Asam Garam Kehidupan: Hampir ditipu.

Pages

22 Feb 2020

Hampir ditipu.

Kisah yang aku nak share ni adalah pengalaman peribadi aku, supaya sahabat2 yang akan ke tanah suci Makkah Madinah khususnya bagi yang first timer macam aku, ingat ye walaupun di situ terletaknya Baitullah dan di situ bersemadinya jasad manusia paling mulia tapi di situ juga tempat lahirnya Abu Jahal dan Abu Lahab, so berhati2lah..

Biasa kalau nak ke sana kita dinasihatkan supaya tak perlu bawa banyak baju, jubah sebab di sana nanti mesti kita akan terpikat dan terbeli juga jubah2 yang cantik2 dan murah2 la sangat. 
Aku di Madinah dan Makkah duduk berempat sebilik dengan kakak2 yang dah berumur 60 ke atas, ada seorang tu umurnya hampir sebaya almarhumah ibuku tapi aku tetap memanggilnya kak, kiranya akulah yang paling muda dalam bilik tu, so akulah kena banyak mengalah, dorang sebenarnya baik sangat, tak sombong, peramah. Dorang rajin basuh baju, basuh sendiri..hang dalam bilik air bagi tos air lepas tu sangkutlah kat birai2 tingkap bilik hotel tu. Jadi bilik air tu selalu penuh tergantung dengan baju2 doranglah..jadi akupun takdelah nak basuh baju2 aku. Nak hantar dobi kalau kat Madinah ok lagi, 15 rial satu kg, kat Makkah..kira helai, selai baju tak silap 5 ke 10 rial macam tulah..parahla kalau nak hantar dobi.

Jadi aku yang cuma bawa 4 helai jubah, akhirnya semua dah dipakai..walaupun tak busuk, ye tak busuk sebab keadaan cuaca kat sana, semut, lalat pun takde nampaknya. Dah pakai 2,3 kali jugalah satu2 jubah tu, hihi..macam tak sanggup dah nak sarung lagi. Jadi hari tu hari jumaat di Madinah..

Di Madinah, Makkah orang perempuan pun ikut solat jumaat. Jadi bila balik dari solat jumaat tu ya Allah ramainya umat manusia menderu2 di jalanan. Masa nilah penjual2 jalanan mengambil kesempatan menjual barang2 mereka. Caranya bentang je kain ke, plastik ke di tepi jalan dan lambakkan je baju ke, tasbih, minyak wangi, tudung, kayu sugi macam2 lah. Sekali aku dengar.." jubah2x, 25 rial2x" aku pun menyelit bersama kakak2 ku itu di celah2 ramainya orang berebut2 memilih tu.

Aku berkenan satu. Tiba2..prittt, apalagi..penjual tu cepat2 membungkus jualannya berlari agak jauh dari situ sambil tangannya memanggil orang2 yang sudah memilih jubah yang hendak dibeli tu, kami pun mengekor je. Kejap dia berlari lagi, kami ikut juga..ah sudah..aku pun cepat2 keluarkan not 100 rial sebab memang aku belum sempat pecahkan duit lagi, hulur kat dia. Kat sinilah ya Allah..cemas dan geram..
Dia pulangkan balik sekeping not 100 ribu rupiah, menjerit aku..
No, no..bukan duit ni..dia balas..sama saja sambil terus berundur, aku ikut sambil minta balik duit 100 rial aku, dia tetap kata sama saja, aku cakap aku bukan Indonesian, aku dari Malaysia, dia masih buat tak tau, cemas aku..100 rial kan, banyak tu, 100 ribu rupiah baru berapa kan..aku tetap minta juga. Akhirnya dia mengalah, dia pulangkan balik 100 rial aku, aku bagi balik jubah dia dan terus belah dari situ.

Adoii pengajaran sungguh. Janganlah sahabat2 terpedaya nak beli macam ni. Pergilah kat kedai yang betul2 premis kedai tu, ada je jual jubah 25 rial, 35rial, 50rial, cantik dan puas hati. 
Kalau di Makkah sahabat2 pergi je dekat2 clock tower tu, kat sebelah dia safa tower tingkat paling bawah..ermmmm...rambang mata kat situ.

Atau kalau nak beli kat kawasan Arafah dekat2 Jabal Rahmah. Kat situ pun murah dan cantik. Terbeli juga satu jubah 35 rial je, hihi..dan kalau nak tau kat setiap miqat memang akan ada je orang menjual, nak dengan taknak je, pandai2lah korang menawar harga, jangan risau, penjual2 arab tu faham je bahasa melayu atau bahasa indonesia. Bahasa Inggeris memang tak laku kat sini. Elok sebelum beli tu kita tanya dulu kawan2 lain yang dah membeli. Aku saja je tanya selipar sarung macam selipar crock tu boleh nak jual 25 rial, padahal kawan aku beli tempat lain 15 rial je.

Itulah ceritanya. So sahabat2 yang akan berangkat umrah..semoga perjalanan umrah korang dipermudahkan dan mendapat umrah yang maqbulllah..Aamiinn.

8 comments:

  1. Nasib baik dapat balik 100 riyal tu. Alhamdulillah belum pernah kena.

    ReplyDelete
  2. nak beli jubah hati2 la..baik beli dekat kedai je. risau jadi macam tu la..sebab diorang jual di tempat yg tak sepatutnya

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Baca pengalaman akak, cemas juga rasanya. Tu la kat mana-mana ada je scammer, hatta di tanah suci pun. Justeru, perlu berhati-hati setiap waktu. Mujur juga dapat balik 100 riyal tu..alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. Subahanallah..moga Umrah mabrul ya

    ReplyDelete
  5. Teringat perjalanan umrah kami hari tu , ada ke sini juga ..Subahanallah rindu nak beribadah kat sana

    ReplyDelete
  6. Tak pernah kena macam tu, alhamdulillah. Mungkin jangan bawak duit banyak sangat n jangan belanja not besar macam tu kalau membeli di tepi tepi jlan macam tu, unless atas kedai. Takpelah, Allah nak tunjuk tu supaya jadi pengajaran untuk kita semua. Kalau akak tak share, mungkin akan jadi juga kat orang lain kan.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah berjaya dapat semula 100 riyal tu 😊

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign