Asam Garam Kehidupan: Asalkan dia bahagia..

Pages

22 Sept 2020

Asalkan dia bahagia..

Mak budak lain takkan ada nak bagi anak dorang main/mandi hujan. Tapi mak budak ni ok je, pergilah mandi..ibu dulu kecik2 memang pantang hari hujan tak senang duduk dibuatnya, kalau arwah tokma tak bagi, ibu curi2 jugak turun rumah..yelah, dulu2 mana ada lagi tv kaler, game tu, game ni..yang ada game main hujan, mandi sungai, panjat pokok..game2 tu korang tak jumpa dah sekarang..usahkan nak berenang, nak panjat pokok pun takut..haihhh..apo nak dikato..zaman dah jauh berubah..
Baik punya landing..
Dulu diteman oleh abang Iman, sekarang abang Iman dah 18 tahun..takkan nak main hujan lagi kan..ahh..sorang pun jadikkk..
Sampai kecut jari...selagi hujan tak berenti..semalam seharian hujan..tapi hari sekolah tak dapatlah dia main hujan, kalau cuti ermmmm dia tak lepas peluang..

Hujan..salah satu tanda kesempurnaan ciptaan Allah..jangan merungut walaupun kita rasa tersekat tak dapat nak bergerak, beraktiviti ikut kesukaan kita..kerana hujan itu rahmat..Nabi pernah berjalan di dalam hujan kerana kata baginda Allah sedang menurunkan rahmatNya di bumi..

15 comments:

  1. Ha3 alahaiiii menantu i..πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

    ReplyDelete
  2. Betul itu saya dahulu ada mandi hujan sebab bosan tidak tahu buat apa. Seronok tahu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg seronok dulu2 mandi hujan, makin lebat makin best kan Na.

      Delete
  3. seronok main hujan..kalau ada lopak air lg best..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib takde lopak, kalau ada harus berenang dia tu.

      Delete
  4. zaman kita dulu main hujan sampai rasa lapar. pastu pegi dapur tengok apa ada kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3x, tengok2 ada ubi rebus cicah nyoq, heaven.

      Delete
  5. Hehe best mandi hujan ni. Sekali sekala kena bagi anak rasa juga πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni bukan srkali sekala dah, kalau kebetulan cuti dia tak lepas peluang dah.

      Delete
  6. Sekarang tiap2 peang ujan
    Wak yang dah tua ni pun terpaksa mandi hujan sebab setiap petang menggembala lembu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbayang plak wak gembala lembu sambil tiup seruling dalam ujan, hihi..

      Delete
  7. gembiralah dia tu kak, lena tidur malam hehe

    ReplyDelete
  8. Izin promo ya Admin^^

    Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
    minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)

    ReplyDelete
  9. Sorang sorang pun jadi ni main hujan. Yang penting dapat main hujan. hihi

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign