Asam Garam Kehidupan: Air asam roselle vs ulam raja.

Pages

20 Oct 2020

Air asam roselle vs ulam raja.

Allahu..malasnya nak menulis 2,3 hari kebelakang nih. Usahkan nak menulis nak bw lagilah tadak mood..hrmmmm..

Jom tengok menu ringkas jelah ye, ringkas tapi sedap👍👍..nak tau kena cuba buatlah ye.

Air asam roselle.
Air rebusan roselle.
Ikan bilis ditumbuk( nak taruk belacan lagi ummpp rasanya, cuma mokcik ni takleh makan belacan, resdung kuat )
Cili api sesuai selera pedas memasing., mokcik tumbuk je,,nak potong2 pun boleh.
Bawang merah satu kedua ulas pun ditumbuk.
Garam dan gula secukup rasa.
Bancuh semuanya, bolehla hidangkan dengan ulam2an dan ikan bakar/goreng.
Ulam raja dari kebun belakang. Ada ulam macam ni taknak masak sayur pun dah ok dah.
Menu ringkas sesuai dengan kemalasan yang sedang dialami oleh tuan badan...

22 comments:

  1. tak pernah lagi tau roselle bleh buat menu macam ni..selalu minum je..thanks share resepi ye,nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  2. Terbaik awak Na..

    Pelbagai menu terhasil dari rozelle..

    ReplyDelete
  3. rajin kreatif nor sediakan menu sedap tu

    ReplyDelete
  4. sedapnya ya Allah terliur! nanti dah ada mood nak bw, singgah blog baca ending cerpen tau hehe

    ReplyDelete
  5. Takpe. Memang ada ketika rajin jalan blog orang tapi malas tulis. Ada masa rajin tulis malas jalan.
    Harap rajin gunakan roselle.

    ReplyDelete
  6. Macam sedap air asam roselle. Makan nasi bertambah-tambah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sedap PH, bolehla ganti budu buat cicah ikan bakar😁

      Delete
  7. Terimakasih Azi banyak kongsi idea pasal rozel.Akak pun banyak tanam rozel sebelum ni buntu juga nak buat apa.Nak try juga buat air asam rozel nanti.Azi kalau nak simpan buat stok jus ,boleh jemur kelopak rozel tu.Nak minum curah air panas je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga kak, cuma skrg ni tak buat lagi sbb cuaca tak berapa panas.

      Delete
  8. banyak menu baharu dengan buah rozel yang saya pelajari dari sini, terima kasih banyak azi :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Terima kasih perkongsian idea ini. pernah tahu pun roselle boleh buat sambal.. tentu sedap rasanya...

    ReplyDelete
  10. Wsalam ustaz.
    Kalau ada roselle bolehla try buat. Sedap juga bertukar selera.

    ReplyDelete
  11. tengok ulam raja pown sedapp tuuh., ;p

    ReplyDelete
  12. Menu rare ni. Teringin pulak nak tahu apa rasa dia.

    ReplyDelete
  13. menyelerakan kak :)
    sekali sekala tukar dr mkn pedas, sgt menarik!

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign