Di hari Qiamat, akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam bernama 'Huraisy' berasal dari seekor anak kala jengking. Besarnya dari timur ke barat. Panjangnya pula seperti jarak antara langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya kepadanya, " Hai Huraisy, engkau hendak ke mana?" Huraisy pun menjawab, " Aku mahu mencari lima orang:
1. Orang yang meninggalkan sembahyang
2. Orang yang tidak mahu membayar zakat
3. Orang yang derhaka dengan ibubapa
4. Orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid
5. Orang yang suka minum arak.
Begitulah antara seksaan yang menunggu di akhirat bagi orang yang melakukan dosa seperti yang disebutkan seperti yang disebutkan oleh Huraisy. Oleh itu janganlah kita meringan-ringankan dosa seperti yang di sebutkan kerana kita memang tidak kan mampu menanggung balasan di Akhirat nanti.
No comments:
Post a Comment