Ini saya ceritakan semula dari kuliah ustaz Sy Zainul Asri, untuk kita amalkan bersama..mudah2an menjadi amal jariah saya.
Di waktu kita larut dalam mabuk sakarat, waktu itu akan datang kepada kita dunia yang sebentar lagi akan kita tinggalkan, alangkah malangnya, ruginya..Nauzubillah minta dijauhkan sangat2, jika di hujung usia itu tidak diakhiri dengan kalimah tauhid La ilaha illallah, kerana nabi memberitahu barang siapa yang menutup usia dengan kalimah tersebut akan dimasukkan ke dalam syurga.
Jadi antara amalan yang sangat2 simple, tapi susah sebab selalu lupa atau pun..esoklah, nantilah..bertangguh2 haa itulah dia..sayalah tu..mudah2an lepas ni saya dapat istiqamah..
Amalan ini in shaa Allah akan mengingatkan/memudahkan kita untuk mengucapkan kalimah tauhid La ila ha illallah di saat keluarnya roh kita itu ialah dengan bersugi/bersiwak. Bersugi yang dimaksudkan ini adalah dengan menggunakan kayu sugi/kayu siwak. Mudah didapati, di Mydin in shaa Allah ada. Saya dah beli lama, tapi dah lama juga tak buat, adalah 2,3 kali guna..lepas tu dah malas.
Ingat kan bagaimana sabda Nabi kata baginda kalau tak memberatkan kita, Nabi kalau boleh nak wajibkan bersugi setiap kali nak solat. Menunjukkan pentingnya amalan ni. Ada lagi kisah bagaimana di saat menjelang kewafatan baginda dalam keadaan sakit baginda meminta untuk bersiwak. Ruginya rasa kalau tak diamalkan sunnah yang satu ni, ya Allah muga2 lepas ni dapatlah istiqamah beramal.
syukran berkongsi ilmu...jom kita amalkan..
ReplyDeletePerkongsian yang baik :)
ReplyDeleteAMALAN MUDAH TAPI BESAR FADILATNYA
ReplyDeleteHa a... tau cerita ni tapi buat sambil lewa je padahal ada je kayu sugi kat rumah ni. Nak cubalah amalkan...bukan susah pun kan ZIm
ReplyDeleteNumpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.biz ^_$
add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^