Asam Garam Kehidupan: October 2013

Pages

30 Oct 2013

Yaumul Hisab.

Syafaat Nabi

Syafaat nabi Muhammad SAW di akhirat:

*   Meringankan penderitaan makhluk di padang mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
*   Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
*   Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman walau sebesar zarah dari neraka ( semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT ).

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70000 orang. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70000 orang yang lain. Setelah berjaya dihisab, manusia mula berjalan menuju syurga. Siratul Mustaqim ialah jambatan ( titian ) yang terbentang di bawahnya neraka.  Lebar titian ini adalah seperti sehalai rambut dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalan di sirat memakan masa 15000 tahun, 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada mahkluk yang melepasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan ada yang berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya kerana api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu.

Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya,999 orang lagi akan terjatuh ke dalam jurang neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin- karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al Tathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

29 Oct 2013

Gambaran Qiamat!!!..( moga memberi keinsafan )

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang Mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara, " Pergilah berjumpa dengan para nabi". Maka mereka pun pergi mencari para abi.  Pertama sekali sekumpulan manusia ini berjumpa dengan nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana nabi Adam as menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT.  Maka kumpulan manusia yang besar itu berjumpa dengan nabi Nuh as, Nabi Musa as, Nabi Isa as ( semuanya memberikan sebab seperti nabi Adam as ) dan akhirnya mereka berjumpa dengan nabi Muhammad SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan nabi yang lain adalah 1000 tahun perjalanan ( tak terbayang berapalah lamanya ).

Lalu berdolah baginda nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat sehingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu langit terbelah, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar ( besarnya sejarak perjalan 20000 tahun ) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga arasy itu tiba di bumi.

Arasy ialah jisim nurani berbentuk kubah ( bumbung bulat ) yang mempunyai 4 batang tiang  yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai 1000 bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan arasy yang juga dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz Kursi lebih kecil dari Arasy umpama cincin di tengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang erletak di hadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab Amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemilinya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga dipanggil pemiliknya untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat hafadzah/ Raqib dan Atid/ Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tandanya tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama sekali dihisab adalah umat nabi Muhammad SAW,  dan amalan yang pertama sekali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama sekali diputuskan adalah pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri bagp orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan dua daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammmad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan seluruh amalan buruknya akan ditimbang. Ketika dihisab mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak dalik dan hujah tipuan. Semua akan diadili oleh Allah SWT dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkan menyeberangi titian sirat.

Gambaran Hari Qiamat!!!

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala ( bentuknya seperti tanduk besar ) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail dan beberapa malaikat yang lain. Selepas itu Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya " Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keAgungannya, " Kepunyaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Ini menunjukkan Kebesaran dan KeagunganNya sebagai Tuhan Yang Maha Kuasa  lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil as dihidupkan semula, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar ( umpama padang Arafah ) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yang disebut, Ajbuz zanab, yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau semua manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan yang besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan ( bagi yang banyak amal ), berjalan kaki ( bagi yang kurang amalan ) dan berjalan dengan muka  ( bagi yang banyak dosa ). Ketika itu ibu akan lupakan anak,suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka sendiri.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat..

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik di hari  Qiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau dan gunung-ganang hancur dan sungai serta lautan menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung kepada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun!!!

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya, tidak akan haus buat selama-lamanya. Telaga ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada di bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1.  Pemimpin yang adil.
2.  Orang muda yang taat pada perintah Allah.
3.  Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
4.  Dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah.
5.  Lelaki yang diajak oleh wanita berzina , tetapi dia menolak dengan berkata" Aku takut pada Allah "
6.  Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi ( tidak diketahui orang ramai )
7.  Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Madah ku untuk aku

Adakalanya kesalahan itu membuatkan
seseorang itu membaiki diri
Tidak rasa bersalah itu
Boleh mendatangkan sombong diri
Itulah kesilapan yang tidak disedari.

27 Oct 2013

IMAM HAMBAL- Pengasas Mazhab Hambali.

Suatu ketika beliau bertemu dengan seorang lelaki yang sedang memberi makan seekor anjing. Ahmad lantas menghampirinya. Niatnya hanya satu- untuk mengutip hadis daripada lelaki tersebut, yang diketahuinya seorang perawi hadis.

Selesai memberi makan anjing itu, si perawi tersebut berkata, " Sebenarnya anjing ini mengekoriku kerana mengharapkan sedikit makanan. Aku merasa aku telah menyempurnakan tanggungjawabku kerana memberi anjing ini makan, sebab sabda Nabi, siapa yang memutuskan harapan orang yang mengharap, Allah akan memutuskan harapannya pada hari Qiamat."

Mendengar itu Ahmad berkata, " Hadis itu sudah cukup bagiku."

Beliau pun pulang ke Baghdad, daerah kelahirannya dengan rasa puas. Bukan saja puas kerana dapat menambah perbendaharaan hadisnya tetapi juga kerana dapat mengutip hadis daripada seorang perawi yang beramal dengan hadis yang diriwayatkannya.

Ini merupakan sekelumit daripada pengalaman Ahmad bin Muhammad bin Hambal, atau lebih dikenali dengan nama Ibnu Hambal atau Imam Hambal, dalam memenuhi cita-citanya untuk menjadi seorang alim sehingga membolehkan beliau mengasaskan satu mazhab. Sebagai seorang yang sangat cintakan ilmu pengetahuan, pengasas mazhab Hambali ini sanggup merantau dari setempat ke setempat untuk menimba ilmu. Beliau ke Madinah, Syam, Yaman, Kufah, Basrah dan Jazirah Arab lainnya.

Dalam perantauannya beliau pernah tidur di pondok buruk dengan hanya beralaskan tanah. Itu tidak menjadi hal baginya kerana yang penting beliau dapat meneruskan cita-citanya untuk menguasai ilmu. Lagipun beliau sudah biasa melalui liku-liku hidup susah.

Dilahirkan pada bulan Rabiul Awal tahun 164H, Imam Hambal kematian ayah sejak beliau kecil. Walaupun beliau merupakan cucu kepada gabenor di Sarkhas, Khurasan, ayahnya pulang ke Rahmatullah tanpa meninggalkan harta kecuali sebuah rumah kecil dan sebidang tanah kecil. Ibunya yang bertanggungjawab mendidik dan membesarkannya. Dan Imam Hambal sendiri terpaksa melakukan bermacam bentuk pekerjaan untuk menyara hidup keluarganya.

Imam Hambal mempunyai minat yang mendalam dalam ilmu Fekah dan Hadis. Itulah bidang penumpuannya. Gurunya yang pertama bernama Abu Yusuf  Yaakub bin Ibrahim. Kemudian beliau berguru pula dengan Husyaim bin Basyir Abu Khasim Al Wasiti. Daripada Husyaim, Imam Hambal memperolehi lebih daripada 3000 hadis.

Imam Hambal sangat kuat berpegang kepada Al Quran dan sunnah. Beliau menjadikan kedua-duanya sebagai rujukan dalam menentukan satu-satu hukum. Beliau juga berpegang kepada ijmak ulama dan qias.

Beliau sangat teliti dalam menerima hadis-hadis yang bersangkutan degan soal halal dan haram. Kata Imam Hambal,  " Apabila kami menerima hadis-hadis Rasulullah mengenai halal dan haram, sunnah dan hukum, kami teliti ia dengan cermat."

Ketegasan beliau dalam hal-hal seumpama ini sangat nyata. Beliau mewajibkan ke atas dirinya apa yang tidak diwajibkan kepada orang lain. Mazhab Hambali mewajibkan membasuh tangan bila bangun daripada tidur. Mazhab ini juga mewajibkan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk.

Bersambung..nantikan kisah hidup Imam Hambal seterusnya yang penuh dugaan dalam menggapai cita-citanya..

Ibnu Mas'ud doakan si pencuri.

Sekali peristiwa Ibnu Mas'ud pergi ke pasar untuk membeli bahan makanan. Ketika hendak membayar bahan yang dibelinya, didapati wang yang disimpan dalam poket jubahnya telah hilang dicuri. Lantas beliau berkata, " Sekejap tadi ketika aku tawar-menawar , wang itu masih ada..."

Orang ramai di sekelilingnya menyampuk sambil mengutuk orang yang mencuri wang itu," Ya Allah, potonglah tangan pencuri yang telah mencuri wang Ibnu Mas'ud ini."

Lalu segera Ibnu Mas'ud berkata, " Wahai Tuhan, kalaulah wang itu diambilnya kerana kehidupannya yang terdesak, berkati  sajalah. Tetapi kalau dicurinya kerana keberaniannya membuat dosa, semoga inilah dosanya yang terakhir.."

layan gambar lucu anak-anak

Tengokla tu, kopiah senget..


Dah mengantuk sangat, atas meja pun jadi (meja untuk mengaji tu, boleh je buat tidur ye )

Ni Umar Zikri, umur menjelang setahun, semua tempat dia nak explore, ni dalam rak tv....

26 Oct 2013

MADAH UNTUK WANITA.

Bunga selalunya cantik tapi mudah layu
Tunggul kayu tidak  menarik, tapi tahan lama
Begitulah kebaikan, selalunya tidak dapat berterusan
Tapi kejahatan itu selalunya berlarutan.

Manusia yang selalu berubah ialah kaum wanita
Sebab jiwanya lemah, fikirannya cetek
Sebab itu sikapnya selalu mengecewakan
Kecuali wanita yang beriman.

Jarang berhimpun pada seseorang wanita
sifat-sifat cantik, cerdik, berani, setia dan terdidik.

Cerewet seorang isteri itu boleh memcepatkan
Kepala suaminya beruban...:)

Cantik seorang wanita itu bukan pada rupanya
Tapi pada sifat malunya.



tq google


25 Oct 2013

Diolog dengan ahli kubur.Saidina Ali k

Saidina Ali k.w dan Said bin Al Musaiyid telah memasuki tanah perkuburan di Madinah. Setelah berada di tanah perkuburan itu Saidina Ali pun berseru:

" Wahai ahli kubur, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, adakah kamu ingin menyampaikan sesuatu berita kepada kami atau kami perlu menyampaikan sesuatu berita kepada kamu?"

Tiba-tiba mereka terdengar suara salah seorang daripada ahli  kubur itu;

" Waalaikum mussalam warahmatullahi wabarakatuh, wahai Amirul Mukminin, khabarkanlah kepada kami apa-apa yang terjadi selepas pemergian kami,"

Lalu Saidina Ali k.w melanjutkan perbicaraannya, " Adapun isteri-isteri yang kamu tinggalkan dahulu telahpun bersuami, harta-harta kamu telah dibahagi-bahgikan, anak-anak kamu telah dikumpulkan dalam jemaah anak-anak yatim dan bangunan=bangunan yang tekah kamu dirikan dahulu kini telah diduduki oleh musuh-musuh kamu." 

Maka ahli kubur itu menceritakan pula perihal yang telah terjadi ke atas diri mereka, " Telah koyak-rabak kain-kain kafan kami, telah berserakan rambut-rambut kami, telah putus-putus kulit-kulit kami dan telah mengalir nanah serta danur daripada hidung kami. Tetapi segala yang telah kami tinggalkan dahulu, telahpun kami perolehi semula di sini. Di samping itu, apa-apa yang kami terlambat ( lalai ) telah merugikan kami. Kita semua adalah tergadai!" 

Perbualan di antara orang-orang yang masih hidup dengan ahli kubur bukanlah suatu perkara yang pelik. Ia adalah tradisi orang-orang soleh dan sering terjadi di antara para nabi, orang soleh dan wali Allah dengan ahli kubur atau makhluk ghaib. Ini menunjukkan bahawa mereka mendapat pimpinan dan bantuan daripada Allah untuk memimpin umat di dunia.

Fahami hikmah ujian..

Setiap takdir Tuhan ke atas kita, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran.Kita harus kenal diri kita adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan tidak ada apa-apa. Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campur tangan ( boleh kah kita minta nak cantik, nak handsom, nak putih, nak begini, nak begitu, ..tidak ada lansung...) Keputusan untuk mencipta diri kita sendiri pun semuanya dibuat oleh Tuhan. Tuhan jugalah yang memberikan kita daya usaha, fikiran dan perasaan. Lantaran itu, apabila Tuhan timpakan suatu kesusahan  ke atas diri kita, inilah peluang untuk kita sedar bahawa diri kita adalah hamba yang lemah dan tidak punya kuasa apa-apa. Mungkin selama ini kita berkuasa, rasa mampu dan rasa boleh, sehingga kita lupa untuk bergantung dan berharap padaNya.

Mari kita cuba fahami hikmah ujian Tuhan ke atas diri kita:

1. Kalau Tuhan sekali-sekala sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik dari Tuhan.  Antara maksud-maksud baik dari Tuhan ialah Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita. Dia mahu kita ingat-ingatkan kesalahan diri kita dan membaikinya serta bertaubat. Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati. Dia juga mahu kita bergantung dan berharap padaNya.

2. Kalau Tuhan sekali-sekala miskinkan kita, tentu ada maksud pendidkan juga. Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dan tentunya Dia mahu kita meneliti semula segala tindak-tanduk kita, apakah kita sudah melakukan apa-apa kesalahan yang menyebabkan Tuhan tidak membantu kita.

3. Begitu juga apabila sekali-sekala dihinakan. Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat kita di sisiNya.

4. Apabila berhadapan dengan ujian waktu itu akan terserlahlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam diri kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi aka terasa dan terserlah apabila kita tertekan. Penyakit-penyakit inilah yang membuatkan kita tension. Bila tension, barulah kita tahu diri kita siapa. Kalau sebelum ini kita nampak lembut, bila tension kita boleh jadi marah-marah tak tentu pasal.. Kalau sebelum ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar batasan.

Pendek kata , segala sesuatu yang ditimpakan ke atas kita adalah untuk kebaikan diri kita. Dia mahu mendidik agar kita kembali kepadaNya sebagai hamba yang diredhaiNya. Dengan itu kita kan selamat dari kemurkaanNya. Hendaklah kita pandai menerima ketentuan dan takdir Tuhan secara positif supaya hati kita tenang dan kita juga mendapat hasil yang positif daripadanya. Bermunajatlah...." Tuhan, Kau beri ujian ini untuk Kau berikan kepadaku pahala sabar. Kalau aku sabar, bukan sahaja aku akan mendapat ganjaran di sisiMu, tetapi yang lebih penting aku dapat mendekatkan diri kepadaMU. Berikanlah aku kekuatan kerana tanpa campur tangan dariMu aku bukanlah siapa-siapa Tuhan, aku lemah...bantulah aku selalu...."

* Ahlan wasahlan buat sahabat baru saya Tetamu Istimewa, terimakasih kerana sudi berukhwah dengan saya, semoga kita sama-sama mendapat manfaat di dunia dan Akhirat, amin.*

23 Oct 2013

HATI MUKMIN 1.

Kalau diuji oleh Allah, hati mukmin sabar dan redha. Bahkan tenang dengan ujian. Dia bersangka baik dengan Allah bahawa ujian adalah untuk penghapusan dosa atau peningkatan darjat oleh Allah. Tidaklah orang mukmin itu mengeluh dan mengadu-ngadu serta marah-marah terhadap ujian yang datang sama ada difitnah, ditohmah, disakiti, ditimpa bencana atau apa pun jua. Ia sedar itu semua daripada Allah, dan Allah bermaksud baik dengan ujian itu. Maka ia hanya mengadu dan mengharap pada Allah sahaja:  

Apakah manusia mengira ia akan dibiarkan saja mengatakan kami telah beriman sedang mereka belum diuji?
                             ( Al Ankabut: 2 )

Dengan ini hati mukmin apabila diuji bertambah imannya.

Almarhum Guruku.

22 Oct 2013

dengarlah doaku....

- Tuhan! Setiap doaku Engkau dengarlah....
* Tuhan memang mendengar setiap rintihan hambaNya. Cuma kadang-kadang engkau sendiri yang tidak rasa yang Tuhan sentiasa mendengar apa saja yang terlintas di hati dan fikiran engkau.

- Setiap permintaanku Engkau terimalah dengan redha. Setiap rintihanku dengan sebab dosa, hapuskanlah dosaku. Penderitaan jiwaku memang dosa, kasihanilah aku.
* Tuhan memang menerima setiap permintaan hambaNya. Doa itu senjata orang mukmin. Tuhan sangat suka mendengar rintihan hambaNya, terutama hambaNya yang berdosa. Ia bagaikan nyanyian seorang kekasih terhadap orang yang dikasihinya. Tetapi pastikan engkau bertaubat atas dosa-dosamu dahulu. Kemudian lakukanlah sedekah untuk menebus kembali kesalahan yang telah dilakukan.

_ Setiap kesungguhanku bermujahadah Engkau kiralah walaupun aku lemah, memanglah hambaMu ini lemah, maafkan aku. Kelemahan itu memang sifat hamba. Di sinilah dengan rahmatMu aku memohon keampunan dariMu, atau setidak-tidaknya Engkau gugurkanlah dosa-dosaku....
* Tuhan sangat mengambil kira tentang hambaNya. Setiap zarah kebaikan akan dihitung. Begitu juga setiap zarah kejahatan turut dihitung. Kesungguhan engkau bermujahadah, berhempas-pulas dengan nafsu yang rakus dan ganas, Allah tau dan akan menilai semua itu. Jika kita mengaku diri kia lemah, itulah sifat kehambaan namanya. Disitulah letak kasih-sayang Tuhan. Dia mahu kita rasakan kita tidak punya apa-apa, tidak ada kuasa apa-apa. Semuanya berjalan atas kehendakNya jua. Sesungguhnya Allah Pengampun lagi Maha Penyayang. Dosa dengan Tuhan mudah bagi Dia untuk ampunkan etapi dosa sesama manusia mesti diselesaikan di dunia lagi.
* Sepatutnya kita merintih bersungguh-sungguh atas dosa-dosa yang dilakukan. Terutama dosa batin kita yang amat banyak. Menangislah seperti orang-orang soleh zaman dahulu. Engkau patut irihati pada mereka yang merintih terhadap Tuhan sehingga adakalanya hati mereka seolah-olah terbakar oleh takutnya pada Tuhan. Mereka merasakan kebaikan yang dilakukan adalah milik Tuhan dan berlaku kebaikan itu dengan izinNya jua.

- Tuhan, pimpinlah daku selalu kerana kehidupan di dunia selalu sahaja menipu. Kalau Engkau tidak pimpin aku, tidak ada ertinya hidup ini. Dan kecundanglah aku di sana nanti.
* Allah akan menjadi pemimpin bagi orang yang bertaqwa. Dia akan ajarkan berbagai ilmu jika engkau mengejar taqwa. Taqwa itu ialah engkau kekalkan rasa berTuhan dan rasa kehambaan di dalam jiwamu setiap ketika walau di mana jua. Engkau akan dipimpin Tuhan menuju jalanNya dalam mencari keredhaanNya di dunia dan Akhirat.

21 Oct 2013

MUQARRABIN ITU...

Orang Muqarrabin itu (orang yang mendekatkan diri kepada Tuhan )
gembira dengan kesusahan
dukacita dengan kesenangan
Kesusahan menambah
dekat hati
dengan Tuhan
Kesenangan
takut-takut merenggangkan
hati dari Tuhan.

19 Oct 2013

PILIHLAH ANTARA DUA JALAN

Di hadapan kita ada dua jalan, pilihlah!
Satu ke syurga, satu lagi ke neraka
Kedua-duanya itu jelas, tidak ada kesamarannya
Terpulanglah kepada kita memilihnya
Jalan ke syurga ditabur orang dengan duri,
batu kerikil, ranjau-ranjau yang menyusahkan...

Jalan ke neraka dihampar orang dengan permaidani indah
di kiri kanan jalan ada gedung mewah, kedai-kedai makanan yang lazat rasanya
melihat sahaja sudah menggiurkan
dialu-alukan pula oleh gadis-gadis cantik
melambai-lambai kedatangan kita
mengiringi perjalanan kita

Sedangkan jalan ke syurga tidak ada makanan di kiri kanannya
Jauh sekali gadis-gadis manis mengalu-alukan
apa yang ada hutan kiri dan kanan
Tidak ada satupun menarik dan mengembirakan

Perlu diingat ia telah diberitahu
Di hujung jalan, gaung neraka yang dalam, yang mengerikan
yang menyeksakan..
Siapa menempuh jalan itu pasti terjatuh ke gaung neraka yang menakutkan!

Di hujung jalan ke syurga pun telah diberitakan
ada taman yang indah, istana mewah
Makanan-makanan lazat
Gadis-gadis cantik yang menunggunya
Siapa menempuh jalan ke syurga 
menderita dahulu, senang kemudian
Siapa menempuh jalan ke neraka
senang dahulu, menderita kemudian

Pilihlah mana satu
Kedua-dua jalan terbentang di hadapan kehidupan kita
Kedua-dua jalan sangat jelas
tidak ada kesamarannya
Terpulanglah kepada kita, pilihlah mana yang kita suka...

Khusyuk itu...

Khusyuk ialah rasa rasa di hati
terhadap Allah SWT
seperti rasa Allah itu Maha Hebat
Maha Agung, Maha Berkuasa
Maha Perkasa, Maha Gagah
Maha Penyantun, Maha Lemah-lembut
Maha Pemurah, Maha Pemaaf
dan sebagainya
Khusyuk juga termasuk
merasa malu, merasa hina
merasa berdosa, merasa lemah
rasa diri dhoif dan bergantung harap
sepenuhnya kepada Allah SWT.

17 Oct 2013

Madah untuk panduan hidupku..

Antara tanda-tanda hati telah rosak ialah
selalu menderita dengan dunia
seperti bersedih kerana miskin
susah hati apabila orang mengata
mendrita tidak dapat pangkat
dukacita suami tidak melayan kehendak hati
Tetapi dengan dosa dan akhirat
tidak rasa menderita.

16 Oct 2013

HARGA SETEGUK AIR.

Pada suatu hari Ibnu Samak hadir dalam majlis khalifah Harun Al Rashid, kebetulan baginda kehausan lalu meminta semangkuk air untuk diminum. Sebelum air itu baginda minum, beranyalah Ibnu," Ya Amirul Mukminin! Kalau sekiranya tidak ada airlain, hanya ini saja, sedang orang lain tidak mahu mrnyerahkannya kalau tidak dibeli, berapakah akan paduka bayar?"

Harun Al Rashid menjawab," Biar separuh kekayaanku,"

Baginda pun minum, dan sehabis minum, Ibnu Samak bertanya lagi, " Jika air yang telah paduka minum itu tidak mahu keluar dari tubuh paduka, berapa pula akan paduka bayar?"

Serta-merta baginda menjawab," Biar habis seluruh kekuasaanku dan kekayaanku ini buat membayar, asal keluar kembali daripada tubuhku,"

Menyahut Ibnu Samak, " Kalau demikian, ya Amirul Mukminin, apalah yang paduka megahkan sangat dengan kerajaan yang luas ini, kalau harganya tidak lebih daripada segelas air najis yang mesti keluar daripada tubuh paduka?"

Yang patut diberi keutamaan.

" Siapakah orang mukmin yang paling cerdik? Sabda Rasulullah ( orang yang paling cerdik ) ialah orang yang banyak ingatkan mati
                                                                         (Ibnu Majah)


Siapa tak setuju bahawa kita patut beri keutamaan kepada urusan-urusan Akhirat?

....mati boleh datang bila-bila masa sahaja. Dan kalaulah terjadi dalam keadaan kita belum jalankan tugas yang diamanahkan, kita akan menderita selama-lamanya. Sedangkan untuk dunia..kalau hari ini belum selesai, esok boleh sambung lagi. Kecuaiana tentang urusan dunia tidak akan mengakibatkan rugi yang panjang.

Tapi kalau kerana dunia kita tangguhkan sembahyang, tiba-tiba kita mati sebelum sembahyang. Akibat meninggalkan sembahyang dengan sengaja ialah 40 tahun masuk neraka...

Ataupun duit yang kita simpan untuk hari tua, kalau sempat tua.....

Apalah salahnya harta yang bertimbun tu diinfakkan sedikit ke jalan Allah, untung di dunia dan InsyaAllah jadi saham di Akhirat...

Madah untukku...untuk aku menilai diri..

" Bila malas melakukan ibadah
Tanda kita telah dibelenggu dosa
Bila sembahyang tidak khusyuk
Tanda hati terpaut dengan dunia "


14 Oct 2013

DOA ARAFAH



Umat islam di sunatkan membaca 'Doa Hari Arafah' walau di mana pun mereka berada. Satu-satunya doa dimakbulkan Allah SWT pada masa dan tempat tertentu adalah padang Arafah iaitu hari kesemua jemaah haji berkumpul di Padang Arafah, simbolik dan lambang Padang Mahsyar.

Waktunya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah. Berdoalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah SWT dan hak menunaikan adalah hak Allah jua.

Nabi Muhammad bersabda, " Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah." ( HR At Tirmidzi disahihkan Al Albani )

Doa Arafah bukan sahaja baik baik dibaca oleh jemaah haji pada hari Arafah, tetapi disunatkan juga kepada seluruh umat Islam walaupun tidak berada di Padang Arafah.

DOA ARAFAH

( Bahasa Melayu )


" Ya Allah, wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang memberi, wahai Yang Paling Baik dari semua yang diharap, wahai Yang Paling Pengasih dari segala yang mengasihi.

Ya, Allah, sampaikanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang terdahulu, sampaikan selawat ke Nabi Muhammad dan keluarganya yang kemudiannya, sampaikanlah selawat ke atas nabi Muhammad dan keluarganya yang berada di dalam kafilah para malaikat, sampaikanlah selawat ke atas nabi Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para Rasul.

Ya Allah, kurniakanlah kepada nabi Muhammad dan keluarganya wasilah, keutamaan, kemuliaan dan darjat yang tertinggi.

Ya Allah bahawasanya daku mempercayai nabi Muhammad SAW, dan daku belum pernah melihatnya, maka jangan halangi aku melihatnya pada hari kiamat. Anugerahkan kepadaku supaya dapat berdekatan dengannya. Matikan daku dalam agamanya. Berilah daku minuman dari telaganya, minuman yang segar yang tiada lagi dahaga selamanya dan sesudahnya. Sesungguhnya Dikau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah, bahawasanya daku mempercayai nabi Muhammad SAW dan daku belum pernah melihatnya. Maka perkenalkanlah padaku wajahnya di syurga.




Mengorbankan perasaan, satu jihad..

Macam berat je..ya..tajuk dah berat..nak buat lagi berat..takpe..baca je dulu, moga difaham-fahamkan olehNya.

Perasaan merupakan fitrah atau tabiat semulajadi manusia, bukan senang hendak diasuh, dididik, didisiplinkan kerana perasaan itu ada yang positif dan ada yang positif. Yang positif hendaklah dilepaskan, yang negatif hendak ditahan. Hmmm...macamana tu?

Mengorbankan perasaan, amat susah hendak dilakukan. Sungguh perit dan sakit. Sungguh tercabar dan menyusahkan. Contohnya begini..Kita marah kepada seseorang, perasaan marah itu adalah negatif. Bolehkah kita korbankan perasaan marah itu hingga kita boleh memberi maaf kepada orang itu. Sanggup memberi maaf atau meminta maaf ertinya kita sanggup mengorbankan perasaan ego atau sombong kita.

Contoh lain, kita sayang sangat dengan harta kita, perasaan sayang tu sebenarnya positif jika kena pada tempatnya. Tetapi sayang harta ( duit ) itu kita korbankan dengan cara harta kita itu kita infakkan kepada jalan Allah. Perasaan sayang itu sudah tentu menyeksakan kita.

Lebih lanjut lagi contohnya tentang mengorbankan perasaan seperti kita diuji dengan berbagai-bagai ujian..miskin, kemalangan, sakit, diturunkan pangkat..sudah tentulah hati kita susah. Kalau kita tidak boleh menahan atau mengorbankan perasaan kita, sudah tentu kita akan keluh-kesah, risau, fikiran berserabut hingga memberi kesan di sudut kehidupan kita yang lain. Tapi kalau kita sanggup mengorbankan perasaan kita, akan timbul ketenangan, fikiran menjadi stabil, kerja-kerja lain juga tidak terganggu. Tapi memang tak mudah, kerana jalan ke syurga itu penuh onak yang menyakitkan.

Oleh itu mengorbankan perasaan adalah rahsia segala kebaikan. Dari mengorbankan perasaan itu lahir kasih-sayang, kesabaran, lahir simpati, lahir pembelaan, bertolong bantu, lahir ukhwah, lahir redha. Maka kerana itu, mengorbankan perasaan itu adalah satu jihad, kerana di situ nafsu terpaksa dilawan. Jihad melawan nafsu itu adalah lebih berat dan lebih besar daripada jihad di medan .

Mengorbankan perasaan itu amat perlu dilakukan. Kalau perasaan tidak sanggup dikorbankan, sifat sabar tidak akan dapat dimiliki. Apatah lagi sifat redha. Tidak sanggup mengorbankan perasaan kita akan jadi pemarah. Tidak sanggup mengorbankan perasaan, tolak ansur tidak akan wujud. Begitulah besarnya erti mengorbankan perasaan dalam kehidupan. 

Oleh itu mintalah selalu kepada Tuhan agar kita mampu mengorbankan perasaan demi menagih redhaNya kepada kita.





Nak hilangkan ngantuk lepas subuh..

Hari ni kebanyakan sekolah bercuti sempena Aidil Adha esok. Anak-anakku kembali menyambung tidur selepas selesai solat subuh. Akupun..kalau ikutkan nafsu tidur..rasa nak tumbang balik dengan telekung..tak boleh jadi..

Hari ni InsyaAllah banyak kerja nak diselesaikan. Sementara tunggu hari agak cerah baiklah update blog dulu, sambil blogwalking juga..haaa..cerahpun biji mata..hilang ngantuk..

Malam ni kakak sampai dari Kuala Terengganu, mestilah nak masak spesial sikit, boleh juga sekali round masak untuk untuk raya esok. Rasanya raya ni tak ke mana-mana, macam tak sempat. Suami ada beritau tak jadi balik Rembau ( kampung suami, kakak ipar ajak balik juga, tak tahulah, masa agak suntuk ). Hmmm..kalau camtu, bolehlah ajak Faris dan Fairus datang ke rumah, sekali boleh ziarah pusara Ma, rasanya diorang dah lama tak ke sana.

Cadangnya nak buat nasi himpit kuah kacang, lawan dengan rendang ayam, nak masak spageti kesukaan kakak. Sempat ke? Banyak juga kerja lain nak kena settle ni..InsyaAllah kot...?
Rendang ayam kena masak lebih sikit, boleh bekalkan untuk abang yang nak balik asrama petang esok. Rabu dia dah sekolah, Alhamdulillah sempatlah juga diorang dua beradik berjumpa.

Di kesempatan ini izinkan saya menghulur salam, mohon kemaafan jika ada antara apa yang nukilkan di laman ini bisa mengguris perasaan sesama kita, jika apa yang saya tulis sangat mengikut nafsu jahat saya..apa yang baik itu datangnya dari Dia, yang lemah dan jahat itu dari saya sendiri. Ampun maaf semua. Salam Aidil Adha.

13 Oct 2013

Daging korban..saksi rinduku buat Ma..

Akhir tahun 2010 aku ada terasa hati dengan Ma, sebabnya Ma kata anakku nakal, memang anakku yang nombor dua tu agak nakal..ku akui..tapi bila keluar dari mulut Ma, rasa macam jauh hati pulak..( memang tak sepatutnya aku berperasaan begitu, menyesal sangat...)

Tapi macam selalu, seperti sebelum-sebelum itu, Ma simpan juga daging korban untuk aku. Cuti sekolah bulan 3 ( kalau tak silap  ) aku keraskan hati taknak balik rumah Ma. Aku merajuk dengan Ma. Cuma bila cuti pertengahan tahun 2011, akhir bulan 5 barulah aku mengajak suamiku pulang ke Terengganu. Ma tahu aku kecil hati dengannya, jadi dia lebih banyak mendiamkan diri, tidak seperti selalunya, ceria dan bergelak ketawa menyambut kepulangan kami. 

Cuma bila aku menunjukkan yang aku sudah tak kecil hati padanya, barulah Ma ceria kembali. Kami sempat bawa Ma ke Tasik Kenyir. Bila kami nak balik Ma dan chik nak ikut, Ma kata nak masak nasi minyak lauk daging korban yang dia simpan sekian lama untuk aku tu...

Tapi rupanya daging korban tu bukan rezeki aku.. 

Tertinggal..nak packing awal-awal macam barang-barang lain, tentulah tak boleh. Dah separuh jalan baru aku teringat. Ma nampak terkilan sangat, lama dia terdiam. Bagi mengubat kekecewaan Ma, aku katakan akan beli daging lain dan kami akan masak sama-sama di rumahku.

Itulah antara kenangan terindahku bersama Ma. Wajah Ma, senyum Ma, suara Ma, segalanya tentang Ma masih masih sangat jelas di mata dan tersimpan kemas di hatiku. Dalam doaku tak putus ku meminta kesejahteraan buat Ma di sana..bersama hamba-hambaNya yang diredhai..




12 Oct 2013

Entah bila direzekikan..

Selang beberapa hari lagi umat Islam akan meraikan kedatangan Aidil Adha. Aidil Adha, hari raya haji atau hari raya korban..salah satu hari yang penuh kebesaran dan kemuliaan dalam Islam.

Siapa yang tak pernah kenal Siti Hajar, si ibu tabah yang ditinggalkan bersama si kecil Ismail di padang pasir tandus, atau mungkinkah ada yang tak pernah terbaca kisah pengorbanan seorang ayah dan si anak yang begitu taat pada Tuhannya, sanggup menyembelih dan disembelih demi menjalanankan sebuah perintah....

Mungkinkah ada yang tidak pernah menyimpan hasrat untuk ke sana? Sedangkan yang sudah berkunjung masih menyimpan rindu dendam...

Aku juga ingin ke sana Ya Allah..ingin kusaksikan dengan mataku sendiri lautan manusia tawaf di Baitullah, ingin kutatap sendiri Baitullah yang agung itu, ingin ku kucup hajar aswad yang katanya menyimpan haruman syurga, ingin berlarian anak antara Safa dan Marwah, menziarahi syuhada di Lembah Baqi', beriktikaf di mihrab Masjid Nabawi, berkumpul di Arafah..tempat pertemuan Adam dan Hawa di dunia, ingin melontar jumrah daan segalanya yang berkaitan dengan Rukun haji, yang aku sendiri masih amat jahil tentangnya...

Bilakah agaknya aku direzekikan ya Allah? Biadapnya aku sebagai hamba..sepatutnya aku tidak bertanya begitu, sepatutnya aku berusaha mengumpul keperluan untuk ke sana, dan sambil itu seharusnya aku meminta-minta penuh harap sebagai layaknya seorang hamba yang hina..ampunkan aku Tuhan, dan kasihanilah aku..moga suatu waktu yang penuh bahagia itu Kau rezekikan jua buatku, amin.


* salam ukhwah buat teman baru schaze zainn- moga persahabatan di alam maya ini berkekalan hingga ke Jannah *




11 Oct 2013

Didikan Aneh..tapi Berkesan.

Saya nak kongsikan bagaimana tuk-tuk guru dulu-dulu mendidik anak murid mereka. Luar biasa dan pelik. Sekarang kalau ada tuk guru yang begitu, mungkin orang akan kata tuk guru tu dah tak betul. Sebab apa yang dibuatnya susah nak diterima oleh akal yang waras.

Seorang tuan guru yang bernama Tuan Guru Haji Hussein yang melarang keras anak muridnya merokok. Jika beliau terjumpa puntung rokok, maka dipanggilnyalah semua anak muridnya, disuruh ambil tali, diikat pada puntung rokok dan ditarik beramai-ramai untuk dibuang....

Tentu lebih munasabah kalau beliau ambil saja puntung rokok itu dan membuangnya. Tetapi beliau ada maksud lain, iaitu biarlah muridnya terdidik dengan sikapnya itu sehingga benar-benar dapat meninggalkan tabiat merokok...

Seorang lagi tok guru yang tak asing namanya, Tuk Kenali..pernah dipanggil makan kenduri ke sebuah rumah. Maka Tuk Kenali pun bersiap-siap untuk pergi. Tapi yang hairannya, beliau pergi ikut jalan dalam sawah. Bila terjumpa kubang kerbau, beliau masuk ke dalamnya sehingga habislah baju beliau dipenuhi lumpur. Beliau pun balik. Bila ditanya kenapa bajunya berlumpur, dijawab oleh Tuk Kenali yang beliau baru balik daripada makan kenduri di rumah kerbau. Rupa-rupanya tuan rumah itu orang yang tak sembahyang. Jadi maksud tersiratnya orang yang tak sembahyang itu samalah macam kerbau..

Begitulah adanya..tuk-tuk guru seperti ini didikan yang dibuat itu sangat berkesan pada murid dan masyarakat.

* harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama*



Tuk Kenali- didikan aneh yang berkesan tapi berkesan terhadap anak murid dan masyarakat.

10 Oct 2013

Zunnun Al-Misri..antara kalah dan menang...

--mari kita hayati antara kalah dan menang pertarungan hatinya--

Zunnun terus gagah memperjuangkan kalimah tauhid di bumi Nubian. Pengetahuan dan pengalamannya yang luas membantu beliau. Zunnun tidak hirau pada cercaan dan penghinaan orang terhadapnya. Zunnun tidak hirau pada ugutan sang pendengki. Pesanan daripada ahlisufi yang ditemuinya dijadikan azimat perjuangannya: Hendaklah engkau sabar dan tabah hati menghadapi semua itu.

Memang sudah menjadi sunnatullah, pejuang kebenaran itu pasti ditentang hebat oleh musuhnya. Zunnun Al-Misri telah difitnah sehingga mengakibatkan pihak pemerintah menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya.

Diriwayatkan bahawa sebuah kapal yang membawa sekumpulan alim-ulama telah karam. Seorang anak murid Zunnun bertanya kepadanya. Zunnun berkata," Itulah kapal yang membawa orang-orang fasiq." Rupa-rupanya kumpulan alim ulama itu mahu membuat pengaduan kepada pemerintah mengenai Zunnun.

Ketika Zunnun menjalani hukuman penjara, seorang saudara perempuannya membawakan makanan dan menyerahkannya kepada penjaga penjara supaya disampaikan kepada Zunnun. Zunnun tidak menyentuh makanan itu, " Aku tahu makanan itu halal,tetapi ia sampai kepadaku melalui tangan orang yang zalim."

Diceritakan bahawa Zunnun Al-Misri mempunyai seorang anak perempuan. Pada satu hari, mereka dianugerahkan hidangan makanan dari langit. Begitu juga pada hari-hari seterusnya. Setelah 12 tahun menghadapi keadaan demikian , terdetik di hati Zunnun bahawa pemberian rezeki itu adalah kerana kelebihannya yang tekun beribadah.

Selang beberapa hari selepas diganggu perasan itu, anak perempuannya meninggal dunia. Dan selepas itu, Zunnun tidak lagi beroleh kurniaan rezeki yang selalu diterimanya. Fahamlah Zunnun bahawa kedatangan rezeki dari langit itu adalah kerana berkat anak perempuannya, bukan kerana keteunannya beribadah.

Di penghujung hayatnya Zunnun Al-Misri jatuh sakit. Kata Zunnun kepada seorang murid setianya: " Aku ingin tahu waktu kematianku. Takutku pada Allah telah menyebabkan aku jatuh sakit. Rinduku hendak bertemu denganNya telah membakarku. Dan cintaku kepadaNya telah membunuhku dan menghidupkanku."

Tidak lama berselang, Zunnun Al-Misri pun dijemput pulang ke kampung abadi, membawa sekeping hati yang penuh cinta terhadap Penciptanya.

9 Oct 2013

On -off lagi..

Hari ni ingatkan Umar Zikri dah betul-betul ok, sebab semalam sampai 6 kali mintak nasi ( saya pun macam tak caya, tapi mungkin kerana tak lalu dengan susu, suruh makan biskut, roti..taknak..dia kata tak kenyang ), rupa-rupanya belum lagi. Ubat demam pulak tak bawak, cuma sebelum pergi kerja tu dah bagi antibiotik. Pagi kat tadika, seronok je dia main, berlari-lari, gelak-gelak..menjelang tengahari tengok dia dah lain macam, panas dah naik balik.

Dalam kereta jiran, semasa perjalanan balik ( saya tumpang jiran betul-betul sebelah rumah, jiran tu kerja di JPN ), Umar Zikri muntah, nasib baik dah stand by dengan plastik, nampaknya esok kena cuti lagilah, sampai dia betul-betul ok. Jumaat kena jugak pergi, ada function kat tadika..Birthday party untuk anak-anak yang lahir dari bulan julai hingga oktober. Harap-harap dia betul-betul sembuh menjelang jumaat ni, amin..

Zunnun Al-Misri-tinggalkan uzlah, dekati masyarakat

--kita sambung kisah Zunnun--

Di pertengahan jalan pulang,Zunnun Al-Misri bertemu lagi dengan seorang ahli sufi. Ahli sufi itu tahu akan namanya walhal tidak pernah Zunnun bertemu dengannya, apa lagi mngenalinya.

" Bagaimana tuan tahu nama saya?"

Ahli sufi itu senyum seraya menjawab," Dengan mengenal cinta orang yang kita cintai,"

Zunnun berhenti seketika, dan mereka berbual. Berlakulah soal-jawab di antara Zunnun dan ahli sufi itu. Banyak kemusykilan Zunnun terjawab di situ.

"Sebelum kamu pergi aku ingin berpesan, beruzlah daripada manusia merupakan perkara mudah. Tetapi mengajak manusia kepada agama dan menyeru mereka supaya kembali menyembah Allah itu adalah suatu kewajiban. Hendaklah engkau sabar dan tabah hati menghadapi semua itu. Engkau serahkan dirimu kepada Allah."

Zunnun terdiam. Dia melihat ke dalam dirinya. Di luar kesedarannya, dia telah mengabaikan tugas yang lebih utama daripada segala tugas yang diperbuatnya selama hayatnya.

Zunnun meninjau kehidupan masyarakat sekitarnya. Mereka sudah jauh menyimpang dari landasan agama tauhid, dijajah oleh kejahilan yang maha hebat. Dan alim ulama tidak lagi memainkan peranan memperbaiki kehancuran yang terlalu ketara itu. sebilangan besar daripada mereka lebih suka menggunakan agama untuk memenuhkan tembolok semata-mata.

Zunnun bertolak pulang ke Nubian dengan tekad dan cita-cita baru. Dia mahu membasuh najis-najis kemungkaran yang kian tebal menyalut kehidupan manusia. Hanya dengan menanam kembali ilmu dan kesedaran ke hati-hati umat, kejahilan yang bermaharajalela akan dapat dibendung. Dan perlahan-lahan ia membawa kepada pembinaan masyarakat baru. Zunnun berjuang gigih untuk menjayakan cita-citanya itu.

---ada lagi sambungannya, sabar... tunggu yea--

8 Oct 2013

Zunnun Al- Misri...siapa tu?

Tidak dapat dipastikan dengan tepat sejarah awalnya. Namun yang jelas lukisan potret hidupnya memberitahu bahawa Zunnun Al-Misri seorang sufi yang zahid.

Berasal dari daerah Nubian yang terletak di antara Sudan dan Mesir, Zunnun banyak menghabiskan umurnya dengan bermusafir dari satu tempat ke satu tempat. Persinggahannya ialah daerah-daerah kediaman syeikh-syeikh tareqat dan ahli-ahli sufi. Daripada mereka Zunnun memperkayakan pengetahuan tasawuf dan kesufiannya.

Zunnun Al-Misri gemar menyisihkan diri daripada kesibukan manusia ramai. Hidup bersendirian di tempat-tempat tertentu. Dalam persulukannya itu, beliau berusaha gigih memperbaiki dirinya dan meletakkan kecintaan semata-mata untuk Allah. Kemudian beliau bermusafir lagi.

Suatu ketika Zunnun singgah di sebuah kampung. Sedang beliau berehat meredakan kepenatan, terdengar oleh riuh-rendah suara orang ramai sedang bersuka ria. Terbit keinginan di hatinya untuk mengetahui apakah yang sedang berlaku. Lantas Zunnun bertanya kepada seorang lelaki yang ditemuinya. 

" Orang ramai sedang bermain rebana," jawab lelaki itu. Sebentar Zunnun mendengar pula suara ratap tangis yang datang dari sebuah rumah.

" Kenapa mereka menangis?" tanya Zunnun lagi.
" Di dalam rumah itu ada kematian,"

Raut wajah Zunnun Al-Misri serta-merta berubah. Ada sesuatu yang tidak berkenan di hatinya. Zunnun segera mengambil bungkusan pakaiannya dan mahu memulakan perjalanannya lagi. Sebelum meninggalkan tempat itu, Zunnun berkata:

" Aku tidak sudi bermalam di tempat yang mana penduduknya apabila mendapat nikmat mereka bersuka-ria, dan apabila mendapat ujian atau kecelakaan mereka meratap dan mengeluh."

Zunnun bermusafir ke Lubnan. Sudah menjadi kebiasaannya, beliau akan mencari kediaman syeikh-syeikh tareqat dan ahli-ahli sufi. Zunnun bergaul mesra dengan mereka, menambah pengetahuan dan pengalamannya. Hasil dari itu, kemahirannya dalam membicarakan hal-hal kerohanian kian menyerlah.

Zunnun tidak terus bermastautin di Lubnan. Beliau bermusafir lagi sehingga ke Jabbal Muttaqam. Beliau bertemu dengan seorang syeikh tareqat yang telah lanjut usianya. Zunnun mengambil keputusan untuk tinggal bersama syeikh tersebut. Empat puluh hari Zunnun menumpang di rumah syeikh itu. Sepanjang tempoh itu Zunnun mendapat banyak pengalaman baru.

Suatu ketika Zunnun bertemu dengan seekor burung hantu yang buta matanya sedang bertenggek di atas dahan pokok. Burung itu turun ke tanah dan mematuk-matuh tanah, sebentar selepas itu, muncul dua buah bejana di tempat yang dipatuk oleh burung hantu tersebut. Sebuah bejana berisi bijian, manakala sebuah lagi berisi air. Selepas makan bijian yang tersedia, burung hantu itu minum air di bejana kedua.

Kejadian aneh itu menanamkan keyakinan yang sungguh-sungguh di hati Zunnun Al-Misri bahawa Allah Maha Pemurah lagi Maha Hebat. Rezeki hamba-hambanya sudah sedia diatur, meskipun rezeki hanya untuk seekor burung hantu yang buta... Subhanallah...Dia tidak akan membiarkan hamba-hambaNya mati kelaparan. Cuma hamba-hambaNya sahaja yang tidak tahu berterima kasih. Allah menyatakan hala ini di dalam firmanNya: " Sedikit sahaja daripada hamba-hambaKu yang bersyukur."

Zunnun terus bermusafir. Pengajaran yang diperolehi daripada burung hantu itu menjadikan beliau tidak lagi memikirkan rezekinya. Selagi ada nafas, rezeki tidak akan putus. Cuma yang pentingnya usaha dan ikhtiar. Selebihnya berserahlah kepada Allah. Setelah sekian lama memgembara dan merantau, mendalami selok-belok ilmu tasawuf dan jalan-jalan menyempurnakan taqwa, Zunnun membuat keputusan untuk kembali ke Mesir. 

---apakah yang terjadi seterusnya? Tunggu yea----

Allah sayang.....

Umar Zikri demam sejak hari jumaat lepas, demamnya on-off, on-off, tapi malam tadi suhunya dah mencapai 39c, panas sangat, sampai mata pun berair, kena juga bawa ke klinik ambik antibiotik, tak maunya ok dengan ubat demam biasa. Malam tadi tengah tidur dalam pukul 4, terdengar suara dia merengek.." panas, panas "...eh, tak kurang juga panasnya walaupun dah makan antibiotik,... muntah...keluar air kuning. Sebelum tidur tu pun dah muntah, habis semua yang dimakan keluar. Umar Zikri walaupun demam, Alhamdulillah masih nak makan, harap-harap hari ni demamnya beransur sembuh, dah dua hari cuti ni.

Teringat kenangan demam anak sulung dulu. Masa tu masih takde pengalaman menghadapi anak demam. Umur kakak masa tu baru mencecah setahun. Demam panas, kami ingat dia sejuk sebab nampak dia menggigil, so..pakaikan baju sejuk, selimutkan, tidur celah-celah kami. Paginya sedang pakaikan baju dia, tiba-tiba dia kejang, mata terbeliak ke atas, menjerit saya, suami pun tengah bersiap nak pergi kerja, menggelabah betul kami. Masa tu belum beli kereta, terpaksa minta tolong jiran depan rumah ( kami duduk flat masa tu ). Minta tolong bawa kami ke hospital, bang Din pun terpaksa cuti hari tu ( terima kasih bang Din, moga kebaikan bang Din Allah balas di Akhirat nanti ).

Dalam kereta, keadaan kakak masih tak berubah, malah naik biru kukunya, sampai di hospital Kajang, terus masuk emergency, doktor buka semua baju rendam dalam air berais, saya tak boleh tahan hati lagi, menangis mendudu-dudu..

Dalam wad nurse dan doktor pun ceritalah...anak demam panas kena buat camni, camni...ooo..begitu..baru tau..ingatkan dia sejuk.. rupanya dia panas dalam. Anak sulung saya tu memang dah kena sawan, tapi Alhamdulillah tak effect kat otak dia.

Untuk Farah dan bakal ibu-ibu lain, tips bila anak demam panas:

1. Buka semua baju, kecuali pampers
2. Lapkan seluruh badan dengan air.
3. Letakkan tuala basah di kepala dan di celah ketiak.
4. Banyakkan bagi minum air kosong ( air barli sangat berkesan turunkan panas dalam, tapi saya pun terlupa nak buatkan untuk Umar Zikri kali ni, hu hu..)
5. Sentiasa bersedia dengan ubat untuk masuk melalui punggung, sebab semasa tidur malam, panas mudah naik mendadak, ubat ni cepat turunkan panas.
6. Doa.


"Ya Allah, aku yakin setiap yang Kau uji itu adalah penghapusan dosa buatku, dan tanda kasih-sayangMu buat anakku, sesungguhnya aku telah berusaha mengikut kemampuanku, tetapi tetaplah Engkau jua yang menyembuhkannya, Ya Allah, tolong sembuhkanlah anakku.."

7 Oct 2013

Diolog di celah perang..." AJARKAN SAYA ISLAM"

Keluarbiasaan strategi dan pergerakan Saidina Khalid Al Walid di medan perang telah mengkagumkan para panglima Rom dan komandan pasukannya. Sewaktu peperangan berhenti seketika, salah seorang daripada mereka yang bernama Georgius telah mengundang Saidina Khalid menemuinya.

Apabila bertemu, panglima Rom itu berkata: " Tuan Khalid, jujurlah anda kepadaku, jangan berbohong. Sebab orang merdeka tidak berbohong. "

" Apakah Allah telah menurunkan sebilah pedang kepada Nabi anda dari langit, lalu pedang itu diberikannya kepada anda, hingga setiap anda hunuskannya terhadap musuh, pedang itu pasti akan membinasakannya?"

Saidina Khalid menjawab, " Oh, tidak!"

Georgius bertanya," Tapi kenapa anda digelar Pedang Allah?"

Jawab Saidina Khalid," Sesungguhnya Allah telah mengutus Rasulnya kepada kami, sebahagian kami ada yang membenarkannya dan sebahagian mendustakannya. Aku termasuk orang yang mendustakannya, sehingga akhirnya Allah menjadikan hatiku menerima Islam dan memberi petunjuk kepada kami melalui Rasulnya, lalu kami berjanji setia kepadanya.."

" Kemudian Rasul mendoakana aku: Engkau adalah pedang Allah di antara sekian banyak pedangnya, demikianlah maka aku digelar Pedang Allah,"

Georgius bertanya lagi, " Apakah yang diserunya kepada anda?"

" Kepada mentauhidkan Allah dan kepada Islam."

" Apakah orang-orang yang masuk Islam sekarang akan mendapat pahala dan ganjaran seperti anda juga?"

" Memang, bahkan lebih..."

" Bagaimana jadi begitu, sedangkan anda lebih dahulu memeluk Islam?"

" Kerana sesungguhnya kami telah hidup bersama Rasulullah SAW, kami telah melihat tanda-tanda kerasulan dan mukjizatnya dan sewajarnyalah bagi setiap orang yang telah melihat seperti yang kami lihat dan mendengar seperti apa yang kami dengar, akan masuk Islam dengan mudah... Adapun anda, orang yang belum pernah melihat dan mendengarnya, lalu anda beriman kepada yang Ghaib, maka pahala anda lebih berlipat ganda besar, bila anda membenarkan Allah dengan hati ikhlas serta niat yang suci."

Panglima Rom itu mendekati Saidina Khalid seraya berkata, " " Ajarkanlah saya Islam wahai Khalid.."

Apabila peperangan disambung semula, kelihatanlah Georgius berperang di pihak Islam. Dan dia bermati-matian berjuang menuntut syahid, sehingga ia mencapainya dan berbahagia mendapatkannya....

* Subhanallah...apabila Allah berkehendak.....*
* Tak lupa, terimakasih dan ahlan wasahlan buat teman-teman baru- permata raz dan ummialya, semoga ukhwah kita berkekalan hingga ke Jannah, amin...*

6 Oct 2013

Rokok Oh Rokok....

Hari ni saya nak cakap pasal rokok. Hmm..berat juga ni, mesti ada yang marah-marah nanti, takpe.. marahlah, yang penting saya kena 'bercakap' juga demi Allah dan Rasul.

Kenapa merokok, apa yang best sangat merokok ni? Tak dapat rokok tak boleh buat kerja, tak pekena rokok tak datang idea untuk menulis. Pelik kan? Pelik la..masa puasa boleh pulak tahan tak  merokok, tapi yang parahnya dengar azan, berbuka dengan rokok dulu. Adik saya, adala datang berbuka puasa aritu, lepas berbuka agak-agak patut, dia keluar, ingatkan ke surau, rupanya cari port nak merokok. Dia hormat kat saya sebab saya memang tak suka rokok.

Saya taknak cakap pasal pembaziran ke, pasal bahaya merokok ke..sebab saya yakin ramai yang dah terlebih maklum, tapi saya nak kaitkan hubungan rokok ni dengan Allah, macam mana tu?

Kita tau rokok ni sebenarnya ciptaan siapakan, ciptaan Yahudi untuk merosakkan umat Islam. Rokok ciptaan Yahudi sangat membuatkan umat Islam terputus hubungan dengan Allah. Sejak kecil lagi anak-anak yang merokok berjaya diputuskan dengan rasa tauhid pada Allah. Takut pada mak ayah, guru sanggup menyorok-nyorok sekira-kira tiada siapa yang melihat. Hilang tauhid Allah Maha Melihat, lupa pada malaikat di kanan dan kiri bahu mereka. Hilang rasa berTuhan, hilang rasa hamba. Maka kalau dengan Tuhan pun sudah hilang rasa takut, adakah selain Tuhan yang mereka akan takut?

Memang sukar nak menghilangkan ketagihan merokok ni. Tak ramai pun yang cuba berhenti merokok, kononnya tak haram macam najis dadah, tapi yakinlah..sesuatu yang boleh memutuskan hati kita dengan Allah sangatlah merugikan kita di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat, agak-agaknya kalau rokok ni ada zaman Rasulullah dulu, Baginda hisab tak? Kita tau jawabannya kan...

Jadi, boleh tak berhenti merokok?

* Alhamdulillah, larling saya tak merokok....memang saya sangat minta dengan Allah agar dipertemukan jodoh dengan orang yang tak merokok *




5 Oct 2013

Putusnya HATI dengan Allah & Nabi

Ada lapan perkara tumpuan dalam protokol ke-10 Yahudi. Song, Sex, Smoke, Sport, Fun, Female, Fashion, Food.

Melalui protokol ke-10, Yahudi merancang dengan teliti, bagaimana hubungan hati orang Islam dengan Allah dan dengan Nabinya berjaya diputuskan. Golongan remaja adalah sasaran utama mereka.

Song (nyanyian); lagu dan muzik yang melalaikan tidak payah diterangkan lagi.

Sebab itu umat Islam perlu usahakan sebanyak mungkin lagu-lagu yang memuja dan membesarkan Allah sebagai jalan keluar daripada masalah ini.

Apa yang menyedihkan, lagu-lagu yang berunsur keTuhanan dan Islam juga banyak terpengaruh dengan pendekatan Yahudi iaitu berlakunya pemujaan wanita dan lelaki lembut atau lelaki yang hilang kelakian mereka.

Remajalah yang banyak terpengaruh, terlibat dan terjebak dengan nyayian yang melalaikan sehingga hati dan perasaan mereka terputus dengan Allah.

Sex; sek haram sangat ditaja oleh Yahudi.

Umat Islam perlu promosikan seks halal iaitu perkahwinan yang mudah dan ringkas. Kemudian isteri mestilah taat setaat taatnya kepada suami teruatama dalam layanan seks.

Berbangga-bangga dengan majlis perkahwinan yang mewah dan meriah adalah antara acara tajaan Yahudi.

Hasilnya umat Islam berbangga dengan majlis perkahwinan bukan dengan perkahwinan itu sendiri.

Bayangkan, persiapan untuk majlis perkahwinan dibuat bertahun-tahun. Sedangkan majlis hanya berjalan 2-3 hari sahaja.

Sebaliknya kursus untuk pasangan layak berkahwin hanya dibuat beberapa hari, kadang-kadang sehari sahaja! Hanya dengan kursus sesingkat itu diharapkan pasangan akan kekal ke anak cucu1?

Budaya masyarakat yang berbangga dengan majlis perkahwinan, bukan pernikahan itu sendiri menjadikan ramai remaja yang terjebak dengan seks haram.

Sepatutnya, orang Islam mudahkan anak-anak mereka berkahwin, bukan menyusah-nyusahkan.

Perkahwinan yang berkat, ialah yang paling mudah dan ringkas!

Smoke (rokok, dadah lebih lagilah); lumrah umat Islam merokok di mana-mana, termasuk di surau dan masjid. Orang yang bersuara lantang menentang Yahudi pun merokok. Yahudi ada dalam poket masing-masing.

Rokok, dadah telah disasarkan kepada remaja. Menjelang cuti sekolah nanti, kita akan melihat anak-anak sekolah rendah berbangga dan bergaya-gaya dengan rokok. Kononnya bila dah pandai merokok, baru dikatakan "up to date". Remaja perempuan juga tidak ketinggalan.

Adakah mana-mana gerakkan Islam atau kelompok umat Islam yang serius menangani gejala rokok di kalangan remaja khususnya? Rasanya belum ada kecuali pengikut Ustaz Ashaari.

Hanya sanya dulunya jemaah Al Arqam sahaja yang sangat terkenal tidak merokok. Bila mereka komited sahaja, rokok pun dapat ditinggalkan.

Kini generasi anak-anak mereka, nampaknya sudah bocor. Ramai di kalangan remajanya telah merokok.

Sebenarnya Yahudi tidak pernah senang hati selagi ada orang Islam yang berjaya membenteras gelaja rokok, khususnya di kalangan remaja!

Fahaman Wahabi yang kononnya sangat berpegang Al Quran dan Hadis, malah mereka mendakwa aqidah merekalah yang paling tepat, itu pun tidak dapat membenteras gelaja rokok.

Bila rokok, dadah jadi kerinduan, maka hati pun terputus dengan Allah. Inilah tujuan Yahudi.

Bukan ilmu aqidah yang mau dilupuskan dari umat Islam, tetapi hati yang hendak diputuskan dari Tuhan.

Sport (sukan); memang terbukti sangat melalaikan lalu Allah dilupakan. 

Bola sebiji di tengah padang boleh mengheret puluhan ribu anak muda Islam lupakan Tuhan. Kenyataan, tak perlu dinafikan dengan macam-macam alasan. Itu dalam stadium. Depan kaca tv?

Seluruh produk sukan yang dianjurkan oleh dunia hari ini adalah agenda Yahudi.

Tidak ada satu pun sukan yang membesarkan Allah dan Rasul. Golongan mana yang paling ramai terlibat, tetaplah remaja!

Fun (hiburan); segala bentuk hiburan dan pesta dianjurkan agar umat Islam ikut sama lalai dan berbuat maksiat.

Kalau pun ada golongan yang memprotes atas nama semangat Islam, protesnya juga ikut kaedah Yahudi, iaitu dengan cara tunjuk perasaan. Kalau pun konsert berjaya dibatalkan, remaja yang terlibat semakin liar dan keras hati. Apa kesannnya, Yahudi menang dari semua arah.

Hiburan Islam perlu digalakkan dan diberi ruang seluas-luasnya demi masa depan remaja dan umat Islam akan datang.

Jika hiburan Islam disekat dan dihalang, maka hakikatnya kerja-kerja tersebut menyambung agenda Yahudi. Mereka adalah konco-konco Yahudi yang tidak perlu dibayar gaji oleh Yahudi.

Female (wanita); dijadikan barangan dagangan, kadang lebih murah nilainya dengan komoditi. 

Dijual dalam bentuk iklan, model dan hiburan. Memperagakan kecantikan wanita secara komersil, sebenarnya memperdagangkan tubuh wanita secara terhormat sepertilah pertandingan ratu cantik dunia.

Bidang perkerjaan berkaitan kecantikan wanita telah berkembang pesat sehingga umat Islam terkeliru oleh agenda Yahudi ini.

Fashion (fesyen); adalah juga bidang kelalaian yang disengajakan penajaannnya oleh Yahudi.

Menyuburkan perlumbaan fesyen di kalangan wanita dan juga lelaki, menjadikan umat Islam terkandas dalam penyakit cinta dunia.

Penyakit cinta dunia adalah musuh kepada cinta Allah dan Rasul. Ertinya dua cinta yang berlawanan, saling bertentangan tidak akan sekali-kali berada serentak dalam satu hati. Bila manusia sudah terlalu cintakan dunia, maka Allah dilupakan.

Food (makanan/minuman); walaupun telah banyak hasil kajian yang mengesahkan tentang keburukkan yang terdapat pada kebanyakan makanan segera, tetapi iklan dan promosi yang dikuasai oleh dana besar Yahudi tetaplah menguasai anak-anak muda atau remaja.

Makanan yang kita makan akan menempa hati. Jika makanan itu haram atau subhat, maka hati akan gelap dan akhirnya buta.

Hati yang buta tidak akan kenal Allah selaku Tuhannya. Hati yang tidak kenal Allah tidak akan cinta dan takutkan Allah. Begitu juga dengan Nabinya.

Makanan dan minuman segera kebanyakannya adalah dikeluarkan oleh syarikat Yahudi atau syarikat bukan Islam.

Terlalu sedikit makanan segera yang diyakini halal lagi suci menurut syariat Islam.

Jadi semua perkara dalam proktokol Yahudi yang ke-10 ini sasaran utama mereka ialah remaja. Sedangkan generasi remaja masa kini adalah bakal pewaris agama dan negara.

Bagaimana jika mereka ini sedang dirosaklan dari semua arah, semua sudut, semua aspek, semua perkara, luar dan dalam?

Sudah tentulah agama dan negara akan dijajah sepenuhnya oleh Yahudi dan kekufuran.

Rupanya Yahudi merancang untuk memutuskan hati orang Islam dengan dengan Allah dan Rasul, dengan Tuhan dan Nabi mereka melalui lapan perkara tersebut.

Yahudi tidak perlu menukar aqidah umat Islam. Malah Yahudi memberikan galakkan atau menyuburkan perbahasan aqidah sehingga umat Islam bergaduh tentang aqidah.

Sepatutnya lagi kuat aqidah, lagi kuatlah kasih sayang yang terjalin. Tetapi bila konsep aqidah yang digembar gemburkan adalah racun halus Yahudi, umat Islam semakin bergaduh dan hingga membawa perang saudara.

Aqidah yang benar dan kuat, buahnya ialah hati akan cinta dan takutkan Allah. Hati akan cinta dan rindukan Nabi. Inilah buah kepada aqidah yang benar dan kuat.

Yahudi bukan mahu memutuskan ilmu aqidah dari umat Islam. Yahudi mahu memutuskan hubungan hati orang Islam dengan Allah dan Rasul. Ilmu dibiarkan berkembang, tetapi hati diputuskan dengan Tuhan.

Kesemua lapan perkara dalam protokol ke-10 di atas adalah agenda terancang Yahudi bertujuan memutuskan HATI dengan Allah dan Rasul.

Sumber: blog matahati

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign