Asam Garam Kehidupan: ANTARA SEBAB JIWA TIDAK TENANG..

Pages

17 Nov 2013

ANTARA SEBAB JIWA TIDAK TENANG..

Antara sebab mengapa jiwa tidak tenang:

1.  Banyak menzalimi orang.
2.  Banyak membuat dosa.
3.  Menghina dan menzalimi ibu bapa.
4.  Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan akhirat.
5.  Tidak percaya wujudnya Allah Taala. ( lihatlah mereka-mereka yang tidak beriman kepada Allah, bukankah mereka itu cuba mencari ketenangan jiwa dengan berbagai cara yang tidak masuk akal )
6.  Tidak mengharapkan pertolongan Allah. ( Allah kata sesiapa yang tidak meminta kepadaNya, itu tanda sombong, cuba perhatikan, ramai orang bersembahyang selesai je terus bangun tanpa berdoa )
7.  Orang yang kena uji, bila imannya lemah atau tidak beriman ( bila tak tahan lagi dengan berbagai masalah, jalan singkatnya..bunuh diri )

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, tinggal di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa dan lain-lain.

4 comments:

  1. Terima kasih di atas pengkongsian ini, insya allah sentiasa positifkan minda

    ReplyDelete
  2. Tapi bak kata TGNA; umpama tapak kaki. Kalau dah selalu berjalan tanpa kasut, Maka pijak apapun tak berasa sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam maksudnya tu, sebab tu nak baik tak boleh dah tua baru nak berubah, dah 40 tahun buat maksiat, pastu baru nak bertaubat..hmmm..memang susahla

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign