Jumaat malam sabtu baru ni, kak Gie join yasin dan tahlil perdana di surau, masuk tahun ni dah 2 kali buat untuk Ma. Teringin juga buat kat rumah sendiri, tapi banyaklah kerja kena buat, takpalah.. buat kat surau ramai-ramai lagi meriah rasanya.
Tapi selepas subuh pagi ahad kak Gie tertidur, rasanya masih berwuduk, nak tau Lie, kak Gie mimpikan Ma. Dah lama tak mimpikan Ma. Kononnya dalam mimpi tu ada abah sekali, kat rumah Ma, tapi rumah yang belum renovate, bilik Ma, bilik mak Semah, bilik Cik, real sangat. Kak Gie pun belum kawin kononnya. Nak pinjam baju Ma, sebab baju kak Gie hilang, Ma bukak beg dia, cari-cari baju yang sesuai, tapi macam mimpi-mimpi sebelum ni, Ma tak bercakap, Cik je yang bercakap.
Tapi ini mimpi selepas subuh..
Tapi ada satu kisah nak cerita kat Lie. Masa tu rasanya baru dalam sebulan Ma pergi. Selepas maghrib kak Gie tengah siapkan makan malam. Tiba-tiba Kak Gie tercium bau wangi Downy botol merah yang Ma suka tu, kuat sangat baunya. Kak Gie rasa Ma yang datang, sebab kak Gie tak ada rasa takut pun. Memang kak Gie pun pakai Downy tu, tapi bila masuk bilik yang Ma tidur tu ( sekarang bilik kumpul baju sebelum dilipat ) bau wangi kat baju-baju tu taklah sekuat dan sewangi bau masa kak gie tengah masak tu..
Kak Gie rasa betul Ma datang, Lie rasa macamana?
No comments:
Post a Comment