................😢😢
Segalanya berubah bila abah berkahwin lagi. Kasih sayang terutamanya. Kesenangan dan kemewahan memang tidak wujud sebelum itu lagi. Tapi sekurang2nya sebelum itu keluarga kecil kami bahagia. Antara yang kusimpan kemas dalam ingatan..sebelum itu abah penyayang, suka membawa pulang buah tangan, selalu bawa aku dan seorang adik lelakiku bersiar petang2, seorang didukung seorang dipimpin..pendek kata waktu itu abah memang seorang yang penyayang..
Bila abah membawa haluannya sendiri kami terbiar luka. Bagi anak berumur 8 tahun aku sudah mengerti duka ibuku. Dan aku rindu juga pada abah yang hilang..abah pulang malam setelah kami tidur, menjelang pagi sebelum bersarapan abah sudah ke destinasi hatinya yang baru, tiada lagi kemesraan, tiada lagi bahagia..
Dari sedih dan rindu menjadi jauh hati dan dendam...seiring berganjaknya usiaku..
Arwah ibuku mengambil keputusan membawa hati pulang ke kampung halaman tanpa putus ikatan perkahwinan. Tergantung..lama..hampir 20 tahun lebih, sepanjang tempoh itu seingatku abah hanya datang dalam tiga atau 4 kali saja bertemu kami.
Hanya pada tahun 2002 baru ibu dilepaskan kerana ibu nak menunaikan haji, kalau ada mahram ibu tak boleh pergi.
Bila ibu meninggal tahun 2011, aku mengharapkan abah sekurang2nya bertanya khabar, mengucap takziah, tunjukkan sedikit rasa sedih pada seorang perempuan yang pernah membahagiakan dia..tapi aku hanya mengharap, aku sedih..makin jauh hati, makin hilang rasa, hilang rasa bahawa aku masih ada seorang ayah..
Bukan hanya dengan abah, tapi terhadap anak2 dia pun aku menjadi jauh hati. Aku tak dapat merasakan yang mereka adalah adik2ku juga yang wajib kusambung silaturahim..
Bila abah meninggal aku lansung tidak merasa sedih. Tidak ada apa2 rasa. Tapi masih membawa rasa jauh hati kepada adik2 ku itu, apatah lagi bila aku secara berkias menanyakan soal warisan, mereka menyerangku tanpa hormat (dalam grup wasap yang aku buat sebagai grup adik beradik dengan harapan kami boleh berbaik2, akhirnya aku yang buat grup tu, aku yang left grup tu dengan perasaan konon aku menang).
Abah meninggal tahun 2017. Hubungan kami masih sedingin ais beku. Tapi entah kenapa jauh di sudut hati aku menderita...aku ingin bahagia bersama mereka, aku ingin buang dendam itu..tapi ego tetap ada..dibisikkan kenapa aku yang harus mengalah..akukan anak yang paling sulung, aku yang paling tua..sepatutnya mereka yang datang jumpa aku..perasaan2 itu membuatkan hatiku kian menderita..
Bila aku menunaikan umrah bulan februari lepas, antara yang tak putus2 aku minta ialah supaya aku mampu menerima mereka sebagai adik2ku, kurniakan kepadaku perasaan sayang, buangkan semua dendam yang ada di dadaku..
Mungkin berkat doa di tanah suci, bila suamiku mengajakku mengunjungi mereka aku mengalah. Bila bertemu aku peluk mereka erat2 dan waktu itu dapat kurasakan rasa dendam dan jauh hati itu sirna begitu saja. Begitu juga terhadap ibu tiriku, kini aku mampu memanggil dia 'mak'.. aku cium tangannya, aku peluk dia..aku cuba cungkil hikmah tersirat kenapa Allah takdirkan begini dalam kehidupan kami, mungkin kerana mak itu lebih mampu menjaga abah sewaktu abah sakit terlantar, mungkin aku dan adik2 seibuku tak mampu jaga abah apatah lagi ibuku lebih awal meninggalkan kami, dan sekarang aku ada keluarga yang lebih besar, masih ada kampung lain untuk kuziarahi nanti..ye..mungkin itu hikmahnya..
Lagipun sebelum ibuku meninggal dia memang pesan supaya kami berbaik2, pulang jumpa abah dan minta maaf...
"Ma..anakmu sudah memenuhi permintaanmu..terimakasih ya Allah atas kurniaMu yang besar ini.."
Semoga ibuku damai di sana. Ma..dalam tempoh 10 tahun ini, perasaan rindu ini masih menggebu..setiap hari anakmu tak lupa memanjatkan doa untuk kesejahteraanmu di sana. Suatu hari aku pasti menyusulmu di sana, suatu hari kita pasti bertemu..semoga kita disatukan di syurga Firdaus bersama2 dengan nabi Muhammad saw..in shaa Allah..
����
ReplyDeleteKini saya mengerti ❤️
Semoga roh ma kak azimah ditempatkan bersama para solihin..
Aamiiinn2x, trmkasih syaz
ReplyDeleteTerus hilang dendam. Alhamdulillah.
ReplyDeleteAlhamdulillah..kehendak Allah belaka.
Deletesedih pulak baca cerita akak pagi² ni... alhamdulillah semuanya dh bertaut kembali... al fatihah utk ma dan abah akak yg telah pergi
ReplyDeleteTrmkasih kakmim sudi baca cerita akk.
DeleteHari nilah genap 10 tahun pemergian ma akk.
semua yang terjadi ada hikmahnya ya kak... walaupun perit di telan tapi dengan izin yang Maha Esa semuanya boleh jadi semanis madu...
ReplyDeleteYa dana, mmg perit melalui hidup tanpa kasih sayang, padahal kita tengok dia beri kasih sayang itu pada org lain..
DeleteTapi Alhamdulillah semuanya dah berlalu.
sedih kisah nor seakan kisah kak juga
ReplyDeleteOh yeke kak, kita ada ujian masing2 kan
ReplyDeleteSetiap kita ada cerita sendiri.Keluarga suami akak juga lebih kurang saja dengan cerita Azi..cuma mak mertua akak bertahan tinggal di felda.Alhamdulilah setelah kini adek2 lain mak semua berhubung rapat sebab masing2 mak pun dah xde.
ReplyDeletesedih & geram dgr cerita Azi..tabah arwah Ma..semoga tenang rohnya di sana..
ReplyDeleteAlhamdulillah..silaturahim sama ibu & adik2 bertambah baik..semoga kepedihan masa lalu terubat..
Moga arwah ibu ayah kita tenang di sana kak :(
ReplyDeleteMudah-mudahan kedua-dua arwah ayah dan ibu tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
ReplyDeletekak ana dapat merasai kelukaan hati azi, alhamdulillah azi telah pun menyempurna kan permintaan arwah bonda, begitu jiwa dan hati kan azi, bila sampai waktunya dengan izinNya kita mampu menerima takdir dan yang paling indah adalah kemaafan. Alhamdulillah.
ReplyDeleteRindu tidak bertepi, samalah kita.. 😥
ReplyDeleteSaya ada seorang abang berlainan mak, alhamdulillah hubungan antara mak (selaku mak tiri) dan dia amat baik, semasa hidup, arwah mak tinggal pesanan, pembahagian tanah pusaka perlu diberikan kpdnya juga, kami adik beradik tunaikan amanah.
Sayangnya abg telah tinggalkan kami semua.
Ada pewaris, kami masih berhubung di alamaya, maklumlah jauh.
Rindu yg tiada penghujung nya Kan zimah..
ReplyDeleteKo lagi lama menanggung rindu..
Den yg baru 5 Tahun ini pun mcm baru smlm kehilangan...
Semoga Kita semua dihimpunkan bersama disyurga Firdausi. Aamiin YRA 🤲🏻❤️
Sedihnya baca. Nak mengalah..buang segala ego bukan senang nak buat. Tapi akan mampu akhirnya. Tahniah kak.
ReplyDeleteSedih baca kak NA. Faham perasaan orang yang ada broken famili. Tahniah untuk akak kerana terbuka hati memaafkan dan menerima keluarga walaupun dalam hati Allah saja yang tahu. Al-Fatihah untuk arwah mak kak NA. Wanita yang tabah memang diuji. Semoga mendapat balasan syurga
ReplyDeleteSaya tumpang sedih dengar cerita akak. Perjalanan hidup yang tak mudah. Alhamdulillah segalanya berubah. Dengan izin Allah, silaturahim bertambah erat. Semoga akak bahagia dan tenang tenang je. Aaaminn
ReplyDeleteAlfatihah buat arwah ayah dan ma akak.