Jomla kita buat sambal roselle plak nak. Mana tau boleh lawan sambal itam Pahang tu. Roselle ni dia punya masam takleh nak translet camane ntah..tahap gaban kot, tapi sure tinggi vitamin c dia kan. Roselle ni dia punya bentuk, dia punya warna bukan main cantik..Subhanallah..merah hati kaler dia tu nampak macam maniss je..
Ensomi nak tanam lagi tu, girang sangat agaknya hati tengok pokok tu berbuah, tapi makcik kata..cukup2la..penin pale makcik nak mengolahnya, takkan nak buangkan, sayang jugek.
Pikir punya pikir, punya pikir..makcik pun acu try buat sambal. Ala2 sambal itam Pahang kekdahnya.
Kita rebus bagi dia lembut. Roselle ni cepat lembut tau. Asingkan dari airnya. Airnya kita amik buat jus. Kelopak kita amik buat sambal. Ni rasa makcik ada la dalam semangkuk. Lebihnya makcik buat jem.
Ni adunan bawang besar dalam 3 labu, ikan bilis semangkuk, cili setengah mangkuk, garam secukup rasa. Kita goreng sampai garing.
Bila dah garing masukkan kelopak roselle tadi. Kita masak2 lagi sampai kering. Ikutlah nak kering camane, nak basah2 sikit ke..ikutlah selera memasing.
Tadaaa..dah siap. Rasa dia memang ada macam sambal itam tu juga. Belimbing buluh dengan roselle tu setara masmnya, sebab tu rasa dia cam lebih kurang je. Tapi makcik rasa lebih mudah, kalau belimbing tu lama nak kena rebus sampailah kecut jadi warna hitam..roselle ni kejap je rebus dah layu.
Rasa makcikla cam ada je angan2 nak buat perusahaan sambal roselle plak, haha..korang layanla angan2 makcik ni yek.
Ok itu guna buat macam-macam. Rasa mesti macam sambal hitam, warna roselle pun merah hati dan rebus mesti makin pekat warna.
ReplyDeleteSaya baca ok sahaja tiada bosan pasal roselle.
Teringin pula hendak rasa. Hehe.
Na nak rasa ye, in shaa Allah akk buat lagi, boleh post. Na bagi add kt email akk ye
DeleteBolehlah buat bisnes sambal hitam roselle
ReplyDeleteTulah wak, mcm teringin juga nak bisnes ni, wak tolong doa yek bagi saya kuat semangat sikit, hihi
Deletekalau akak buat bisnes tu, nanti saya ambikkan order dari staf ofis..hehe
ReplyDeleteWah, cam best ye ada yg ofer nak tolong ni, in shaa Allah bagi akk plan baik2 sikit. Kikiki
DeleteMolek sangat idea tu mokcik :p
ReplyDeleteOrang sekarang suka mencuba benda2 baru & rare.
Sy pun boleh jadi agent :p
Kan..betul juga tu, kita try benda rare mana tau ada rezeki mokcik ek, hihi
DeleteOh! Roselle boleh disambalkan. Interesting!
ReplyDeleteYa PH, sedap juga
Deletekreatif nor mesti sedap rasanya
ReplyDeleteKak PI suka makan pedas tak? Kalo boleh kak PI bagi alamat ke email saya, saya pos in shaa Allah.
DeleteNak acu try test bolet tak? 😀
ReplyDeleteAlamak, tuan sambal itam pahang dah bunyik, larikkk
Deleteboleh pelbagaikan produk guna roselle..boleh test market..bg jiran2, kwn2 rasa dulu..mesti ada permintaan..InshaaAllah..
ReplyDeleteAssalam Azi...akak pun banyak tanam rosel ,x pernah terfikir lak nk buat sambal.Akak nak try juga lah nanti,nak rasa mcm mana hasilnya.Terimakasih kongsi idea menu berasaskan rosel.
ReplyDeletewahh rare ni sambal roselle. Tak pernah tahu pun roselle boleh buat sambal selain jus dan jem. Boleh cuba buat ni kalau ada roselle.
ReplyDeletemenariknya..mesti sedap kan kak zimah :)
ReplyDeleteApa rasanya..mcm sedap
ReplyDeleteNmpk sedap pulak sambal Roselle Tu zimah..
ReplyDelete