Asam Garam Kehidupan: Memburu cinta/susun selipar.

Pages

29 Oct 2018

Memburu cinta/susun selipar.

Masih ada kesempatan nak berkunjung ke pameran barang berkat peninggalan Rasulullah dan para sahabat yang berlansung dari 27/10 hingga 30/10 ini. Bertempat di pusat perniagaan  Global Ikhwan bandar country home Rawang, cuma Karnival jualan dah berakhir semalam.
Apa yang menarik,  jom saksikan..
Ada cabutan bertuah,  kalo dapat boleh naik kereta kuda free.  Tapi kami tak dapat,  ni just buat kenangan. 
Ada booth untuk try kebolehan memanah,  ni hobby si kakak, dapat main busur kecik untuk kids pun jadilah. .
Ada real peraduan memanah,  sebagai salah satu sukan sunnah yang sangat digalakkan oleh Rasulullah untuk kita belajar,  antara hadiah istimewanya ialah umrah,  makan angin ke Bogor,  ke Turki.. Best kan. 
Yang hebatnya bila mereka sangat menekankan menyusun selipar dengan elok bila masuk ke satu2 premis. Kalau kita tak susun,  mereka akan susunkan.  Nampak kemas kan?  
Sayangnya kami tak dibenarkan mengambil gambar di dalam ruang pameran. So kalau korang nak tengok,  kenalah pergi sendiri,  masih sempat lagi,  last date sampai 30/10 katanya. 
Global Ikhwan ada chanel mereka sendiri. So ni ensomiku sedang diinterviewlah tentang pandangan terhadap pameran tersebut. 
Ada bermacam gerai jualan antaranya gerai makanan,  pakaian,  set alatan memanah dan macam2 lagilah,  berakhir semalam,  cuma pameran barang berkat tu masih aada lagi.  

5 comments:

  1. Saya suka mendengar nasyid dari kumpulan nasyid mereka seperti Qathrunnada dan Mawaddah.

    Saya mempunyai sebilangan besar koleksi cd-cd mereka.

    Khbarnya baru-baru ini kumpulan nasyid baru mereka ditubuhkan.

    ReplyDelete
  2. menarik..hadiah2 yg ditawarkan pun best2..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Baru je nak tengok foto khazanah di pameran tu.. Suka dengar alunan nasyid dan zikir munajat daripada kumpulan Nadamurni yang dianggotai allayarham Ust Asri Rabbani, Munif hijjaz dan lain2. Termasuk juga generasi selepasnya Qathrunanda.

    ReplyDelete
  4. Indahnya hidup mengikut sunnahkan ....
    Memanah tu kalau ye tak ye boleh lenguh lengan tu kan...
    Ko berani tak mak kalau kena interview mcm laki ko tu

    ReplyDelete
  5. Nampak menarik aktiviti yang dianjurkan. Anak saya oun suka aktiviti memanah tuh

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign