Asam Garam Kehidupan: Trip antor pengantin ke Kedah.

Pages

18 Sept 2019

Trip antor pengantin ke Kedah.

Ada dalam 40 oranglah yang ikut, mak2, ayah2, anak2, baby pun ada sorang, anak adik ipar baru dalam 6 bulan kot. Kami naik bas kat masjid Besi, Putra Jaya sebab boleh simpan kereta kat basement tu. Bertolak jumaat malam sabtu 14/9/2019.

Perjalanan pergi  takdelah apa2 sangat sebab jalan malam kan, so tiduq jelah. Sampai2 di satu masjid kat pekan Kulim tu. Solat subuh kat situ. Dalam hati dah simpan hajat nak cari peknga...

Sabtu 14/4/2019.

Alhamdulillah pihak keluarga lelaki ada sediakan homestay yang selesa. Dapatlah rehat, mandi2, tukar baju, siapkan muka sebelum bertolak ke rumah pengantin pada pukul 12pm.

Tapi best lah sambutan keluarga belah Kedah ni, siap ada kumpulan kompang lagi. Jadi dapatlah berarak bersama pengantin bersama paluan kompang gitew. Meriah, siap ada sound effect bunyi helikopter konon2 pengantin naik helikopter hehe.

Dan yang paling best,...lauk diorang, memang sedap sebab dorang rewang masak sesama kariah taman tu. Tapi takdo gambar sobab perut dah lapar semuo tak ingat dah. Kami diraikan di meja khas nasi lauk berhidang. Dah makan nasi dijamu plak dengan kuih muih, laksa kedah, bubur pulut hitam, bubur gandum, roti jala, cucuq udang, semua dihantar ke meja..mana nak dapat weyh, kenyang sungguh hari tu.

Dah kenyang, dah bergambar2, dah bersalam2 dengan keluarga belah lelaki kami tak boleh lengah nak bertolak balik sebab driver bas tu ada trip lain pulak keesokannya. Kami minta nak cari peknga pun tak dapat, uhuk uhuk..kempunan tau.

Kami bertolak dalam pukul 2 petang camtu. Dalam perjalanan balik ni baru ada story lain. Tapi nantilah ek, kalau2 den terajin nak update.
Kali ni pengantin pakai baju pepel plak.

8 comments:

  1. belum pernah sampai kedah..hihihi...

    ReplyDelete
  2. syoknya gi antor pengantin naik bas beramai-ramai..makan sedap..
    tak kesampaian makan pek nga cicah kari ikan temenung..takpe boleh pi Kedah lg..

    ReplyDelete
  3. dulu2 kalau ngata pengantin ni siap sewa bas sekolah hehe, lama dah tak mengikut rombongan pengantin laa ni hehe :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat mempelai dan suku sakatnya

    ReplyDelete
  5. tak pernah ada pengalaman pergi rombongan pengantin naik bas..mesti seronok kan..ramai2 dengan keluarga terdekat

    ReplyDelete
  6. Tak tau lagi le bila boleh pergi kedah

    Maklumlah anak bujang kita dah abis belajar kat sana..

    ReplyDelete
  7. Kisahnya ke Kulimlah ni ek.... Seronokkan kalau pergi bertandang ni. Lagi lagi kalau negeri lain. Dapat rasa makanan mereka. Sedaplah ko yek, tak payah susah susah berjalan nmakanan dah terhidang. Ngap ajela kan mak hihi

    ReplyDelete
  8. Oh orang kulim ye. Jiran lah dgn sy, Baling hihi...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign