Kisah pagi tadi (jumaat 30/11/2018...cheh..lengkap tarikh oii)
Hari jumaat khusus untuk peribadi saya bertemu parent beramah mesra gitew), so 7.30 saya turun tunggu kat bawah dengan senyum ramah, hehheh..mestilah tunjuk muka manis, senyum..saya senang hati, parent pun senang hati jugalah kan..
Hari jumaat khusus untuk peribadi saya bertemu parent beramah mesra gitew), so 7.30 saya turun tunggu kat bawah dengan senyum ramah, hehheh..mestilah tunjuk muka manis, senyum..saya senang hati, parent pun senang hati jugalah kan..
Tiba-tiba, datang sesosok tubuh kecil dengan mata boolat yang bersinar, dengan suaranya yang halus...tak nampak wajah ketakutan atau kekok..meowwwwww...panjang ngiawnya...
Alahaiii...comey tau. Bulu semua putih. Ada bulu kembang di pipi tu. Rasanya spesies kucing mahai tu, sapelah sampai hati buang si kecil tu kat area kedai ni. Kecik lagi tu, agaknya baru 2,3 bulan kot umurnya. Comot bulunya, tapi taklah comot sangat, masih terserlah kecomelannya.
Kesianlah weiii...pelawa ticer2 tu amik bela, sorang pun tak sudi. Den lagilah..cari penyakit, mampuih kena marah dengan toklaki den kalau berani2 bawak balik. Kalau ikutkan hati naaaakla sangat bela.
Kesianlah weiii...pelawa ticer2 tu amik bela, sorang pun tak sudi. Den lagilah..cari penyakit, mampuih kena marah dengan toklaki den kalau berani2 bawak balik. Kalau ikutkan hati naaaakla sangat bela.
Den belikan makanan yang lembut tu, dijilatnya airnya (kuah ) saja. Haus susu mak dia agaknya. Pastu dok berlengkar kat kaki den, aduiiiyaiii lemah perasaan ni dibuatnya. Dah pukul 8.30 ni. Dah habis tugas di bawah, nak naik atas tak sampai hati nak tinggalkan.
Apa nak buat ni, apa nak buat niiii...
Tiba2 datang sorang lelaki, tanya anak kucing sape, minta nak amik bela, anaknya nak...Allaaaaaahu Akbar...
Rasa bersyukur sesangat, terimakasih ya Allah...tak tau macamana nak bayangkan leganya perasaan tu. Sebab apa..sebelum tu terpikir2 apa jadi dengan anak kucing ni kalau ditinggalkan kat bawah tu, buatnya kena langgar, buatnya kena makan dek anjing..
Tapi sori arr, tak terpikir nak amik gambar si comey tu. Dan sori la kalau den terbazirkan masa korang baca coretan den yang tak seberapa ni. Tapi inikan sebahagian dari rencah hidup den yang manis. Tapi rasanya hari jumaat yang ni banyak plak hal yang baik2 tercatit dalam diari hidup den. Dapat brooch dari anak murid. Dapat tambah sorang lagi budak tuisyen.
So, nampaknya confirm den resign tahun depan.
Jumaat terakhir bertugas...sempat abadikan kenangan bersama anak murid yang sambut besday hari tu.
jadinya tahun depan akak dah tak mengajar la ye. alahai kalau saya pun rasa sayang dekat kucing tu tapi nak membela tu memang taklah setakat bagi makan bolehlah
ReplyDeleteYa, nak berenti kerja dah. Penat la dah tua2 ni.
ReplyDeletewahhh....hari-hari terakhir bertugas dah ni. tu yang anak kucing nak ucapkan selamat bersara :)
ReplyDeleteminggu akhir bekerja dah ni..tahun depan tercari-cari la anak murid mana cikgu mereka tak ada..
ReplyDeleteLaa nape tak ambik gambo...
ReplyDeleteDen suka kalau kucing warna putih ni, lagi lagi spesis mahal. Nak beli tak mampu hihi...
Hari tu pun ada gak kucing dtg rumah den... spesis mahal tp warna hitam ....Rupanya kucing org..
Ko nak berhenti terus ke mak tahun depan? Pencen teruslah ek....
Saya dulupun tak suka juga kucing tapi kehadiran ibu kucing yang sedang sarat bunting berhari raya tempohari telah mengubah segalanya.
ReplyDeleteSekarang ini ia diibarat sebahagian dari family, setiap bulan bawa ke veterinal untuk routine checkup termasuk vaksin dan pemandulan, sebahagian perbelanjaan diperuntukan kepada mereka anak beranak (ibu dan anak 6ekor)
Celik mata siapkan keperluan mereka spt beri makanan dan vakum /mop tempat mereka berehat.
Veterinar.. ***
ReplyDeleteAlhamdulillah, ada penjaga kucing gelandangan tu..ada ofismate bela kucing gelandangan sampai 20 ekor..semoga murah rezeki mereka yg menjaga dgn baik haiwan kesayangan sahabat Rasulullah ni..
ReplyDeleteselamat bercuti, ticer..takdelah cerita kanak2 comel lepas ni..huhu..
Selamat bercuti kak!
ReplyDeleteAnd welcome to the club hehe...
Sy pun suka kucing tapi takat bagi makan kat luar rumah je. Dalam rumah En suami tak bagi haha...