Asam Garam Kehidupan: Berinai pula.

Pages

31 Oct 2020

Berinai pula.

Takpolah, nok wak guano,doh name gibuwi( gaveaway dalam bahasa teganu) main2 key, sambutang pun luo biase sungguhla..hihi..

Nanti ambo hubungi deh sape2 hok ambe berkenang nok wi sambal roselle tu.

Ni hah..kuku jari ibu jari tangan kiri ni dia punya garis halus hok separate isi dengan kuku tu key jadi putus. Bila makan ke, masok ke dia jadi pedih. Jadi bengkak sikit, tokleh jadi wey kalu biar gok dia jadi koho bengkok..ubatnya senang je dengan izin Allah jugalah ye dok.

Kita amik inai..petik daun je kita masukkan je dalam blender, masukkan sikit air and...zzzrrrrrrr...sampai halus.
Memang agak basah sebab kalu buh air sikit tokleh nok blend, nok tumbuk malas la plok, tapi takpe..kita tapis dengan penapis teh ke, penapis santan kr, nanti yang daunnya kita pakai kat jari, dah alang2 berinai kan, so 20, 20 jari kita berinai. Cuma jari yang bengkak tu kita letak banyak kali. Alhamdulillah dalam satu hari bengkak tu dah surut..

Air inai tu bolehla taruk kat kepala, kita inaikan rambut yang dah mula bersalju nih, biar jadi macam blond2 pulak key ala2 minah saleh tu..hihi..

Pagi ni, jari pun dah ok..so kita goreng bakwan sayur cicah sos roselle, lawan pulak  dengan teh O panas...Alhamdulillah..

20 comments:

  1. Oh ada tanam pokok inai ya.
    Sekarang saya tidak tahan pakai inai lama-lama sebab sejenis tidak boleh duduk diam. Tidak masa budak-budak gigih pakai 2-3 kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk paling rajin pun taruk 2x nak kasi lebih merahnya. Sbb dah blend banyak jadi sayang plak nak buang, sambil duduk2x tengok beruta tu bolehla tahan juga

      Delete
  2. NA, awak dok kg @ bandar? Macam2 ada, ha3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya orang kampung yg duk di bandarlla UA, sbb tu jiwa kampung tu tak lari, hihi

      Delete
  3. Azi...x pernah lagi akak tahu inai pun di kisar..hihi ada2 aje Azi ni buat inovasi,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak senang guna kak, tu yg jadi panjang akal.

      Delete
  4. Kira jadi ubat jugalah inai ni ye kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye PH, kalu kuku kena cekam tu elok sangat pakai.

      Delete
  5. Best tu pakai inai daun. boleh buat ubat juga ye. suka bau inai daun. Sekarang banyak orang jual inai ekpress je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, sedap bau dia. Akk yg ekspress tu akk tak suka, cepat naw pudarnya.

      Delete
  6. mak saya pun suka pakai inai. alhamdulillah sambutan menggalakkan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai inai ni sambil mengimbau kenangan pakai inai bersama arwah mak akk syaz😢

      Delete
  7. lawa inai di jari , ermm macam-macam boleh buat dengan rozel ni kan azimah, ingatkan buat jus dengan jem sahaja. MAcam stroberi gak ada yang jadikan sambal kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tulah, asalkan ada sikit kreativiti betul tak, hihi

      Delete
  8. wow jelita nor rambut merah berinai jari pun

    ReplyDelete
  9. Cantik.. mama suka pakai inai Daun warms lagi natural

    ReplyDelete
  10. Den pun suko berinai..
    Tapi guna yg tube beli kat Mekah Tu..
    Yg serbuk dah habis..
    Pokok inai pun tak Ada..

    ReplyDelete
  11. Saya last pkai inai waktu kawen 2 tahun lepas heheee ^_^

    ReplyDelete
  12. Cik TK pun suka pakai inai!! Bila2 terasa nak pakai tu pakai je. Last pakai beberapa bulan lepas masa PKP. Rupanya boleh jadi ubat juga ya inai ni..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign