Kalau ikutkan hati saya memang tak sampai hati nak buang, tapi suami tak suka nak buat camane. So malam isnin tu dia pegi buang.Mula2 suami hantar kat area kedai runcit kat taman kitorang je. Tapi pagi isnin semalam dia dah sampai semula mula2 dengan sekor anaknya. Saya pegi kedai terserempak dengan dia tengah gonggong sekor lagi bawak balik ke rumah kami, dia mengiaw tegur saya..agaknya dia cakap.."janganlah buang saya.."
Tak lama tu cukup 4 ekor dia bawak balik. Petang suami balik kerja dia tanya siapa yang ambik bawak balik. Saya cakap dia datang sendiri, dia gonggong sekor2 bawak semula.
Malam tadi suami hantar jauh ke taman lain, tapi tempat tu ada kedai makan. Harap2 adalah orang yang sudi jaga dia dan anak2nya.
Hukum membuang kucing..tak berdosa, asalkan jangan kita buang kat tempat yang tidak ada makanan.
Saya memang teringin nak jaga. Anak2 pun semua suka kucing, tapi dah suami tak suka tak boleh buat apalah.
Beranak dalam almari kasut.
Kadang2 tu..bukan nak buang. Tapi keadaan tak mengizinkan utk pelihara kucing. Anak sendiri pun terkejar2 nak mandikan dan bg makan...
ReplyDeletesamalah kak ada juga hari tu kucing bersalin dekat rumah, sampai besar jugalah anaknya kami bela, tapi tu lah dia suka pergi main dekat pokok jiran, jadi nak mengelakkan benda yang tak diingini terpaksa lepaskan itupun bukan kami yang buang jirang tu yang pergi buangkan, saya dan suami tak sampai hati nak buang
ReplyDeletekasihan dia.
ReplyDeleteharap2 ada insan lain yg nak membela mereka anak-beranak...
ReplyDeleteKesian diorang :(
ReplyDeletesuami akak pernah buang kucing dtg rumah kami...kucing tu oku (org??)tapi suka memancit sampai masuk bilik abis semua kena ...pagi tu suami akak buang kucing ,kebetulan petang anak bongsu akak patah tangan..sejak tu suami akak serik dh buang kucing walaupun bermasalah.Dan kucing yg dibuang tu pun tak lama lepas tu balik semula ke rumah...redho je .Dan kemudian tak tau dh mna menghilang nya sendiri.
ReplyDeleteSennangnya kucing beranak....dalam almari kasut pun jadik ek hihi......
ReplyDeleteAkukat rumah ni ada 4 ekor.... sekor je yg tido dlm rumah, temankan si bongsu yg lain tido porch. Kalau ikut aku pun mls nak bela, tp dah anak suka kan....Nasiblah yg betina tu asyik tak menjadi je kalau ngandung...lega mak hahhaha
Naper tak iklan jer NA ? Pasti ramai orang berminat nak adopt., tak semestinya kedai makan, deme anak beranak diberi makanan.. sian weyhhhhh...
ReplyDeleteKt umah ni dah bertambah lg, seekor stray cats dtg beranak kt umah, jadilah 12 ekor, biarlah,, sekurang2nya dpt release tension tengok telatah budak2 ni..
Psttt: seminggu lepas, seekor ular kapak yg menyelinap masuk ke dalam rumah di bunuh oleh anak2 bulus, bangun jam 5, tengok dah mati..Alhamdulilkah mereka anak beranak menjaga kami..
alhamdulillah.. ***
Delete