Tergoda betul tengok kat blog Amie pasal pokok ati-ati. Tapi sebelum tu lagi hati dah tergoda bila lalu lalang kat depan jiran tu, amboi tengok pokok ati2 dia kemain cantik la. Bila Amie citer pasal ati2 tambah naik semangat ni, so dengan muka tak malunya hari jumaat lepas mintak dengan jiran, haha..kami memang selalu tukar2 pokok bunga sebenarnya, jadi memang biasa je buat muka tak malu. Tengok ni dapat sejambak, letak air dalam bekas plastik, letak atas meja..kemain cantik kan.
Dah selamat disemai dalam pasu plastik. Tengok youtube katanya kena letak tempat teduh dulu dalam seminggu..senang citer bawak masuk dalam rumah dulu.
Ada 6 jenis semuanya.Pokok ati2 ni jenis pokok yang senang dijaga, nak tanam pun senang, guna keratan batang, cucuk je dalam tanah gembur. Juga perlukan cukup cahaya matahari, kena siram selalu, tapi tak tahan panas berlebihan. Cahaya yang mencukupi buatkan daun ati2 ni berwarna cantik. Rupanya boleh buat ubat juga, yang daunnya warna gelap, cuma tadi tak sempat dengar habis kat youtube tu sebab budak2 ngaji dah sampai.
Nanti minggu depan kita nak letak kat luar rumah pula.
Sy pun dah lama dok jeling2 pokok ati-ati jiran rumajmh hujung ni haha... Kecik-kecik dulu suka tanam pokok ati-ati ni, senang dijaga
ReplyDeleteKena buat muka tak malu mcm akk, hah..pi nurseri mesti mahal juga kan.
DeleteDulu akak ada juga tanam berbagai jenis ati2 ni tapi kurang penjagaan cepat lah mati.
ReplyDeleteYa petua orangtua dulu kata memang boleh buat ubat terutama utk semput...tapi akak tak ingat pulak buat camna .
Kenala rajin bila dah menanam2 ni kak, bila tak dibela tu merajuk la dia.
DeleteWahhhh cantik la depan rumah Azi minggu depan ni :)
ReplyDeleteTak tau nak susun camane dah kak, penuh dah laman tu, sampai kena marah dgn ensomi😂
DeleteHehe selamat menjaga pokok ati-ati.
ReplyDeleteYa NA..minat baru pula, puding, ros jepun dah ada.
DeleteYa Allah! Cantik-cantiknya koleksi ati-ati dia... Kalau dekat memang nak mengendeng minta pucuknya...kah! Encik Suami kata memang kena letak bawah tempat redup dulu biar pokok tu selesa dan berakar. Tiba-tiba saya gelak sendiri teringat suami tanam ati-ati dalam baldi!
ReplyDeleteYa cantik amie, terutama yg daun corak merah gelap tu, suka sangat.
DeleteBest dpt free je amie,hihi.
Dalam baldi pun comel tu, senang nak angkat, ada tangkai dia😁
Pokok ati2 ni senang tanam
ReplyDeletepakai kerat pucuk aje.
Cuma nak rajin siram dan prunning
Tq wak for the tips.
DeleteWarna warni laman nanti.
ReplyDeleteTu tak sabar nak tengok.
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
ReplyDeleteOh, saya teringatkan seuatu apabila melihat pokok ati-ati ni. Dulu-dulu arwah bonda banyak menanam pokok ini. Tanam di di dalam tin, letak atas para di hadapan rumah. sebak rasanya...
Al fatihah utk arwah mak ustaz ye
Deletesuka tengok pokok ni..pelbagai warna..
ReplyDeleteKan, Subhanallah..daun je tapi cantik
DeleteCantik ya warna dan rupa tanaman ati-ati .., ingin menaman juga rasanya untuk di rumahku.
ReplyDeleteAda ke pokok ati2 di sana Himawan? Pasti ada, cuma mgkin sebutannya berbeza
Deletesiap simpan dalam rumah lagi kak... mak dana tanam ati-ati takde lak letak tempat teduh kak... semua dia tanam pastu letak je tepi rumah macam biasa...
ReplyDeletemak dana peminat tegar ati-ati dan puding, dia ada pelbagai warna dan corak, selalu jugak offer kat dana, tapi dana tak minat pokok bunga takde bunga hehehhe
Pokok camnilah senang nak jaga dana, sebab tu akk tanam, akk tak mcm dana boleh tanam ros hidup cantik, kalau yg berbunga tu akk tanam yg senang hidup cam bunga butang, ros jepun..
DeleteSuka tengok daun pokok ati ati. Ada pelbagai corak dan warna. ralit tengok satu satu. Berkenan juga corak lawa lawa.
ReplyDeleteKan, coraknya bermacam2, daunnya pun banyak bentuk.
DeleteYa ampun..hari tungok tengok ati-ati amie dalam baldi. Ni kak pulak tunjuk koleksi..tak boleh jadi ni. Pernah tanam dulu 2 3 spesies tp dah arwah..rasa nak start semula tanam.
ReplyDeleteHihi..bolehla tanam lagi yaya, meriahkan laman rumah.
DeleteTak kena cubit dengan anak2 ke tu? Hihi.
ReplyDeleteCantiknya ati-ati, nanti semakin merimbun makin cantiklah cik ati ni. Hehe.
ReplyDeletePokok ati2 mmg cantik, tp tak tahan lama, kena rajin2 tanam lain dari masa ke semasa
ReplyDeleteseriusla kak azimah..cantik sgguh kak :)
ReplyDelete