Asam Garam Kehidupan: Cerita santai semalam.

Pages

21 Dec 2020

Cerita santai semalam.

Alhamdulillah, berjalan lancar semua. Pengantin lelaki tu anak sedaro belah ensomi, mudo laie tu baru 22, tapi dah sampai jodoh elokla kawen ajer ye dok
Umar Zikri dah boleh bawak dulang hantaran, budak darjah 5 tu dah lebih tinggi dari mak dio dah, sebab tu dah boleh harap bawak dulang hantaran. 
Pengantin lelaki diakad nikah oleh ayah mentuo sendiri. Kenduri pun kecil2an saja, takdo panggil ramai pun, mematuhi sop kan. Takpolah kan, yang penting akad nikah tu, tu yang wajib.
Selesai kenduri di kuala Pilah, bertolak ke Sendayan rumah adik ipar sebab ziarah MIL yang kurang sihat. Dah singgah ramai2 acara wajibnya semestinya makan lagi. Kenyang tak boleh bawak bincang weyh tapi tengok makanan tu nak juga makan lagi. 
Yang remaja2 lelaki tu semua anak sedara sebelah ensomi tu, dah besar panjang memasing.
Yang bertiga tu perempuan tu, dua orang kakak ipar, yang agak muda tu my beras macam kata Allahyarham PRamlee😁
Yang cendol tu kami singgah di gerai cendul D'Ulu Bendol, semalam cuaca agak panas, jadi nikmatlah weyh dapat cendol. Cendol beluluk atau cendol buah nipah pun ada selain cendol jagung, cendol campur, cendol durian. Cendol beluluk tu rm4 semangkuk.
Kat rumah adik ipar tu dia masak spegeti.Sorang lagi adik ipar beli ayam kepsi.. Yang tu tak memikat. Yang memikatnya tu steamboat tu..dapur steamboat baru bukak tu, beli kat shopee, sebelah buat steamboat, sebelahnya bakar itik panggang, cuma den ni bukanlah penggemar daging itik, sebab dia ada satu rasa pelik pado den lah. 
Pendek kato memang kenyang sungguh semalam, makan dengan sesungguh hatilah ibaratnya..berat nanang mung mokcik weiii..

Saja diabadikan di sini untuk kenangan.

13 comments:

  1. Oo boleh buat majlis juga ya...tpt akak buat masa ini belum ada lagi almaklum lah zon merah lagi.
    Sedapnya tengok makanan tu..tiba2 teringin pulak tekak akak nak minum cendol..huhuu mana nak cari ni.

    ReplyDelete
  2. Haha, tingin cendol plak ye, kak boleh buat sendiri kot, buat kasi pekat,lemak berkrim gituh

    ReplyDelete
  3. Kita baru beli daging itik salai sabtu lepas dan belajar masak, popalih sedak weyhhhh..

    ReplyDelete
  4. muda pengantinnya kak... hensem plak tu.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Mata tertancap pada alatan memanggang dan merebus itu. Seronok ini memasak cara begini.

    ReplyDelete
  6. Memang kenyang, balik kenduri g makan stimbot plak. Tahniah dapat ahli keluarga baru

    ReplyDelete
  7. SEDAPNYA CENDUL BELULUK TU

    ReplyDelete
  8. Lama tak minum air cendol. Ulu bendol zaman kecik Ado singgah mandi.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah Tahniah buat anak sedaro Azie :)

    ReplyDelete
  10. tahniah utk pengantin... bab makan-makan dana suka

    ReplyDelete
  11. Syurga makanan. Banyaknya juadah, best tau ada steamboat bagai tu kak Azimah. Selamat pengantin baru anak muda, semoga berbahagia hingga ke jannah. Amiin.

    ReplyDelete
  12. Tahniah buat mempelai.
    Semoga bahagia berpanjangan

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..sampai jodoh, kahwin yo lah kan. Tahniah pengantin. Sebut cendol D'Ulu Bendol tu teringin pulak ghaso :)

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign