Asam Garam Kehidupan: Si Kaya yang menjadi bank kepada masyarakat.

Pages

18 Nov 2013

Si Kaya yang menjadi bank kepada masyarakat.

Ummul Mukminin Aisyah ra berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda," Ku lihat Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dengan merangkak,"

Sebahagian sahabat menyampaikan cerita Aisyah itu kepada Abdul Rahman, lalu dia pun menemui Aisyah dan berkata, " Engkau telah memperingatkan aku suatu hadis yang tak pernah kulupa akannya. Dengan ini saksikanlah bahawa seluruh kafilah ini dengan muatannya kupersembahkan untuk fisabilillah."

Dia juga pernah berkata, Sungguh kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu nescaya kutemukan dibawahnya emas dan perak."

Dia sering menangis dan berkata, " Sesungguhnya aku khuatir dipisahkan dari sahabat-sahabatku kerana kekayaanku yang melimpah,"

Justeru segala kekayaan yang ada dilaburkannya di jalan Allah. sehingga pernah dikata orang, Seluruh penduduk Madinah bersyarikat dengan Abdul Rahman bin Auf pada hartanya. Sepetiga dipinjamkan kepada mereka, sepertiga lagi dipergunakannya untuk membayar hutang-hutang mereka dan sepertiga sisanya diberikan dan dibahagikan kepada mereka." 

Dalam Al Quran ada menyebut:

Maksudnya: Umpama orangyang menafkahkan hartanya kerana menghendaki keredhaan Allah dan menetapkan ( Keimanan ) hatinya.  ( Al Baqarah : 265 )

6 comments:

  1. Seandainya semua org kaya muslim begini pasti kita tidak perlukan bank bank yg berteras riba itu....maka selamatlah kita dunia akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaya harta mesti disertai dengan kaya jiwa, baru si kaya akan jadi bank kepada masyarakat, selagi si kaya harta tapi tak kaya jiwa, si miskin tetaplah miskin manakala si kaya bertambah kekayaannya..

      Delete
  2. Apa yg pasti dunia hari ini tak akan kita jumpa hamba Allah seperti Abd Rahman bin Auf lagi kakak rasa. Yg kaya makin menjauhkan/lupa dari yg miskin ramailah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam suasana masyarakat cinta dunia bagai nak gila sekarang ni..memang kita tak akan jumpa, tapi InsyaAllah akan ada bila Islam kembali gemilang suatu hari nanti..waktu tu si miskin redha dengan kemiskinan manakala si kaya menabur harta bagai tiada nilainya lagi...

      Delete
  3. Di kanada org org islam mengumpul dana sesama sendiri untuk membeli rumah....interest free...blhkah kita buat begini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masyaallah, indahnya masyarakat Islam di sana..malukan kita yang mengaku negara Islam tapi tak dapat melaksanakan undang-undang Islam, sebab masyarakatnya tidak dididik dengan iman..

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign