Asam Garam Kehidupan: March 2019

Pages

21 Mar 2019

Dunia saya sekarang.

Saya dan budak2 memang tak boleh dipisahkan, dari muda remaja sampailah nak jadi nenek dah ni, haha..coming soon ye dok, yelah anak pompuan sulung pun dah masuk 22 tahun kan, lambat cepat, harap2 cepat..dia pun akan kawen kan.😀

Alhamdulillah lepas je benti kerja awal tahun ni, terus dapat budak2 ni. Budak2 ngaji. Ada dalam 35 ke lebih camtulah, oklah..taklah boring sangat duduk rumah, terhibur hati dengan keletah bebudak ni. Awal2 dulu malu2 memasing, sekarang ni riuh rendah celotehnya.

Bila awal bulan tu, saya belilah kudap2 packing2 bagi kat dorang, kadang tu buat aiskrim malaysia tu, seronoklah memasing. Saya pun seronok sebab hari2 rumah saya didatangi tetamu2 kecil ahli syurga ni, ustaz kata rumah yang selalu didatangi tetamu tu berkat, aminn..

Sekarang ni dah makin maleh nak tulis, apalagi nak tulis panjang2, so sampai sini dululah ek.
Ni bebudak yang datang pukul 11 sebaik balik dari sekolah agama terus singgah ngaji, yang pagi ni ada dalam 19 orang, yang ni dah habis ngaji tunggu van datang semula.

15 Mar 2019

Terompah Imam Ahmad

Kisah sandal/terompah Imam Ahmad bin Hambal.

Suatu ketika adik perempuan sultan di iraq kerasukan jin. Imam Ahmad bin Hambal dipanggil ke istana utk mengubati adik sultan. Tetapi orang2 soleh dahulu memang tidak suka mengemis2 di istana.
Lalu diambilnya sandal bilik air utk dibawa ke istana. Disuruhnya tunjuk sahaja sandal itu kpd adik perempuan sultan iraq yg kerasukan.
Apabila melihat sahaja sandal itu, adik sultan terus sembuh..jin2 yg merasuk ternyata telah lari ketakutan ketika melihat sandal itu.

Setelah imam Ahmad meninggal, suatu ketika adik sultan kerasukan semula. Lalu dibawa semula terompah/sandal imam Ahmad. Malangnya kali ini adik sultan tidak sembuh, rupanya jin2 itu tidak lari..kenapa? Mereka tau rupanya imam Ahmad sudah meninggal.

Jadi bukanlah sandal itu yg ditakuti, tetapi kekuatan iman imam Ahmadlah yg menjadikan jin/syaitan ketakutan.

13 Mar 2019

Salah masuk tandas weyh.

Korang pernah salah masuk tandas? First time and hopely itulah last time. Malam tadi punya kisah. Bawak MIL makan malam, somi cakap kita keluar sebelum maghrib singgah solat kat mana2lah, sebab keluar waktu malam sekolah kan, kalau lambat keluar, lambat balik, lambat balik kang lambat tidur pulak bebudak ni. Bukan time cuti sekolah, bukan juga hari minggu, hari sekolah weyh. Pehal MIL datang? Nak jumpa menantu kesayangan? Wahaha..den ni bukan menantu kesayangan, huhu..takpelah..takyahla cari cinta manusia, kita cari cinta sejati yang kekal abadi..
Sebenarnya MIL datang ikut adik ipar, adik ipar datang nak jumpa somi tanya pendapat camane, gimana mau nyambung study anaknya dong..yang barusan habis SPM..eh..haha..esok keluar result SPM kan?

So kitorang ni singgahla di masjid kampung Abu Bakar Baginda sebelah Putrajaya tu..kami nak bawak MIL makan di IKhwan chicken roested di presint diplomatik tu, tapi MIL dengan adik ipar bertolak dari rumah adik ipar yang sorang lagi kat Puchong sana. Kami memang tak makan kfc weyh, jangan tanya kenapa, haha..so kalau tingin makan ayam goreng kitorang akan pergi ke ICR nilah..halalan toyyibah gitew.

Opss..putus lagi. Sambung..jadi masa singgah tu memang dah azan, yelah tempat yang kita tak familiar kan..cari2 bilik air, nampak signboard..terus tuju terus masuk dengan penuh keyakinan..bukak tudung sambil sembang2 dengan kakak Nadhrah, dia dah bukak semua dengan anak tudung tinggal nak tadah air jer lagi..eh..bukan sembang kencang pun, cuma macam terheran2 sebab  takde tempat nak sangkut tudung..tiba2..satu pintu tandas terbuka dan terdengar satu suara.."IBU, DI SEBELAH SANA TANDASNYA.." tegur seorang pekerja Indonesia keluar dari tandas tu..

Alamakkkk..nasib baik pakai anak tudung yang tutup leher tu, Nadhrah menjerit masuk tandas, nasib baik dia berdiri sebelah salah satu pintu tandas..adddoooiii...

Oh padanlah simple beno. Bilik air lelaki rupanya..bilik air perempuan kat sebelahnya saja. Tulah sape suruh tak tengok betul2 label tu kan, tapi tulah..nape bilik air lelaki dan perempuan sebelah menyebelah, kan makcik dah tersilap masuk. Nasib baik takde orang lelaki lain, kalau tak harus malu selangit kan..
Kat ICR ni selain ayam ala2 kfc tu ada macam2 lagi makanan style western..spegeti carbonara ke, ciken chop ke..pendek kata macam2 ada.

10 Mar 2019

Deco ex cikgu tadika.

Bila dah pencen ni barulah ada peluang join geng muslimah surau baca yasin, al kahfi, marhaban..kalau ada jemputan yasin sempatlah menyempatkan diri pergi. Dapatlah peluang menengok2 deco rumah jenjiran setaman ni.
Hajat hati naklah mendeco2 macam rumah orang. Cantik je. Jelez tengok. So kita try pelan2, tapi tulah...dah tangan cikgu tadika kan, walaupun dah ex..haha, tengok macam deco2 kat tadika juga. Betul tak korang? Anak2 cakap.."ibu ni penuh bunga, dinding tampal gambar bunga, frame pun gambar bunga, kat sana bunga, kat sini bunga, macam kedai bunga.."

Seronok juga dok rumah, ajar budak2 ngaji ni. Taklah stress macam dulu.

4 Mar 2019

Aku hampir menjual agamaku dengan harga 20 sen.

Kisah ni saya ambil dari youtube. Ia sangat menyentuh hati, kerana itu ingin saya kongsikan di sini.

Kisah seorang imam di sebuah negara di barat, tapi maaf dinyatakan secara jelas nama tempatnya.

Imam ini setiap hari akan ke masjid berhampiran dengan menaiki bas dan turun di stesen bas berhampiran sebelum meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke masjid tempat dia bertugas.

Suatu hari dia meneruskan rutin biasanya, naik bas untuk ke masjid, tapi kali ini driver bas nampaknya orang baru, waktu imam itu membayar tambang bas, driver tersebut memulangkan baki wang yang terlebih sebanyak 20 sen. Imam ini awalnya tidak perasan sehingga dia duduk di seatnya barulah dia menyedari hal tersebut. Dalam hati imam itu mula terdetik samada nak pulangkan atau tidak duit 20 tersebut.."nak pulangkan ke tak, kalau tak pulangkan pun tak apa kot, bisnes bas ni sudah pasti banyak untungnya, apalah sangat nilai 20 sen ni.." begitulah 'peperangan' di dalam hatinya sehingga dia sampai ke stesen biasa dia turun, sambil melangkah untuk turun itu pun hatinya masih berbolak-balik..tapi akhirnya ketika dia tiba kepada pemandu bas, dia menghulurkan lebihan 20 sen sambil berkata.."ini duit 20 sen kamu terlebih memulangkan baki.."
Pemandu bas memandang imam lantas berkata.."tuan, saya sengaja memberikan lebihan 20 sen tersebut kerana saya nak lihat kejujuran tuan, saya tau tuan orang islam, tapi saya nak lihat samada tuan jujur atau tidak, jika tuan jujur saya memutuskan untuk memeluk islam hari ini.."

Turun dari bas tersebut imam itu lantas menangis semahunya kerana  merasakan dia hampir saja menjual agamanya dengan nilai 20 sen..tapi, itulah orang beriman kan, Allah sayang jadi Allah selamatkan imam tersebut dari kebinasaan..Allahu Akbar, sungguh Allah Maha Baik..

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign