Asam Garam Kehidupan: Sarak ikan.

Pages

1 Sept 2020

Sarak ikan.

Ha..hari tu saya janji nak share resepi sarak. Jom sapa nak cuba.
*1kg ikan sardin/kembung diambil isinya.
*1/2 kelapa parut muda.
* 10 biji bawang merah dan 1" inci halia ditumbuk atau diblend kering.
*4 sudu besar cili kisar.
*1 sudu besar kerisik.
* 2 sudu besar rempah kari ikan.
*Garam dan gula secukup rasa.

Gaul semua sekali. Lepas tu dileperkan, kalau nak lagi pedas boleh campur dengan cili akar, potong halus2. Saya tak berapa makan pedas, sebab tu guna cili akar. 
camnilah bentuknya, dah siap kita kukus dalam setengah jam.
Boleh juga bungkus dalam daun pisang dan dibako camni. Patutnya bungkus bentuk cam bungkus nasi lemak tu, tapi tak pandaila pulak, lagi pun takde batang buluh nak buat penyepit untuk bako tu. So kita buat bentuk lepat camnilah, boleh bako guna panggang lejen ni. Bako camni rasanya jadi macam satar ye. 
Nilah dia sarak ikan. Boleh dimakan begitu saja,nak makan dengan nasi pun boleh. Tapi kami kat Teganung makan macam tu je buat sarapan ataupun minum petang. Takyah cicah apa2 lah ye sebab memang takde pencicah ye.

Selamat mencuba.

24 comments:

  1. Menarik. Orang Terengganu memang suka pelbagaikan kegunaan ikan.

    ReplyDelete
  2. teringat dekat satar, sedapnya..rindunya dekat terengganu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom roung2 teganung syaz, cuti deepavali ni

      Delete
  3. Dulu masa duk tengganu, merasa juga bendalah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh wak penah dok teganung ye, pandaila makan singgah cicah budu kan, hihi

      Delete
  4. mula-mula tengok tadi ingat kan biskut hehe :) macam sata juga ye rasanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, adoii..ada rupa biskut ye.
      Aah ada rasa satar bila dibakar.

      Delete
  5. sedapnya..dah secukup rasa, kari ada, kerisik ada, tapi kalau cicah sos keropok lekor pun best rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, mana ada cicah2 nohas, tapi apa salahnya nak try.

      Delete
  6. 1st time tengok nih,nampak sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap mamayan, cer try buat..kot2 kena dengan selera.

      Delete
  7. sedapni ...resepi dh ada bolehlah cuba

    ReplyDelete
  8. wahh makanan terengganu ya ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye cikSun, makanan org teganunglah tu.😁

      Delete
  9. wak pestaim dgr sarak ikan., biasa kopok lekor je wak tahu., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi wak makanan teganung, kadang saya pun bila balik teganung baru jupe semula, dah lama tinggal boleh lupa juga.

      Delete
  10. Nampak macam sedap je...tp malasnya nak buat. Rasa nak makan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdo dayo nak nolongla kalo maleh tu, haha..inipun masa agak rajin tu yg jadi.

      Delete
  11. First time dengar sarak ikan ni. Nampak sedap tu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pernah makan satar, lebih kurang tulah rasanya, cuma ni dikukus.

      Delete
  12. NA, awak punya tajuk tu Sarak @ Satar?

    Owhhh Sarak ni resepi yang sama,dengan Satar ikan ya

    ReplyDelete
  13. Sarak la UA.satar tu kena bako dlm daun pisang.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign