Asam Garam Kehidupan: April 2019

Pages

28 Apr 2019

Bunga di taman betaπŸ˜‰πŸ˜‰

Meh nak tayang bunga kemboja pepel yang baru first time keluar bunga ni, cantikkkk sangat warnanya macam baldu. Selalu dah dia berkuntum, tapi tak sempat mekar, ngehhh...dia gugur ke lantai mozaik di laman rumah den tu. Kali ni, Alhamdulillah...menjadi dia 3 kuntum.
Bunga kemboja pasu ni kesukaan ensuami kita, dia yang tanam, dia yang rajin taruk baja, kita rajin tengok jer, hehe..
Wajib tayang sebab dia first time berbunga. Sayangnya bunga kemboja ni tak tahan lama, 2, 3 hari dah gugur ke bumi, lagi satu dia tak boleh banyak air, siram sikit2 jer, 2,3 hari sekali. Kalo musim hujan lansung tak keluar bunga.

25 Apr 2019

Mari buat bunga

Tadaaa..cantik tak?😁😁😁😁😁😁
Kata ustazah..usahalah timbulkan mood ramadhan..so kita buatlah macam ni gantung kat dinding..

20 Apr 2019

Bertabahla wahai toklaki ku..

Minat baru sang isteri, cewah..diy..kikiki. Banyak gak dah yang terhasil dari kreativiti sang isteri, antaranya..kotak bunga rampai, kotak simpan Quran, almari simpan tupperware, frame suis dan banyak lagilah benda2 yang bini dia ni terpikir2 nak buat.

Bila sang bini tengah sakan berkarya..haha..nasibla rumah bersepah selagi tak siap. Tapi setakat ni dia belumlah bising lagi.. Nasibla ye bang dapat bini bekas cikgu tadika, dah tak berkarya di tadika, dia berkarya kat rumah plak..silap2 rumah pun jadi macam tadika>_<

16 Apr 2019

Sapa ada idea camana???

Guys, help2x, tulun2x saya..camana ni..oh jap, this entri is no gambar yea, sebab mytoklaki nampak menatang ni pukui 11.30 malam tadi camtulah, den dah selamat beradu..pagi ni bila dia cerita baru den dok kalut sebab den yang akan berperang dengan dia ni..camani ni, dok pikiaq idea tak datang lagi ni..

Habih la, kena exra effort la nampak gayanya, dahle dapuq den tu tak besaq mana, nak kena adjust lagu mana tak tau lagi ni, nak biaq lagu tu jah tak buleh, ehhh..tak buleh, kang habih satu keluarga kena penyakit leptospirosis..menatang apa?? Nauzubillah..naiya betoi..

Dia dok masuk kat dalam rumah den tu kot celah exzos fan kat dapur tu..tulah satu2nya lubang yang ada kat rumah den, tingkap kecik kat tandas pun tutup..pendek kata itulah satu2nya jalan yang dia boleh masuk. Exzos fan tu dahla penting, kalau tutup kang habihla beruap rumah tu time masak2, ada je dapur hud eh? Alah yang nak serap minyak dan asap tu, tapi tak berapa nak berfungsi, beli kemainla mahai, tapi tak kualiti pun, asap dok berkelun sampai ke depan ruang tamu, tu yang pasang eczos fan tu..

Malam tadi tu yang first time suami nampak. Sebelum2 ni takde. Kalau dah dia tau laluan tu alamatnya tiap2 malam la dia dok masuk cari makan kan, aduiiii..camana ni?

Korang tolong sama pening2kan kepala tu, tolong pikiaqkan untuk den camana cara dok nak halang supaya menatang ni tak masuk. Tolong kadi idea bernas yang boleh den praktikkan. Den ada dok pikir nak beli racunla, gamla..tapi depa kan macam dah bijak juga, kadang racun tu kemain comey cam coklat warna pink tu kan, depa tak sentuh pun..

Aduiii...masalahla menatang tikuih tanah ni.

10 Apr 2019

Sesekali ajer..

Ermmmm...nikmat. Alhamdulillah untuk rezeki pagi ni.
Jangan selalu weyh..kopi2 segera ni tinggi kandungan gulanya. Mau potong kaki nanti. My choice gitew is semestinya kopi Radix, sedapppp..lawan dengan bun sambal bilis Gardenia, fuhhh..
Ni kita wilex2 jap selepas berpenat lelah mengemas rumah dari atas ke bawah, bawah ke atas, depan ke belakang, sambil layan kopi radix ni kita bw jap, balas komen..eh..ada follower barulah, hewhew..hai adik, selamat berkenalan, terimakasih follow akk yea..
Lepas bantai kopi Radix secawan ni kita kounter balik demgan minum air kosong yang dicampur dengan Maamy mineral essence yang ohsem ni.. Kalau hangpa semua nak tau kelebihan ME ni korang bukak IKIM yek..tak pun next time den cubalah cerita apalah keistimewaan ME ni.

8 Apr 2019

Bunga rampai ditabur2x.

Ha, orang2 muda sekelian, tau tak camane rupa bunga rampai? Agak dah..tak tau kan. Bunga rampai ni pun satu spesies yang hampir mengalami kepupusan juga, haha..spesies la sangat.
Seingat den last membuat bunga rampai masa majlis kawen adik ipar kira2 20 tahun lepas..ha tu dia..lama tak lama.

Memandangkan den banyak naw masa lapang sekarang ni..hewhew..sorii geng aweks, walaupun den banyak masa lapang, tapi den lebih suka jadi cctv je dalam group aweks tu, aman gitew.

Jadi nak isi masa lapang ni, selain dari ngajar budak2 ngaji, den menyibukkan diri dengan membuat kerja2 keras tangan juga, nanti ada masa in shaa Allah den sharekan kat sini hasil kretiviti den tu yo. Oh ye, pasai apa den buat bunga rampai dan camane rupe bunga rampai tu. Bunga rampai tu den buat sebab nak ngimbau kenangan kawen 23 tahun lepas, hihi..takdelah, sebenarnya den nak wangikan rumah, beli pewangi2x ambi pure lah, farcent lah, air wicklah..so sesekali kita tukar pada wangian yang lebih semulajadi pun ok gak kan.
Ha, nilah bahan nak buat bunga rampai. Daun pandan tu kena potong halus2x. Dulu2 kami potong dengan pisau seposen tu. Bunga rampai ni dulu2 orang buat masa majlis kawen letak dalam bilik untuk wangikan bilik pengantin ataupun boleh juga buat hantaran letak dalam bekas comey2x. Bila dah siap potong halus2x campurkan dengan minyak wangi, apa2 minyak wangi pun tak kisah, nanti bila dah dicampur dengan minyak wangi tu daun pandan tu akan keluarkan aroma yang sangat wangi walaupun minyak wangi tu taklah berapa wangi pun. Nak kasi cantik potonglah juga bunga2 kertas so adalah warna-warni sikit.

4 Apr 2019

Hari ini..

Aku semakin menua..
Entah tinggal berapa lagi sisa2 umur yang Allah pinjamkan..
Sehari berlalu..bererti sehari lagi habis umurku di dunia..
Setahun berlalu..setahun sudah habis umurku yang dipinjamkan..
Aku semakin hampir, hampir, hampir ke garis penamat..


4/4/2019...hari ini..ulang tahun kelahiranku..
Semoga sisa2 umur yang berbaki ini, makin mendekatkan aku kepadaNya, dengan rahmat dan kasih sayangNya..
Semoga aku sentiasa dalam pimpinanNya..
Semoga aku sentiasa dalam pengampunanNya..
Semoga aku pulang kepadaNya dalam redhaNya..
Dah tua2 ni, buatlah camane pun, mekaplah camane pun, pakailah camane pun, semuanya dah tak cantik lagi...semuanya tak kekal..
Bersedialah dengan secukupnya..kerana dengan umur yang dipinjamkan sebentar ini, kita bukan hidup untuk sia-sia, bukan semata mengumpul harta di dunia..tapi dijanjikan pulang kepadaNya untuk satu tempoh masa yang tiada hadnya lagi di sana..sepatutnya kita bersedia secukupnya sambil mengharap dengan rahmatNya..

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign