Asam Garam Kehidupan: Sketsa 5 Ramadhan pkp

Pages

29 Apr 2020

Sketsa 5 Ramadhan pkp

Semalam 27hb 4, pelajar2 ipt mula dibenarkan balik kampung selepas sebulan lebih sangkut kerana pkp. Alhamdulillah legalah perasaan ibubapa menerima kepulangan anak masing2 lebih2 lagi dalam suasana meraikan Ramadhan yang penuh berkat ini.


Tapi anak saya masih sangkut di uia kuantan, tak dibenarkan balik kerana kawasan hulu langat ni masih dalam zone merah, cuma di mukim beranang ni di bawah zone kuning kerana masih ada satu kes covid 19. Jadi dari 17hb mac sampai hari ni 28 april dan akan bersambung lagi sehingga 12 mei ( tolong betulkan jika saya tersilap), bermakna sudah sebulan lebih dan kalau dalam tempoh tersebut keadaan masih tak berubah, maknanya masuk 2 bulanlah anak saya berkurung di bilik sorang2. Kawannya yang 3 orang cekal berani dah lepas balik masa 18hb mac itu hari dah, tinggal dia sorang2 dengan beberapa orang lagi kat bilik2 berlainan. Katanya ada lebih kurang 200 orang lagi yang tinggal. Tapi mungkin dah berkurang sebab pelajar2 di sebelah utara dah dibenarkan balik.

Saya tau dia tak apa2 di sana. Ada makan dan dalam keadaan sihat2 saja. Tapi hati ibu ni kan...kalau anda yang membaca ni juga seorang ibu, tentu faham gelora yang ada dalam hati saya saat ni. Bila dengar suara dia yang sedih, lidah saya jadi kelu nak berkata2, saya biarkan dia meluahkan perasaannya sambil saya menekan perasaan sendiri dalam2....

Anak saya cerita dia dengar ada kawannya menjerit2, menangis,hempas pintu sebab tension terkurung. Mereka tak dibenarkan ke mana2 kawasan kolej pun, kalau ada yang merayau guard akan halau balik ke bilik. Dorang cuma boleh keluar ambil makanan yang diletakkan di satu  bilik lain dan terus balik ke bilik semula. Kafe pun tak dibuka. Betul2 terkurung. Bayangkan bagaimana perasaan mereka, nak belajar pun memang tak semangat lansung lah. 

Selepas 18 mac tu ada parent yang datang nak ambil anak mereka, jangankan dibenarkan jumpa, melepasi gate pun tak dibenarkan. Saya tak salahkan sesiapa, tidak pihak pengurusan universiti, apatah lagi pihak berkuasa yang menetapkan undang2. Apa yang berlaku sekarang ni bukan ujian untuk saya seorang, atau untuk beberapa individu, malah seluruh rakyat Malaysia, seluruh dunia sedang diuji dan teruji dengan satu bentuk ujian yang tak pernah dihadapi sebelum ini. Apa yang mampu saya buat hanya memanjatkan doa yang tak putus2 agar ujian dan musibah yang melanda ini akan segera diangkat oleh Allah swt, biarpun kehidupan yang bakal ditempoh selepas ini tidak akan berlansung seperti sebelum wabak ini melanda.

9 comments:

  1. Semoga anak akak dalam keadaan baik dan selamat la hendaknya.
    Kalau terkurung dalam bilik hostel memang stress. Kalau dekat rumah at least ada keluarga gembira la sikit kan?

    ReplyDelete
  2. Memang susah kalau seorang je lepas tu duduk dalam bilik je. Dapat bayangkan.
    Moga anak akak tabah ye. Besar pahala dia dapat hadapi seorang diri.

    ReplyDelete
  3. lama menanti saat nk balik jumpa mak ayah tu

    ReplyDelete
  4. tak terbayang kalau pkp ni jadi masa saya belajar dulu. siang malam nangis nak balik agaknya

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Maaf Na, tadi terlalu banyak error typing, tulis pendek jelah.. 😄

    Mg semua dipermudahkanNya, aamiin..

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan urusan anak untuk pulang ke pangkuan keluarga.
    Anak wak yang belajar tu, nasib baik dia berulang alik hari2.
    Jadi sangkut PKP kat rumahlah.

    ReplyDelete
  8. Moga anak akak terus kuat dan positif.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign