawal kak...alahh cian Umar Zikri, cepat meninggi kot kak.. baju kejap je dah senteng..hehe..
    Raya sederhana..apa pun Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. Ank akak Iman pun x beli baju melayu baru sebab tahun ni dia nk jubah.Tapi pergi jamuan sekolah kena pakai baju melayu juga.Alhamdulillah masih ok lgi baju nya tak senteng sebab akak beli baju nya agak besar tahun lepas.Budak2 ni memang cepat memabesar Azi ....cian Umar Zikri.Tapi xpelah mungkin boleh jdi peringatan pada ibu....hihii.
    Jadi nya raya tu Azi tak ikut balik rembau ke?...

    ReplyDelete
  4. Anak2 mang cepat membesar NA..

    Baju kurung Alya yang beli tahun lepaspun dah senteng, atas dari buku lali lagi padahal beli saiz lebih besar masa tu.

    Kamipun sama NA, beraya tanpa orang tua. disisi.

    ReplyDelete
  5. Ko ni apalah mak.... sian dia. Tapi benda dah berlaku kan.... hadam ajelah hihi...

    Eh jadi ke balik Rembau tu tanpa ko. Macam tak kena je mak Raya Raya balik kg tanpa isteri tercinta. Lagilah kena kecam kan dgn mak mertua tersayang hihi....
    Raya raya pun nak jadi hantu jugak ek haha.... Kalau aku pun sama sanggup lagi ikut beraya haha

    Ko keguguran kot tu yg bamysm lain mcm je tu derasnya

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign