Asam Garam Kehidupan: Kenangan selepas Ramadhan dan pkp.

Pages

12 Jun 2020

Kenangan selepas Ramadhan dan pkp.

Sebab ramadhan tahun ni dalam suasana ramadhan jadi banyak jugalah kenangan tercipta di dalamnya. Tapi ada juga nostalgia yang rasanya orang lain pun mengalaminya. Yang dalam ramadhan sudah banyak tersurat dalam blog ni. Rasa nak share situasi yang kemungkinan juga dialami oleh mak2 lain di luar sana. Antaranya..

Mencari roti Gardenia.
Tetiba je kedai2 kehabisan stok roti gardenia. Yang pelik roti jenama lain ada je banyak cam biasa. Ah sudah, kat mana nak cari ni. Walaupun kami anak beranak bukanlah peminat roti sangat, cuma sebab lama tak makan tetiba craving nak makan tengok2 takde stok, panik gak kejab. Nak jadi cerita jiran sebelah yang kerja nurse tu bagi roti gardenia sebungkus, tu diaaaa...sekelip mata habis tinggal plastik saja.

Panic buying.
Terasa gak macam nak panik bila terfikir2 stok makanan kehabisan dalam pasaran, beras habis, ikan habis, gula, minyak,bawang...anak2 nak makan apa??? Tapi bila pak menteri nasihat toksahlah dok panik2, bekalan makanan mencukupi dalam pasaran, beli sekadarnya saja...barulah lega perasaan ni.

Beratur panjang.
Punyalah taknak beratur panjang, lama pulak tu, pernah den sampai depan pasaraya pukul 7.30 pagi..ingatkan dah awal sangatla..rupa2nya barisan menunggu dah cukup panjang. Nasib yang jaga pintu tu tanya sape nak naik tingkat atas, cepat2 den angkat tangan, walaupun sebenarnya bukanlah ada benda sangat pun nak cari kat tingkat atas,kat situ kan cuma ada baju2, bekas2 plastik. Dah masuk awal ikan pulak tak sampai lagi, ikan otw dari pasar katanya..so berpusing2lah den dalam pasaraya sebab menunggu ikan sampai. Kalau keluar kang kena beratur semula..tak kuasa den haih.

Sedih anak kat U tak boleh balik.
Rasanya ramai mak2 yang ada pengalaman camni. Banyak benda yang bukan2 berlegar2 dalam otak nih, cukup ke makan..camane dia dok sorang2. Punyalah dok doa siang malam supaya anak dapat balik. Alhamdulillah lepas juga balik akhirnya.

Mencuba resepi2 dari Youtube.
Dari yang simple2 sampailah ke yang agak cerewet macam quichee den telah mencubanya. Jadi tak jadi belakang kira, tak cukup bahan, den bantai je dengan apa yang ada. Awal den masuk dapur, pukul 12 tengahari..haha..sebab nak memasak variaty of juadah berbuka. Sebabkan puasa tahun ni kebetulan dalam pkp, nak pegi kedai atau pasaraya bukanlah satu perkara yang mengujakan sebab kena beratur lama kan, jadi den boli lauk basah untuk 2 minggu sekali. Tapi disebabkan esbok pun taklah besar mana kalau nak simpan stok ikan untuk 2 minggu sekaligus, jadi den putuskan masak berlauk untuk sahur saja, untuk berbuka masaklah mee goreng ke, mee kuah ke, laksam lah, mee tiaw ladna ke, nasi goreng pattaya ke...gitulah pusing2, jadi kenalah tambah lebih kuih sebab kang lepas terawih nak moreh pulak. 
Ada jiran siap beli freezer sejuk beku lagi sebab nak simpan stok lauk lebih sebab malas nak ke pasar.
Alhamdulillah plak tu boleh kata boss tempat abang Iman kerja sementara tu tiap2 hari memberi kuih muih, macam2 jenis plak tu. 

Hubungan jarak jauh.
Kesian kan, isteri kat sana, suami kat sana, nak balik tak dapat, dah sekian lama tak berjumpa. Tapi demi keselamatan semuanya diharungi dengan sabar. Saya ada sorang kawan macam ni, lepas pkp yang pertama tu dia terus balik ke seremban jumpa anak2 dia, tapi nak balik ke sini semula tak dapat sampailah lepas raya aritu baru dapat balik. Nasibla suami memahami, redha jer berbuka dan bersahur dengan juadah beli.

Rakyat Msia jadi lebih patuh.
Pakai mask, guna hand sanitizer, jaga jarak, jangan keluar rumah, kita jaga kita. Seronokla tengok orang2 kita ni jadi lebih prihatin dan lebih berdiplomasi sehingga membuat kagum negara2 lain seperti Jepun, Indonesia, sebab dengan kepatuhan kita pada SOP yang ditetapkan membuatkan negara kita terkehadapan dalam menangani wabak covid 19. Lebih lagi kagum pada frontliner yang bertungkus lumus siang dan malam menyelamatkan nyawa para pesakit.Para petugas keselamatan seperti polis dan tentera yang bertugas tak kira dalam panas dan hujan ribut bagi memastikan undang2 dipatuhi sepenuhnya. Bertambah lagi rasa kasih dan cinta kepada para pemimpin yang tak jemu2 memberi semangat sehingga kami menjadi lebih tenang dalam menghadapi suasana gawat sebelum ini. Terimakasih TSMY, Dato Ismail Sabri dan Dr Norhisham Abdullah. 
Juga tersangat kagum pada mereka2 yang menyumbang tenaga dengan tolong menjahit baju2 PPE, buatkan face shade semua tu...Allah...sungguh ujian yang diturunkan ini telah membuatkan kita bersatuhati. Terima kasih ya Allah...

Apa kenangan pkp korang? Masing2 ada kenangan tersendiri kan. Jomla kita pakat catit dalam diari kita ni untuk kenangan kita suatu hari nanti. Anak cucu kita pun mesti nak tau juga ye tak?
Disebabkan dia tak dapat merayau jauh, rumah jiran sebelahla jadi tempat lepak dia sebab ada kawannya. Duk rumah takde yang nak kawan, abang kakak sibuk dengan phone memasing je.




11 comments:

  1. Kenangan terperuk dalam rumah lama sangat.

    ReplyDelete
  2. Rakyat jadi lebih berdisiplin... pandai beratur dan tak berebut rebut

    ReplyDelete
  3. MUSIM PKP PENUH KENANGAN

    ReplyDelete
  4. Sedih time sambut raya bila ada anak2 yang tak boleh balik

    ReplyDelete
  5. Beratur 3 kali kat UTC hari jumaat seblm raya haritu..
    1. beratur nk masuk bgn UTC
    2. beratur nk masuk kwsn pasar basah
    3. beratur nk beli santan..sejam lbh beratur..huhu..

    Balik rmh, terbongkang tidur..hihi..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum... bagus entri kali ni.. boleh jadi kenangan. SS waktu PKP tu kan, SS tak sangka yg SS mampu stay home 3bulan. ikotkan SS ni bukan spesis boleh stay home lama sgt. 3 hari tak keluar pun dah mcm cacing kepanasan dah.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Gara2 PKP, bil letrik kami RM1200/3 bulan.

    Popalih wehhh nak bayar..

    ReplyDelete
  8. Mmg byk kenangan PKP Kan zimah..

    Nak jugalah buat diari PKP ni utk kenangan..

    ReplyDelete
  9. hahaha
    nombor satu tu dah buat gelak dah
    memang betul
    selalu kalau tidak roti gardenia tu elok jer tersusun dekat rak
    masa PKP langsung tak nampak

    ReplyDelete
  10. Betullah ko apa yg ko tulis tu..... antara benda yg kita semua alami masa PKP ni....semua benda baru kan, seronok jugak bila dikenang ek

    Tapi yg tak best asyik kena masak je lah hahahha...
    Bagi yg kerja mesti bestkan dpt keje dari rumah...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign