Asam Garam Kehidupan: Terasa kehilangan.

Pages

17 Dec 2020

Terasa kehilangan.

Maaflah kawan2, saya kehilangan mood 3,4 hari ni. Nak kata sedih sangat tu tidaklah, nak kata tak sedih tu bohonglah juga. Hati ibu kan.
Dalam dok marah, kadang geram..tapi jauh di hujung hati tu perasaan kasih pada setiap anak yang berlainan wataknya tu tetap ada. Kalau marah tu kerana kasih, kalau geram pun kerana kasih, tetap ada doa dititipkan tak kira waktu, bila teringat tu segera mengharapkan Allah beri kepada mereka yang terbaik.
Anak yang ni dari segi kelebihan otaknya memang kurang dari abang dan kakaknya. Tak apa..Allah lebih tau, Maha Tau apa yang terbaik kepada hambaNya.. Tapi anak ni dekat di dalam hati ibu sebagai yang paling ringan tulang, mudah menghulurkan bantuan, mudah mengukir senyuman, kalau abah out station abah amanahkan dia untuk menjaga keselamatan di rumah..itu salah satu sebab ibu terasa ketiadaannya.
18 tahun tak pernah berpisah, mudah2an dia cepat belajar berdikari. Bertubi2 pesan dan ajaran ibu supaya dia dapat menguruskan diri dan meneruskan kehidupan sebagai pelajar di kampus IKM.( IKM Pekan, Pahang..buat masa ni itulah tempat dia menyambung pelajarannya dalam bidang kemahiran ) Sepatutnya dia masuk bulan Oktober lepas, tapi tertangguh disebabkan pkp. Jadi bila dah boleh rentas negeri dan dapat panggilan semula pada 13hb Disembar lepas, itupun kami pergi pada 15hb sebab tunggu result swab test, ..tak boleh lengah dah sebab kelas pun dah mula. Kami bertolak pagi selasa, sampai sana dalam pukul 1 tengahari, lepas zohor dalam pukul 2 dia dah join kawan pergi kelas.
2,3 hari ni ibu asyik menelefon dia tanya khabar dan pesan macam2 lagi.😅😅

Ya Allah..peliharalah anak kami ini, tetapkanlah imannya, jauhkan dia dari kejahatan dan kemungkaran, pertemukanlah dia dengan kawan2 yang baik supaya dia tidak terpengaruh dengan benda2 yang tidak elok di sisiMu..
Muhammad Hilman semoga kebaikan sentiasa bersama mu.
Aamiinn..

17 comments:

  1. Insyaallah Hilman boleh! Anak saya ni, kadang dia duduk rumah poengasuh masa kerja di ofis pun dah rindu kak..hanya ibubapa je faham seorang kerinduan ibubapa lain, semoga Allah permudahkan urusan dia ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya syaz, hanya ibu faham apa yg sorg ibu rasa..

      Delete
  2. alahaiii..
    insyaallah...dia boleh sesuaikan diri degnan kawan-kawan dan semoga dia jumpa dengan kawan-kawan yg baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah doa saya amie, takut dia terpengaruh dgn kawan2 yg tak elok, minta sangat dijauhkan.

      Delete
  3. Semoga menjadi pembantu ibu bapa di akhirat kelak.
    Semoga dipermudahkan pelajar di sana nanti.

    ReplyDelete
  4. Hati ibu memang begitu Azi.Akak ni anak dah kawen pun sentiasa ingat dan risau kan dia.InsyaAllah anak Azi akan baik2 je berkat doa ibu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak, semoga anak2 kita sentiasa dipandu ke jln kebaikan.

      Delete
  5. Insya Allah Hilman pandai jaga diri dirantauan..

    Erkk saya sorang ke ibu yang tiada perasaan? Disaat hantar anak jauh di mata, cam tiada apa2 berlaku sedangkan bapanya pernah menitiskan air mata selepas hantar anak.

    Ini anak nak balik cuti sekejappun minta je dok sana diam2 lagi2 dimusim gini, kita jaga kita.. kihkihkih..

    ReplyDelete
  6. 18 tahun tak pernah tinggal jauh memang lah terasa sangat kak... moga Hilman sentiasa dalam lindungan Nya di sana nanti, dapat kawan yang baik dan saling membantu...

    ini bukan anak yang nangis kat bucu katil mesti emaknya yang malam-malam nangis kat bucu katil ni, betul tak kak heheheh

    ReplyDelete
  7. Bila tak pernah berjauhan, begitulah rasanya. Lama lama dah terbiasa. Dah Sampai masanya Muhammad Hilman berdikari. Semoga Allah sentiasa melindungi Muhammad Hilman kat sana. Aaminn...

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah sentiasa dilindungi.
    Saya pun sebab Covid19 dapat la ambil anak dari asrama baru mula Tingkatan 1 nak berenggang. Jadi dapat la bersama-sama sementara tunggu masuk balik tahun depan.

    ReplyDelete
  9. BARU SAJA BERPISAH DAH MERINDU YA NOR INSYAA ALLAH ANAK TERSAYANG DLM LINDUNGAN ALLAH MENIMBA ILMU DEMI MASA DEPANNYA

    ReplyDelete
  10. InshaaAllah, berada dalam lindungan Allah...doa ibu sangat makbul..

    ReplyDelete
  11. mudah-mudahan baik-baik belaka kak azimah..
    Inshaa Allah doa ibu sebagai pengiring :)

    ReplyDelete
  12. Eza pulak nak menangis baca entry ni. Huwaaa homesickkk. Lama tak balik kampung halaman. Anak yang baik sentiasa didoakan dan dikenang selalu mak ayah. Semoga anak akak baik-baik sahaja di sana dan sentiasa sihat walafiat. Amiin.

    ReplyDelete
  13. Semoga Hilman dilindungi Allah dengan berkat doa si Ibu. Amin

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign