Asam Garam Kehidupan: Ikan keli awesome.

Pages

17 Aug 2020

Ikan keli awesome.

Aritu kan den janji nak bagitau tang mana boleh dapatkan ikan keli yang tak berlendir dengan kurang power letupannya tu kan...tapi dalam tak berapa meletup tu, habis gak lengan den melecur kena minyak masa nak terbalikkan ikan keli masa digoreng tu. Rasanya ikan keli ni bila kita nak goreng takyah dipotong2 kot, sebab ada yang kecik2 tu den tak potong2 elok pulak dia tak meletop. Yang besar2 tu kena potong juga sebab tak muat kuali๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†..
Inilah tempat Global Ikhwan atau GISB di daerah Rembau. Kami dapatkan ikan keli dengan harga rm7 sekilo, dah siap buang perut. Ikan keli yang pihak GISB bela ni memang bersih, sebab tak berlendir dan kurang sangat hanyirnya. Kalo korang nak beli ikan keli yang bersih boleh cari pasaraya Ikhwan ye, dijamin puas hati.
Ada ladang kambing juga. Seronok dapat peluk anak kambing yang bucuk tapi comey ni..geram nak beli..rm200 sekor..bukan takat kambing, ada kibasy, ada rusa, ayam, burung puyuh..kalau ada yang nak beli ayam kampung ke datanglah ke sini..
Ni sebenaqnya citer masa pkp baru tamat aritu, so amik kesempatan jenjalanla, tapi tak berani pun nak jalan jauh2 sangat, kami pi Air Keroh Melaka, dekatlah dengan Rembau..so jalan ke sana, balik tiduq kat Rembau.
kami singgah kat tempat tu kami makan otak2 je, habislah 5 bakul kecik tu. Tak makan yang lain sebab malam tu ada kawan ensomi nak belanja makan belangkas..
Belangkas masak lemak kuning. Di daerah Air Keroh tu, tulah satu je gerai yang mengusahakan masakan lauk belangkas ni. Ada juga belangkas masak sambal. Sedap tak? Hrmmmm...bagi orang yang suka dan biasa makan mungkin kata sedap, tapi den ni, dari dulu lagi, kalau benda pelik2 ni tak boleh masuk tekak. Kawan ensomi kata isinya rasa macam ketam..tapi anak2 den kata rasanya macam air paip๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Sape nak cuba, bolehla google2 cari ye, hihi..sebab den pun dah lupo namo kodai tu, sobabkan cito ni pun dah lamo, sajo yo nak nak cito buat kenangan..

7 comments:

  1. Sedapnya otak2 tu..geram lak menengoknya

    ReplyDelete
  2. Ada Bela ikan keli.
    Tidak pasti pernah makan ke tidak sebab masa kecil nenek ada letak belangkas hidup dalam besen. Tengok berenang.

    ReplyDelete
  3. Sodap ikan Keli berlado Kan zimah..
    Tapi kono berperang dulu..
    Setakat kena tembak kat lengan ok lagi..
    Kena tembak kat pipi..
    Parah ๐Ÿคฃ

    ReplyDelete
  4. Mcm2 ada..bagus produk Muslim..BMF..

    belangkas..exotic tu, tak pernah mkn..mcm air paip??..takde rasa apa..

    ReplyDelete
  5. Ikan keli ternak ni nak kena pastikan produk muslim.

    ReplyDelete
  6. isi belangkas rasanya lebih sedap dari ketam..kak suka telurnya

    ReplyDelete
  7. Teringat masa kecik2 menahan jala di sawah waktu banjir. Dpt byk ikan keli.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign