Antaranya muslimah nak buat kursus mandi jenazah sekaligus nak cari calun jenazah..eh..hehe..calun tukang mandi jenazah. Yang ni saya tunggu, so saya offer dirilah untuk jadi salah sorang team mandi jenazah. In shaa Allah saya nak belajar betul2, kalau boleh saya nak ikut menguruskan kalau ada kematian. Saya terkilan sebab masa kematian mak dulu saya tak dapat mandikan sendiri jenazah mak, masa tu saya takde ilmu...
Tengah syok sembang dengan kawan di sebelah tiba2 nama dipanggil, saya dicalunkan merebut jawatan...haha..caye ke korang? Takdelah, mana ada tanding2 pun..semua yang dicalunkan terima dengan hati sukarela kerana tanggungjawab mengimarahkan surau dan kaum muslimah almaklum saja muslimah ni kena selalu dipush2 untuk bergerak. Faham sebab muslimah banyak tanggungjawab,mana yang bekerja tu sibuk dengan kerja, yang tak kerja macam saya sibuk juga dengan urusan rumahtangga. So yang memegang tanggungjawab tu kenalah cuba buat sebaiknya bukan untuk glemer atau ada imbuhan apa.
Saya memang suka deco2 dan hias2 ni..oklah kot..mana tau saya boleh menambah suasana keceriaan di dalam surau muslimah dan tandas, in shaa Allah saya nak cuba buat macam sorang makcik dalam ceramah ustazah Asma Harun, makcik ni diberi amanah jaga kebersihan tandas surau, dihias cantik siap ada bunga2, ada bangku, ada kipas, wangi.. |
So saya diberi tugas sebagai wakil jalan 1/15..lorong rumah sayalah tu dan ketua biro fasiliti dan keceriaan surau. In shaa Allah tolong doakan saya dapat jalankan amanah yang diberi ye.