Asam Garam Kehidupan: Sketsa 16 Ramadhan pkp.

Pages

9 May 2020

Sketsa 16 Ramadhan pkp.

Sape pernah rasa karipap Terengganu stail? Sedap kan, hihi..dah lama rindu nak makan, tapi mana ada orang lain yang pandai membuatnya melainkan orang teganu jualah yang pandai membuatnya🤣🤣
intinya spesel tau, tak macam karipap yang biasa korang makan tu.
Sape nak try buat bolehla ikut resepi di bawah ni. Ni untuk lebih kurang setengah kilo tepung la anggarannya.
-5 ekor ikan sardin sedang direbus dan ambil isinya, tulangnya diblend ambil airnya...kalo korang rajin la, kalo malas buang jer.
-Kelapa parut isi putih agak2 sebelah saja.
-Bawang holland 2 biji potong dadu. Nak lebih bawang pun boleh, takde hal punya, lain la kalo membawang😉
-Sedikit halia potong dadu.
-secubit halba.
-Sedikit garam dan gula...inti karipap ni rasa dia memang kena sedikit manis, tapi kalo korang tak suka manis letak sikit jelah gula..kalo tak letak nanti tak jadi pulak inti karipap teganu stail tu.😆

Pastu korang masukkan jer semua bahan tu dalam kuali, tuang sikit air..dah tu kacau3x sampai kering macam dalam gambar kat atas tu.
Den guna cara manual jr sebab takdo mesin canai, acuan pun den tak ponah beli laie sebab den suka buat cara manual ni sambil mengimbau kenangan dulu2 buat karipap bersama arwah omak den. Dia buat malam sebab nak tumpang letak kat kedai makan kawan eh, pagi2 dah kono hantar. Dia buat sampai jauh2 malam, sampai terlolap2 ....ishhhh..takleh dikonang2kan, sayu sangat perasaan ni..

26 comments:

  1. Tak pernah mkn karipap teganu, inti ikan sardin fresh, sedap tu...

    mak saya pun jual kuih jg dulu2..pengorbanan ibubapa tak terbalas rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, pengorbanan ibu kekal dlm ingatan.

      Delete
  2. Kelim karipap manual yang bagus sebab cantik. Hehe memang cantik kelim tu.
    Memang megimbau. Saya pandai kelim karipap hasil menolong makcik buat kuih untuk dijual.
    Tak pernah lagi makan karipap Terengganu. Macam karipap ikan ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belajar kelim tu dari arwah makla Na, akk suka mengelim dari buat pakai acuan tu.
      Aah karipap inti ikan la tu.

      Delete
  3. sedapnya karipap :) Mak aril selalu buat karipap pagi2 untuk aril breakfast ;) Karipap dan sardin gulung mmg sedap. Favourite aril .....

    ReplyDelete
  4. Cantik simpulannya
    Tapi wak kalau makan karipap, simpulannya tu wak tak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar wak,hihi..kelim tu yg rangup2 wak.

      Delete
  5. Sedap tu

    Malangnya saya sampai kini, tak pernah reti nak buat tepi, dgn erti kata lain, tak akan buat karipap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dgn CH , UA..
      Tak pernah buat karipap sendiri 🤭

      Delete
    2. Senang je buat karipap ni UA, cuma kadang malas nak berenyah kata orang.

      Delete
  6. COMELNYA KARIPAP NOR DULU2 SUKA JUGA BUAT KARIPAP INTI IKAN NI KAK PANGGIL SPERA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spera ye kak, tak pernah dengar plak tu.

      Delete
  7. Den Tak pernah mkn karipap ganu style ni zimah..
    Kalau dekat dah hulur pinggan 🤭

    ReplyDelete
  8. Kak laili takde acuan tak reti mengkaripap kihkihkih

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    karipap terengganu begitu rupa intinya, lebih kurang temosa. tapi temosa ada campur kelapa. mesti sedap kan..

    ReplyDelete
  10. teringin pula nak mencuba nya
    hahaha

    ReplyDelete
  11. Tak pernah lagi rasa karipap T'ganu. cantiknya kejadian karipap tu. rasa selera nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kalau cantik baru teruja nak makan.

      Delete
  12. aida x pernah rasa lagi karipap ganu. teringin.
    aida ni pantang jumpa makanan baru, mesti nak test run makan!
    and one thing nak puji - cantik sgt manually buat karipap tu. terbaik!

    ReplyDelete
  13. Janji karipap mmg aku suka ZIm.... Ohh mentang mentanglah Terengganu banyak ikan, karipap pun ikan ek hihi... Ni ala ala karipap satalah ek hihi

    ReplyDelete
  14. Lama doh dok makang karipap stail gini. Rindu plok. Nok wat diri, malas. hah..hah...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign