Asam Garam Kehidupan: Cara Rasulullah menyantuni anaknya.

Pages

16 Nov 2020

Cara Rasulullah menyantuni anaknya.

Baginda memang seorang yang sangat penyayang kepada sesiapa saja, baginda tidak pernah marah jika orang menyakiti peribadi baginda, tapi bila ada orang melanggar hak Allah lihatlah wajahnya menjadi merah padam kerana kemarahannya.
Baginda menyantuni sesiapa saja, hatta terhadap pengemis berkudis yang makan bersama baginda. Terhadap orang lain begitu santunnya apatah lagi terhadap puteri kesayangan baginda saiditina Fatimah azzahrah buah hatinya. Sewaktu puteri baginda itu datang mengunjungi baginda, baginda bangun dari duduknya mendatanginya puterinya, menyalami dan mencium tangan puteri kesayangannya itu...alangkah indahnya..

Kita tidak mampu meniru baginda, agaknya kita ni kalau ada anak2 kita yang tinggal berjauhan datang ke< rumah kita, agaknya kita kata macam ni jer.." masuk le.." dan tak bangun pun dari duduk kita..sebab kita rasa anak kitalah yang sepatutnya memuliakan kita..
Perasan tak kawasan bersimen di belakang saya tu? Itu tempat Rasulullah meletakkan kepala baginda yang tercedera dalam peperangan Uhud, batu itu menjadi lembut sehingga meninggalkan kesan lekuk bekas kepala baginda. Tapi kerajaan Arab Saudi pagar kawasan tu dan letak simen bagi menutup kesan lekuk tu.

15 comments:

  1. Selalu anak yang akan ke ibu bapa dan cium tangan mereka.
    Renungan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tanda betapa kasihnya baginda kpd puteri baginda itu.

      Delete
  2. SUBHANALLAH MULIANYA ADAB RASULLULLAH

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Terima kasih atas entrynya.. brtapa indahnya akhlaq penghulu kami RAsulullah saw.. menjadi qudwah kepada kita semua. Moga kita semua berniat dan berazam serta berdoa untuk mengikuti semua perilaku baginda, yang sememangnya tidak mampu untuk diikuti sepenuhnya. Mudah-mudahan dapa sedikit pun jadilah. tidak dapat semua jangan tinggal semua..insyaAllah Jalla wa `Ala

    ReplyDelete
  4. indahnya akhlak Rasulullah..uswatun hasanah..

    ReplyDelete
  5. اللهم صل على سيدنا محمد⁦❤️⁩

    Allahu rindunya pd Nabi SAW..

    Terima Kasih kongsi info zimah.
    Julia sungguh akhlak baginda..
    Tak terikut oleh kitakan..

    ReplyDelete
  6. kenapa kerajaan saudi letak simen ye kak? takut orang tak bertanggungjawab puja ya?

    ReplyDelete
  7. Tulah alasan mereka, tapi mereka kan kuat wahabi, banyak kesan tinggalan rasulullah mereka nak buang, contoh macam rumah tempat lahir Rasulullah mereka nak robohkan, tapi tak boleh dirobohkan, last mereka buat jadi perpustakaan.

    ReplyDelete
  8. Indahnya akhlak Rasulullah saw..kak azimah

    ReplyDelete
  9. Rasullullah manusia yang paling hebat dan terbaik sebagai ikutan.

    ReplyDelete
  10. Suri tauladan sepanjang zaman..

    ReplyDelete
  11. Rasulullah S.A.W sebaik-baik contoh, menjadi ikutan ke arah kesempurnaan.

    ReplyDelete
  12. Tapi tulah, kadang2 mak ayah lupa anak pun ada perasaan juga

    ReplyDelete
  13. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^cc
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajopk.biz...^_~3:23 PM 15-Sep-20
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign