Saya paling suka dengan ustaz Syeikh Zainul Asri. Beliau adalah mudir Pusat Pengajian Darul Hadis, Yayasan Paksi, Kedah. Berkelulusan Al Azhar dalam bidang Usuluddin. Beliau juga banyak menuntut di pengajian pondok dalam Malaysia.Dalam ceramahnya sentiasa disulami dengan selawat. Tutur katanya teratur dan lemah lembut, ustaz cakap dialek Kedah..
Ustaz Syeikh Zainul Asri ni speciality ceramahnya dalam bab hadis, tauhid dan tasawuf. Antara isi ceramahnya yang saya ingat ialah bab kelebihan bersugi iaitu dengan bersugi in shaa Allah memudahkan kita untuk mengucap menjelang saat sakaratul maut. Seronok dengar ustaz cerita bab kelebihan2 yang dimiliki oleh orang2 soleh dan wali. Cuma kalau nak dengar bab tauhid kenalah lapangkan hati dan tadah telinga betul2 untuk lebih faham.
Ini ustaz Auni bin Mohamad, berasal dari Kelantan dan sekarang menetap di Pulau Pinang,kelulusan dari Al Azhar Mesir. Ustaz yang dapat jolokan Zakir Naik Malaysia. Juga digelar komputer bergerak kerana kekuatan daya ingatannya. Ustaz Auni kalau berceramah takde tengok teks ceramah. Kalau dia cerita bab susur galur keturunan nabi2 atau sahabat memang cukup detail. Speciality ustaz Auni ialah ceramah bab2 sejarah dan kisah2 para sahabat, juga ceramah peristiwa2 akhir zaman seperti tanda2 kiamat dan dajjal. Antara lagi kelebihan ustaz ialah suaranya yang lantang dan jelas. Ustaz jarang melawak tetapi ceramahnya tetap diminati oleh golongan muda dan intelektual.
Ustaz Wadi Annuar bin Ayub, kelulusan dari Syria.Berperawakan menarik, suara lembut. Selalunya saya suka dengar ceramah ustaz bab sirah para sahabat. Ustaz Wadi kalau cerita kisah perang Uhud kita yang dengar ni seperti boleh bayangkan suasana perang ketika itu. Detail. Dengar kuliah ustaz kita dapat rasa betapa kecintaan para sahabat terhadap Rasulullah saw. Ada juga siri ceramah bab yaumul akhirat seperti bab sakaratul maut, titian sirat..banyak lagilah, bolehlah cari di Youtube.
Ini ustaz Ibnu Rijal.Nama sebenarnya Muhammad Nazri bin Rijal, berkelulusan bidang syariah dan sejarah di salah sebuah universiti tempatan. Ustaz ni boleh tulis skrip drama tau, kalau nak tau drama NUR 1 tu ustazlah penulis skripnya. Anak murid ustaz Auni ni. Terer bab2 sejarah tanah melayu ni. Suka sangat dengar ceramah ustaz bab kelebihan yang dimiliki oleh bangsa melayu. Naik semangat dibuatnya. Dengar ceramah ustaz ni buatkan kita rasa bangga dilahirkan sebagai bangsa melayu beragama Islam.
Ini Ustaz Dato hj Shamsuri bin Hj Ahmad. Saya suka dengar kuliah hadis ustaz. Biasa sebelum mula kuliah ustaz buka mukaddimah dengan kisah para sahabat. Ustaz shamsuri sesekali melawak juga, tapi takdelah sampai pendengar kuliahnya ketawa berdekah. Cuma antara seorang ustaz dan ustaz yang lain adalah caranya masing2 dalam menarik hati para pendengar mereka.
Yang ni ustaz Khalid Basmalah dari negara tetangga kita Indonesia. Ustaz ni pun kelebihannya dalam bercerita kisah para sahabat, para imam mazhab. Ada ijazah dari universiti Malaya kalau tak silap saya (maaf kalau tak betul U nya, tapi ustaz memang pernah berkuliah di salah sebuah universiti kita)..so bicara ustaz mudah difahami, tak pekat sangat bahasa Indonesianya. Pernah juga datang memberi kuliah di sini.
Sesekali ada juga saya dengar kuliah ustaz2 lain. Tapi saya lebih kerap dengar ceramah 6 orang ustaz ni. Bagi saya mereka memang ustaz yang tinggi ilmunya yang perlu kita timba sebanyak2nya ilmu dari mereka, walaupun sekadar mendengar dari medium alamaya, itu rasanya lebih baik dari lansung kita tidak berbuat apa2.
Salam Jumaat..semoga bermanfaat.
Semua saya belum pernah dengar lagi ceramah mereka.
ReplyDeleteNanti cuba tengok di YouTube.
Ya Na, carilah..rugi tak dengar tau
DeleteTerima kasih kak sebab berkongsi, insyaallah ada masa boleh turut mendengar ceramah ustaz2 semua ni :)
ReplyDeleteIn shaa Allah, kena cari juga masa syaz utk kita mencari ilmu akhirat ni.
DeleteSemoga dengan sering mendengarkan ceramah dari pemuka agama, jadi tuntunan hidup kita yang lebih baik dalam perilaku dan hal lainnya ya, kak.
ReplyDeleteYa benar Him, moga hidup kita terbimbing dgn ilmu2 mereka.
DeleteMoga sy juga diberi kesempatan utk menadah ilmu dari ustaz-ustaz ni.
ReplyDeleteIn shaa Allah PH, tak rugi kita mendengar ilmu2 dari mereka.
Deletemana uai n ustaz somad?
ReplyDeleteaminn ya robbal Alamein
Wak, yg 6 org tu lah yg paling saya minat, yg lain tu suka juga, tapi kurang sikit๐๐
DeleteSejak PKP tak dpt nak gi Taman syurga ni..
ReplyDeleteCH suka dgn ustaz sheikh zainul asri.. Ada kuliah dhuha dgn kitab sheikh Di masjid negeri Shah Alam..
Mmg suka sulam dgn selawat bila bercakap..
Ini lah Cara skrg.. menadah ilmu melalui YouTube Kan Mah...
Alhamdulillah syukur kat tmpt CH dah mula Ada ceramah.. mengikut SOP KKM ..
Bestnya dpt peluang mendengar ilmu secara lansung dari sza tu CH, teringin nak dengar juga
DeleteKat surau kami utk muslimat belum ada lagi buat masa ni, tak taulah bila nak ada semula.
Wak suka ustaz abd somad
ReplyDeleteUstaz somad pun best juga wak.
DeleteSuami suka perdengarkan ceramah dari ustaz2 ni, sekurang2nya isterinya dapat dengar sama... ๐
ReplyDeleteWah bagus2x UA, sama2 mencari ilmu tu.
DeleteKAK SUKA DGR CERAMAH USTAZ KHAZIM, USTAZ BADIOZAMAN DLL
ReplyDeleteDorang pun best juga kak PI, pun banyak ilmu juga.
DeleteRamai ustaz yang hebat hebat kan kak. Terbaik semua ustaz ini. :D
ReplyDeleteSemua saya tak pernah dengar lagi. Biasa saya dengar ceramah Ustaz Syamsul Debat,Ustaz Abdullah Khairi dan Ustaz Don.
ReplyDelete